Mangga Ads

Wednesday, November 19, 2008

UCAPAN YANG DITEGAH BAGI ORANG ISLAM

1. Penjagaan Lidah

Setiap mukallaf (setiap orang Islam yang baligh dan berakal) wajib menjaga lidahnya dari semua perkataan yang tidak elok/tidak baik/tidak berfaedah.Jika sama baiknya antara bercakap dan tidak bercakap, maka disunatkan memilih sikap berdiam, sebab percakapan yang asalnya mubah (harus atau dibolehkan) kadangkala terbabas menjadi haram dan makruh. Bahkan arah percakapan seperti itu lebih sering terjadi, padahal keselamatan lisan harus diutamakan.(Sumber Kitab Al-Azkar, karya Imam Nawawi)

2. Abu Musa al-Asy'ari berkata,"Para sahabat bertanya kepada Rasulullah saw: 'Wahai Rasulullah, orang Islam manakah yang paling utama?' Baginda menjawab:'Orang yang tidak pernah menganggu orang Islam lainnya, sama ada dengan lisan ataupun dengan tangan (tindakannya)."(Riwayat Bukhari)

3. Rasullullah saw bersabda: "Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kiamat, hendaklah dia berkata yang baik atau diam."(Riwayat Bukhari)

4. Rasullulah saw bersabda: "Sesiapa yang menjamin untukku lidahnya (ucapannya) dan kemaluannya (tidak berzina) maka aku akan menjaminnya masuk syurga."(Riwayat Bukhari)

5. Rasululah saw bersabda:"Yang termasuk tanda kebagusan Islam seseorang adalah meninggalkan sesuatu yang tidak bermakna."(Riwayat Tirmizi)

6. Dilarang banyak berbicara, kerana Rasulullah saw bersabda: "Janganlah kamu banyak berbicara tanpa disertai zikir kepada Allah kerana kebanyakan berbicara tanpa disertai zikir kepada Allah itu dapat mengeraskan hati. Dan sesungguhnya orang yang paling jauh dari Allah ialah orang yang keras hatinya."(Riwayat Tirmizi)

7. Dilarang mengeraskan pembicaraan yang buruk atau kotor. Allah berfirman di dalam surah An-Nisa', 148 yang bermaksud"Allah tidak menyukai percakapan (pembicaraan) buruk (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dizalimi. Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."Maksudnya: bahawa Allah tidak menyukai pembicaraan dan ucapan yang buruk, kotor dan menyakitkan hati, kecuali bagi orang yang dianiaya atau dizalimi; dia boleh dengan lantang mendoakan buruk atau mengutuk orang yang menzaliminya, dan boleh menunjukkan segi buruk perbuatan orang yang berbuat zalim. Rasulullah saw bersabda:" Seburuk buruk tempat manusia di sisi Allah pada hati kiamat ialah manusia yang ditinggalkan seseorang disebabkan takut akan perlakuan jahatnya."(Riwayat Tirmizi)

8. Rasulullah bersabda: " bukanlah manusia dimasukkan ke api neraka itu disebabkan oleh wajah atau hidung mereka, melainkan kerana lidah (ucapan) mereka."(Riwayat Tirmizi)

9. Allah mengharamkan perbuatan ghibah iaitu menyebut nyebut keburukan dan aib kawan. Allah swt telah berfirman, yangbermaksud:"Dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain."(surah Al Hujurat:12)Rasulullah saw bersabda: " Sesungguhnya yang termasuk riba paling jahat ialah menghilangkan kehormatan seorang muslim tanpa hak."(Riwayat Abu Dawud)

10. Rasulullah saw bersabda: "Tidak akan masuk syurga orang yang suka mengadu domba. "(Riwayat Bukhari)Yang dimaksudkan namimah (mengadu domba) ialah menyampaikan pembicaraan seseorang kepada orang lain dengan tujuan merosak hubungan kedua duanya.Beberapa usaha agar tidak terjerumus melakukan perbuatan namimah, antara lain:-

a. tidak membenarkan ucapan pengadu domba kerana dia tergolong dalam golongan orang yang fasik yang harus ditolak ucapannya
b. menasihatinya dan mencela perbuatannya
c. membencinya kerana Allah jika dia tidak mahu menerima nasihat atau masih lagi mengulangi perbuatannya
d. tidak langsung berprasangka buruk kepada seseorang sebab berita yang disebarkan pengadu domba
e. tidak perlu menyelidiki kebenaran apa yang didakwakan oleh pengadu domba kepadanya dan tidak perlu menetapkan kebenarannyaf. tidak menceritakan semula kepada orang lain apa yang disampaikan pengadu domba agar tidak terjadi polemik yang tidak diinginkan

