Mangga Ads

Saturday, June 14, 2008

Paula Ali Formula

Tip penampilan diri dari Paula Malai Ali
1. Jangan keterlaluan apabila menggunakan pewangi.

2.. Sekiranya bermisai atau berjambang, pastikan ia sentiasa kemas dengan bercukur setiap hari.
3. Pilih pakaian yang selesa dan tidak semestinya berjenama mahal.

4. Pastikan anda peka dengan ‘kod berpakaian’ apabila menghadiri sesuatu majlis.

5. Warna tali pinggang perlu sepadan warna kasut.

6. Jika memakai pakaian berjalur, elakkan memakai tali leher berjalur sebaliknya pilih tali leher kosong atau motif sekata.

7.Jika memakai jaket, buka butang sebelum anda duduk.

8. Cubalah memakai stoking melepasi paras hujung seluar ketika dalam keadaan duduk agar tidak menampakkan kulit kaki anda.

9. Pastikan anda cukup tidur untuk kelihatan segar.

10. Gunakan tiga langkah rutin penjagaan wajah iaitu membersih, menyegar dan melembapkan kulit.

11.Rambut dan kulit saling berkaitan. Jika rambut tidak dicuci, ia boleh dilihat pada kulit. Rambut berminyak menyebabkan jerawat terutama di bahagian dahi. Jika anda ada kelemumur, gunakan produk sesuai untuk mencegah masalah ini.

12. Bersenam dengan tetap dan amalkan diet seimbang.

13. Akhir sekali, pastikan tingkah laku anda sentiasa tertib kerana ia menggambarkan kecantikan sebenar anda!

No comments: