Mangga Ads

Tuesday, March 3, 2009

Kejayaan HAK KITA

MEH KITA MAJU JAYA

1. Senaraikan alasan-alasan kenapa anda inginkan kejayaan. Kenapa anda melakukan perkara tersebut? Kenapakah ia penting untuk kejayaan hidup saya? Tuliskan semua alasan-alasan samada daripada rakan anda, daripada keluarga, boss, atau alasan daripada diri anda sendiri. Bandingkan alasan orang lain dengan alasan peribadi anda.

2. Alasan peribadi anda adalah yang terbaik. Walau seindah mana sekalipun alasan orang lain supaya anda bermotivasi, namun alasan anda sendiri adalah yang terbaik. Orang lain membuat alasan tanpa benar-benar memahami diri anda. Andalah yang paling layak untuk memotivasi diri anda sendiri, lebih-lebih lagi ketika anda sedang melalui saat-saat sukar dan genting.

3. �Kerana saya suka tugasan ini!� boleh dijadikan motivasi untuk anda terus melakukan kerja. Memang setiap tugasan ada yang tidak menyeronokkan, tetapi anggaplah kesukaran itu hanya muncul kemudian nanti. Apa yang penting, anda memang tidak sabar untuk melakukan tugasan anda sekarang!

4. �Saya ingin buktikan bahawa saya BOLEH!�. Ini adalah ungkapan yang biasa disebut oleh ahli sukan dan ramai lagi. Ia mungkin boleh menjadi sumber motivasi yang hebat, tetapi hanya jika anda mempraktikkannya.

5. �Saya memang layak untuk ini!�.Dengan kata-kata sebegini, anda akan mengiktiraf kemampuan dan kejayaan selama ini. Katakan anda sudah dilantik untuk menjadi eksekutif pemasaran, dan tugasan anda sekarang ialah tugasan kerja-kerja pemasaran. Anda semamgnya mempunyai kriteria untuk menjadi eksekutif pemasaran, jadi kenapa perlu takut untuk melakukan tugasan eksekutif pemasaran? Anda memang layak untuk melakukannya!

6.�Ramai orang sudah berjaya melakukannya.� Ini adalah untuk membuang rasa takut dan bimbang dalam tugasan harian. Membuat pembentangan projek bernilai RM30 juta bukanlah senang untuk eksekutif setahun jagung, tetapi bukankah sudah ramai yang telah berjaya melakukannya? Jika mereka boleh, mengapa tidak anda?

7.�Kerana saya ingin menjadi eksekutif (atau apa-apa jawatan anda sekarang)�. Tegaskan bahawa anda sememangnya ingin menjadi apa yang anda jadi sekarang. Anggaplah jawatan dan kedudukan anda sekarang adalah �milik� anda. Oleh itu, jadilah seorang tuanpunya yang baik. Yakinlah bahawa anda boleh melakukannya.

8.�Kerana saya ingin tingkatkan hidup saya.� Lakukanlah kerana anda sentiasa mara ke hadapan. Jangan takut untuk melakukan kesilapan, kerana ia adalah proses biasa untuk meningkatkan keupayaan hidup. Tidak salah untuk berbuat kesilapan, tetapi yang salah ialah tidak belajar daripada kesilapan. Jangan ulangi kesilapan sama, dan renunglah dengan hati yang bijaksana.

9.�Kerana saya adalah khalifah Tuhan.� Ini adalah motivasi yang diajar oleh Nabi Muhammad. Setiap manusia mesti memakmurkan alam ini dengan kebaikan dan kecemerlangan. Ia adalah satu kewajipan untuk setiap manusia. Bekerjalah sedaya upaya untuk melakukannya!

10.Pastikan anda sentiasa bersama dengan motivasi.Anda tidak perlukan kaset-kaset ceramah motivasi untuk sentiasa bermotivasi. Cukuplah diri anda untuk memberikan motivasi. Sentiasa mencari alasan kendiri kenapa anda perlu bermotivasi. Tetapkan diri anda di atas landasan yang betul, dan lakukannya sekarang!



KUNCI ke arah kejayaan adalah bergantung kepada cara pemikiran seseorang individu!. Begitulah pendapat yang dikemukakan oleh Walter Doyle Staples, 1991 dalam bukunya berjodol "Think Like A Winner!".

Pemikiran dapat menentu dan mencorak destinasi kehidupan seseorang individu. Kata-kata?"engkaulah apa yang engkau fikirkan, terkandung dalam pemikiran?" menunjukkan bahawa diri kita ini ditentukan oleh keputusan yang dibuat berdasarkan proses penjanaan minda yang berlaku dalam otak kita.