11. Dilarang mencela nasab keturunan. Rasulullah saw bersabda: "Dua perbuatan pada seseorang yang hanya patut dilakukan orang kafir, adalah mencela nasab dan meratapi mayat"(Riwayat Muslim)

12. Rasulullah saw menekankan pentingnya perkataan yang baik. Baginda bersabda: "takutlah pada api neraka, walaupun dengan cara mensedekahkan sebiji kurma. Jika tidak mendapatnya, maka berbicaralah dengan kata kata yang baik."(Riwayat Bukhari)

13. Orang Islam memiliki kehormatan dan perlindungan yang agung pada darahnya, harta benda dan kehormatannya. Rasulullah saw bersabda di dalam khutbah hari nahar di Mina sewaktu melakukan haji Wada': "Sesungguhnya darah kamu, harta benda dan kehormatan kamu adalah suci, haram dilanggar seperti sucinya hari ini, bulan ini, dan negerimu ini."(Riwayat Bukhari)

14. Di antara akhlak yang baik ialah mendengarkan perbicaraan kawannya sampai habis selesai berbicara dan tidak memotong pembicaraannya. Jika tidak, hal itu akan mendatangkan permusuhan dan kebencian, disebabkan kurangnya perhatian kepada orang lain. Dan pada tahap selanjutnya akan muncul pertengkaran, selain itu pendengar tidak mendapat keuntungan sedikit pun dari pembicaraan kawannya itu, yang bererti dia telah mensia siakan waktunya.

15. Dilarang untuk sering bertengkar dan banyak musuhnya. Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya orang yang dibenci Allah ialah yang sering bertengkar dan banyak musuhnya."(Riwayat Bukhari)

16. Haram bersaksi palsu. Kerana begitu besarnya keharamannya itu sehingga Allah mempersandingkannya dengan syirik. Alah berfirman melalui surah al Hajj:30 yang bermaksud "...maka jauhilah olehmu berhala berhala yang najis itu dan jauhilah perkataan perkataan dusta."Allah sangat melarang menyembunyikan persaksian, seperti ditegaskan dalam firmanNya:"...dan janganlah kamu para saksi menyembunyikan persaksian. Dan sesiapa yang menyembunyikannya, maka sesungguhnya dia adalah orang yang berdosa hatinya; dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

20. Dilarang berbangga diri. Allah swt telah berfirman:"Dan janganlah kamu memalingkan mukamu dari manusia (kerana sombong) dan janganlah kamu berjalan di muka bumi dengan angkuh. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang orang yang sombong lagi membanggakan diri"(surah Luqman:18)Rasulullah saw bersabda: "Sesungguhnya Allah memerintahkan aku bersikap rendah hati (tawadhuk) sehingga seseorang tidak bersikap sombong kepada yang lain, dan tidak membanggakan diri di hadapan yang lain."(Riwayat Muslim)

21. Tidak boleh membenci orang Islam, kerana Rasuluallh saw bersabda:"Janganlah kamu menampakkan kebencian kepada saudaramu sehingga Allah akan mengasihinya dan menimpakan bencana kepada kamu."(Riwayat Tirmizi)

22. Dilarang memperolok olokkan orang Islam. Allah berfirman di dalam surah Al Hujurat:11 ertinya: "Wahai orang orang yang beriman, janganlah suatu kaum mengolok olokkan kaum yang lain(kerana) boleh jadi mereka (yang diolok olokkan) lebih baik dari mereka (yang megolok olokkan) dan jangan pula wanita wanita (mengolok olokkan ) wanita wanta yang lain (kerana) boleh jadi wanita (yang mengolok olokkan) dan janganlah kamu mencela dirimu sendiri, dan janganlah kamu memanggil dengan gelaran yang buruk. Seburuk buruk panggilan ialah (panggilan) yang buruk sesudah iman; dan sesiapa yang tidak bertaubat, maka mereka ituah orang orang yang zalim."

23. Allah swt melarang memberikan sesuatu disertai cercaan dan seumpamanya, sebagaimana yang disebut dalam firman Allah: "Wahai orang orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima)."(Surah al Baqarah:264)

24. Dilarang keras mendedahkan rahsia hubungan suami isteri kepada pihak yang lain. Rasulullah bersabda: " Sesungguhnya orang yang mendapat tempat paling buruk di sisi Allah pada hari kiamat kelak ialah orang yang melakukan hubungan suami isteri kemudian menyebarkan rahsia hubungan itu kepada orang lain."(Riwayat Muslim)

