Mangga Ads

Monday, October 15, 2012

Manusia Dan Kesihatan

Akid rasa lama juga tidak up gred blog ini lantaran sibuk dengan banyak mehnah akhir-akhir ini. Alhamdulillah hari ini, Rabu, 15 Oktober 2012 usai sahaja solat asar berjemaah akid rasa masanya sudah tiba dan ruang sudah diberikan dan ideapun sudah sampai, maka hari ini ruangan baru telah dibuka tuk tatapan umum iaitu ruangan yang akan dipanggil sudut kesihatan.

Kesihatan ini tidak boleh diambil mudah lebih2 lagi apabila usia makin berkurangan, maknanya rumah kata pergi dan kubur kata mari. Apabila anak sulong kita sudah dewasa dan berkahwin maknanya masa kita sudah tidak lama lagi.

Harapan akid sudut akan dapat dipaparkan berkaitan manusia dan kesihatan yang boleh memberi panduan bagi mereka yang menghargai waktu sehat mereka.

Kita mulakan sudut dengan cara memdisplinkan diri kita supaya kita buat aktiviti berpeluh setiap hari dan bagi mereka yang berumur lebih 40an aktiviti jalan kaki adalah paling baik.

Wednesday, July 18, 2012

KURSUS JANGKA PENDEK BIDANG ORTOPEDIK,FISIOTERAPI DAN REHABILITASI

Alhamdulillah program MOU anatara USM dan Cakna Palestine telah dapat dilaksanakan dan 4 orang pelajar Palestine telah melaporkan diri di USM pada akhir June 2012 yang lepas. Semuga program ini dapat diteruskan sepertimana dalam MOU dimana setelah tamat 5 orang pelajar menjalani latihan selama 6 bulan mereka akan balik ke Gaza dan 5 pelajar lagi akan menyusul untuk timba pengalaman di USM Kubang Kerian. Terima kasih kepada penyumbang dan sumbangan boleh diteruskan kerana untuk kumpulan ke 2 disember depan belum ada bajet lagi. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Cakna Palestin BIMB 0301 8010 1229 39 atau MBB 5530 3803 3881 atau CIMB 0301 0000 9051 07 ataupun Public Bank 3988 9949 14. Mereka lebih memerlukan.

Saturday, April 21, 2012


Bantuan Kepada Ibu Tunggal di Kg Penambang.