Setiap orang inginkan kejayaan. Dalam erti kata yang lain setiap orang inginkan "kemenangan" dalam kehidupan masing-masing. Tetapi tahukah anda bahawa tindakan kita setiap hari telah membawa diri kita ke arah yang berlawanan iaitu ke arah ?kekalahan"?

Setiap orang inginkan ianya dihormati, dipuji dan disanjung tinggi. Tetapi tahukah anda bahawa setiap hari diri kita ini dikeji dan dihina oleh kita sendiri! Bagaimanakah situasi ini berlaku?

Dalam sebarang tindakan yang dilakukan dalam kehidupan seharian sama ada sebagai seorang pelajar, pekerja, peniaga dan sebagainya, sering kali kita berhadapan dengan situasi berikut yang merupakan punca ke arah "penghinaan" dan "kekalahan" diri.


Mengelak atau menolak tugas. Keadaan ini berlaku apabila seseorang itu cuba mengelak atau menolak sesuatu tugas yang diberikan dengan alasan "tidak tahu" "tidak mahir" atau "tidak boleh".

Perkataan "tidak" pada situasi di atas adalah merupakan perkataan yang membawa implikasi yang statik, bercorak negatif, serta tidak akan membawa apa-apa perubahan dan perkembangan yang positif.

Perkataan-perkataan di atas yang dilahirkan oleh seseorang individu itu sebenarnya dengan secara tidak langsung cuba "membuka pekong di dada" masing-masing atau dengan lain perkataan cuma menghina di atas kejahilan yang ada pada dirinya sendiri. Perkataan "tidak" seharusnya ditukar kepada perkataan "ingin" yang lebih dinamik serta lebih menuju ke arah pemantapan dan pengukuhan diri dari aspek kepercayaan, keyakinan dan harapan terhadap potensi dan prestasi diri sendiri selagi tugasan yang diberikan itu tidak bercanggah dengan suruhan agama, etika kerja dan etika sosial .


Mengagongkan kebolehan orang lain. Menghargai kebolehan orang lain adalah sesuatu yang baik tetapi ada batasannya. Kadangkala akan terjadi di mana kerana terlalu mengagongkan kebolehan orang lain seseorang individu itu akan menyerah bulat-bulat sesuatu tugasan itu kepadanya dengan alasan?"dia lebih best!?.dia boleh!??..dia pasti berjaya!." Maka oleh kerana kita mengatakan dia lebih best, dia boleh dan dia pasti berjaya maka kata-kata itu menjadikan dia lebih bersemangat dan akhirnya berjayalah dia dalam tugasan tersebut.

Apakah yang terjadi pada kita? Tahukah anda setiap kali kita mengatakan .".dia lebih best?.dia boleh?..dia pasti berjaya?." dengan secara tidak langsung kita mengatakan pada diri kita "?.saya tak best??.saya tak boleh?.saya gagal". Maka kita tidak akan bergerak untuk melakukan sebarang tindakan dan pasti segalanya akan menemui jalan buntu yang berakhir dengan kegagalan dalam kehidupan. Ini adalah satu penghinaan yang dilakukan pada diri kita sendiri! Alangkah rugi dan teraniaya diri kita mangsa dari pemikiran kita sendiri.
Oleh itu sesuatu perubahan perlu dilakukan terhadap pemikiran kita. Mengikut Walter Doyle Staples:

APABILA ANDA MENGUBAH PEMIKIRAN ANDA?
Anda mengubah kepercayaan anda,
Apabila anda mengubah kepercayaan anda?.
Anda mengubah harapan anda,
Apabila anda mengubah harapan anda?.
Anda mengubah sikap anda,
Apabila anda mengubah sikap anda?.
Anda mengubah tindakan anda,
Apabila anda mengubah tindakan anda?.
Anda mengubah prestasi anda,
Apabila anda mengubah prestasi anda?..
ANDA MENGUBAH KEHIDUPAN ANDA !

Cuba kita renungi kata-kata di atas dan membuat refleksi terhadap setiap tindakan yang telah berlaku pada diri kita dan juga pada setiap tindakan yang akan dilakukan berdasarkan apa yang sedang difikirkan dalam minda kita sekarang. Apakah anda perlu mengubah pemikiran anda? Jawapannya terdapat di dalam fikiran anda!

7day/week

Rahsia Hari

DALAM seminggu ada tujuh hari dan setiap hari tersimpan seribu satu rahsia dan peristiwa. Ada yang indah, manis, gembira, ceria dan tidak kurang diselubungi sedih dan kedukaan.