25. Dilarang membentak bentak anak yatim dan kaum fakir miskin. Allah swt telah berfirman: "Adapun terhadap anak yatim maka janganlah kamu berlaku sewenang wenangnya. Dan terhadap orang yang meminta minta maka janganlah kamu mengherdiknya."(Surah Ad Dhuha:9-10)

26. Dilarang bersumpah dengan selain memakai nama Allah, seperti bersumpah dengan kata kata, "Demi Kaabah", 'demi amanat", "demi kedua ibubapa", "demi kemuliaan", demi kehidupan", "demi Rasulullah", dan seumpamanya. Rasulullah saw bersabda: "Sesiapa yang bersumpah selain nama Allah, maka dia benar benar menjadi kafir dan musyrik"(Riwayat Tirmizi)Baginda bersabda lagi: " Sesiapa yang bersumpah, maka bersumpahlah dengan nama Allah, atau (jika tidak boleh), diamlah. "(Riwayat Bukhari)Demikian pula seringnya menggunakan sumpah dalam kegiatan jual beli hendaklah diusahakan untuk dihindari walaupun yang diucapkan itu benar, kerana Rasulullah saw bersabda:" Jauhilah olehmu sering bersumpah sewaktu berjual beli, kerana mesikipun barang itu terjual akan tetapi hilang nilai keberkatannya."

27. Dosa yang paling buruk dan aib yang paling kotor ialah perbuatan dusta, yang jelas jelas dharamkan di dalam Al Quran dan Hadis, sebagaimana yang difirmankan oleh Allah swt: "Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungjawabannya."(Surah al Isra':36)Rasulullah saw bersabda: 'Tanda tanda orang munafik ada tiga: Jika berbicara dia bohong, jika berjanji dia mengingkari, dan jika diberi amanat dia mengkhianati."(Riwayat Bukhari)Perkataan yang paling dusta ialah mendustai Allah dan RasulNya. Allah swt berfirman:"Dan pada hari kiamat kamu akan melihat orang orang yang berbuat dusta terhadap Allah, mukanya menjadi hitam. Bukankah dalam neraka Jahannam itu ada tempat bagi orang orang yang menyombongkan diri?”

Dari sikap dusta itu orang akan mudah menghalalkan atau mengharamkan sesuatu tanpa didasari pengetahuan agama. Kerananya Allah swt berfirman:

“Dan janganlah kamu mengatakan terhadap apa yang disebut sebut oleh lidahmu secara dusta ‘ini halal dan ini haram’ untuk mengada ngadakan kebohongan terhadap Allah. Sesungguhnya orang orang yang yang mengada ngadakan kebohongan terhadap Allah tiadalah beruntung.”
(Surah an Nahl:116)Rasulullah saw bersabda:
“ Janganlah kamu berdusta dengan mengatas namakan aku. Sesiapa yang dengan sengaja berdusta atas nama diriku, maka berpuas puaslah diri bertempat di neraka.”
(Riwayat Bukhari)

Oleh kerana itu wajib menyimpan apa sahaja yang diceritakan orang kepadanya dan tidak menceritakan kembali apa saja sahaja yang didengarinya, kalau hal itu tidak dapat dipertanggungjawabkan kebenarannya. Rasulullah saw bersabda:
“cukuplah seseorang dianggap pendusta jika dia menceritakan kembali (kepada orang lain) setiap yang didengarnya”
(Riwayat Muslim)
Wallahua'lam
Oleh itu marilah kita ambil iktibar dari nasihat2 seperti apa yang diperkatakan oleh Luqman Hakim kepada anaknya
Orang-orang yg sentiasa menyediakan dirinya utk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yg insaf dan sedar setalah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.
Wassalam....

Thursday, October 23, 2008

Tassauf

Bab 2: Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Rujukan : Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim. ( Bekas Mufti Negeri Melaka )

Bab 3 : Sifat Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri. Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".

( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 ) Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".

( Surah At Taubah : Ayat 59 ) Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada . Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 ) Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq. Redha Dengan Qada' : Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang. Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim) Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian : Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu. Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim ) Redha Dengan Rezeki Yang Ada : Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ". ( Riwayat Muslim ) Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ". ( Riwayat Tirmidzi ) Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa ". ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Mengharapkan Redha Ilahi : Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 ) Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud : " Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 ) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya". ( Riwayat Tirmidzi ) Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar. Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. : " Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak". Redha Membawa Nikmat dan Bahagia Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku". ( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 ) Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ". ( Riwayat Muslim ) Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.

Bab 4 : Ikhlas

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya' , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar ". ( Surah Al-Bayyinah ? Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya' , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

Sunday, October 19, 2008

Celik Ekonomi

CELIK EKONOMI.

