Mangga Ads

Monday, October 15, 2012

Manusia Dan Kesihatan

Akid rasa lama juga tidak up gred blog ini lantaran sibuk dengan banyak mehnah akhir-akhir ini. Alhamdulillah hari ini, Rabu, 15 Oktober 2012 usai sahaja solat asar berjemaah akid rasa masanya sudah tiba dan ruang sudah diberikan dan ideapun sudah sampai, maka hari ini ruangan baru telah dibuka tuk tatapan umum iaitu ruangan yang akan dipanggil sudut kesihatan.

Kesihatan ini tidak boleh diambil mudah lebih2 lagi apabila usia makin berkurangan, maknanya rumah kata pergi dan kubur kata mari. Apabila anak sulong kita sudah dewasa dan berkahwin maknanya masa kita sudah tidak lama lagi.

Harapan akid sudut akan dapat dipaparkan berkaitan manusia dan kesihatan yang boleh memberi panduan bagi mereka yang menghargai waktu sehat mereka.

Kita mulakan sudut dengan cara memdisplinkan diri kita supaya kita buat aktiviti berpeluh setiap hari dan bagi mereka yang berumur lebih 40an aktiviti jalan kaki adalah paling baik.