Sejarah Islam turut mencatat peristiwa menarik dan penting setiap hari yang boleh kita renung dan diambil iktibar bersama. Antaranya:

Ahad � Allah menjadikan hari yang tujuh, anggota manusia yang tujuh, lautan dan bumi yang tujuh dan mencipta alam, bintang dan api neraka.

Isnin � Nabi Muhammad menerima wahyu pertama dan pada hari itu juga baginda wafat.

Selasa � Pembunuhan manusia pertama berlaku yang Habil dibunuh Qabil. Nabi Yahya dan Zakaria wafat dibunuh. Tukang sihir Firaun pula ditewaskan Nabi Musa.

Rabu � Umat Nabi Hud yang ingkar dimusnahkan Allah dengan turunnya taufan, manakala umat Nabi Salleh dihancurkan dengan teriakan kuat Malaikat Jibril.

Khamis � Nabi Muhammad mula memasuki kota Makkah, Nabi Musa dan Nabi Ibrahim berhijrah ke Mesir, manakala Nabi Yaacob bertemu anaknya Nabi Yusof di Mesir.

Jumaat � Nabi Adam berkahwin dengan Hawa, Nabi Yusof berkahwin dengan Zulaikha, Nabi Musa berkahwin dengan Siti Safurah, anak Nabi Syuib, manakala Nabi Sulaiman berkahwin dengan Siti Balqis.Rasulullah juga memilih hari itu untuk berkahwin dengan Siti Khatijah dan Aishah, manakala Ali Abu Talib berkahwin dengan Fatimah, puteri Rasulullah.

Sabtu � Nabi Isa diperdaya kaum Yahudi, Nabi Musa ditindas Firaun, Nabi Salleh ditipu umatnya dan Naib Nuh dipersendakan umatnya.

100 Hari Terakhir

100 Hari Kematian…Ada Tandanya….

Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanyaakan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Walaubagaimanapun semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma samada mereka sedar atau tidak sahaja. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar.

Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan mengigil. Contohnya seperti daging lembu yang baru saja disembelih dimana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar.Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik dihati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini.

Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang munafaat.Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini maka ini adalah peluang terbaik untuk memunafaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diridengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati.

"TANDA 40 HARI"Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah SWT. Mak a Malaikat Maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa.

Akan terjadi Malaikat Maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika.Adapun Malaikat Maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

"TANDA 7 HARI"Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan secara tiba-tiba ianya berselera untuk makan.

"TANDA 3 HARI"Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu diantara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti.Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi.

Telinganya akan layu dimana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam.Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

"TANDA 1 HARI"Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

"TANDA AKHIR"Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum.Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan pula."Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hambanya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendakinya.

Allah SWT yang telah menghidupkan kita dan sekarangakan mematikan pula."

Current Economic Situation

Current Economic Situation

Malaysia's Finance Ministry revised downwards GDP growth forecast for 2009 from 5.4% to 3.5% in November amid the global financial crisis and expected slower growth next year. Inflation reached a 26-year high in August at 8.5% and eased slightly to 8.2% in September. Declining commodity prices and lower domestic demand are expected to reduce inflation in 2009. The Central Bank administered interest rate remains steady at 3.5% throughout the year as at mid-November 2008.The Malaysian economy registered an estimated 6.3% growth in the second quarter of 2008 and projected GDP growth for the year is 5%.

The Malaysian economy has been driven mainly by domestic demand and exports since 2007. Growth in private consumption slowed moderately to 9% in the second quarter of 2008 compared to 10.8% in 2007, while net exports contributed significantly to growth in the first half of 2008 mainly as a result of high global commodity prices. However, actual growth in volume term of exports will continue to decelerate in the second half of 2008 and in 2009, in line with weaker external demand.Malaysia's main exports are electronic equipment, petroleum and liquefied natural gas, wood and wood products, palm oil, rubber, textiles and chemicals. The combined share of exports to the US, EU and Japan as a percentage of total exports fell from 47% in 2000 to 37% in 2007. Top export destinations now include the US, Singapore, Japan, the Chinese mainland, Hong Kong and Thailand. Main imports include electronics, machinery, petroleum products, plastics, vehicles, iron and steel products and chemicals.

Main import partners include Japan, the US, Singapore and the Chinese mainland.In mid-November, the Ministry of Trade and Industry announced measures to encourage trade and investments in Malaysia. The measures included automatic issuance of manufacturing licence, removal of import duty for 48 product lines, extension of approval for representative/regional offices etc. To stimulate foreign investments in manufacturing and manufacturing-related services, the licence will now be issued only once for the lifespan of the business and the fee has been eliminated from June 2008.