Dalam zaman moden ini, keadaan ekonomi adalah penentu samada seseorang itu, sesebuah keluarga itu, atau sesebuah negara itu, adalah dalam keadaan kuat atau lemah,berpengaruh atau kaya atau miskin dan sebagainya. Keadaan ekonomi ini pula berputar seperti roda. Adakalanya, ekonomi berkeadaan baik dan adakalanya berlaku KRISIS atau GAWAT.

Krisis ekonomi datang pada jangkamasa tertentu yang disebabkan oleh beberapa elemen dan faktor yang bersangkutan dengan ekonomi, perniagaan, cuaca, politik, peperangan, bencana alam dan sebagainya. Pada tahun 1986 dan 1997, Malaysia telah dikejutkan dengan krisis ekonomi yang serius dan peritnya masih segar dalam ingatan kita. Tetapi, di alaf yang baru ini ( bermula dari tahun 2000 ),faktor-faktor baru seperti teknologi maklumat ( IT ), multimedia,telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya sedang menukarkan sama sekali senario kehidupan di seluruh dunia.

Selain dari kesan-kesan positif, kesan-kesan negatif yang membawa kepada kekecohan’ luarbiasa dari apa yang pernah dilalui oleh masyarakat dunia di abad-abad yang lalu, juga turut terjana. Walau apapun, yang paling nyata ialah, orang-orang yang hidup di zaman serba canggih ini, di mana sempadan di dunia ini tidak lagi wujud, tidak kira di mana sahaja,tidak kira bangsa, warna, budaya dan agama, perlulah berada dalam keadaan BERSIAP SEDIA dan sentiasa PEKA atau CELIK EKONOMI, kerana kegawatan ekonomi boleh berlaku seperti datangnya banjir kilat!.

Mungkin 3 contoh yang diberikan di sini boleh menerangkan dan mempamirkan keadaan itu.. Diabad-abad yang akan datang pula, mungkin elemen-elemen lain yang akan mengambil tempat di pentas utama krisis ekonomi. Tunggukanlah, ianya akan sentiasa datangdan akan pasti berlaku. Persiapan teliti adalah sangat perlu untuk kesinambungan hidup. Kalau tidak, pupus!.

CONTOH 1: SENARIO KRISISMINYAK.
Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, adalah satu perkara yang lumrah. Lazimnya, pemerintah sesebuah negara, termasuk juga Malaysia,sentiasa memikul beban kenaikan harga ini dengan memberi subsidi kepada pengguna. Ini dilakukan untuk keselesaan rakyat biasa. Tetapi, pada zaman ini, kenaikan harga minyak mentah dipasaran antarabangsa boleh berlaku tiap-tiap hari, dan ini boleh menukarkan senario ekonomi menjadi begitu rapuh dan sangat-sangat membimbangkan. Kesan yang sangat buruk ini akan dirasai di seluruh pelusuk dunia, termasuk juga Malaysia. Sebagai contoh: Harga minyak mentah hanyalah sekitar US$ 10 (RM 38) setong tidak berapa lama dulu. Tetapi, pada bulan Januari 2004, harga minyak mentah telah melambung kepada US$ 30 (RM 114) setong.

Pada 1 Oktober 2004, harganya melambung lagi kepada US$ 50 (RM 190) setong. Harga terus saja meningkat keparas US$ 55 (RM 209) setong, dua minggu kemudian. Keadaan serupa akan berlaku lagi di tahun-tahun akan datang, dan tidak dapat tidak, akan terjadilah inflasi global dan pada waktu itu, semua umat manusia di muka bumi ini akan merasai bahangnya dan akan merana buat seketika. Di Malaysia, belum pun reda dari kesan kenaikan harga minyakpetrol, diesel dan gas, sebanyak 2 sen seliter pada 1 Mei 2004, pada 1 Oktober2004, kenaikan kali kedua sebanyak 5 sen seliter telah dikuatkuasakan pula.Diingatkan di sini, jika harga minyak mentah naik ke paras US$ 60 (RM 228)setong, dijangka, tiada lagi subsidi yang akan mampu diberikan kepada pengguna.Ini bermakna, pengguna akan menanggung semua kenaikan bahan tersebut. Adadi antara pakar ekonomi dunia meramalkan bahawa, harga minyak mentah akan mencecah US$ 100 (RM 380) setong dalam jangkamasa 5 tahun ini. Kalau keadaan ini benar-benar berlaku, krisis yang lebih menakutkan akan tejadi! Apakah maknanya semua ini kepada orang-orang biasa seperti kita?

Bolehkah kita selamat dari bencana ekonomi, jika ianya melanda Malaysia beberapa kali lagi dan mungkin, serangan itu nanti akan lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di tahun-tahun 1986 dan1997 dahulu? Apabila berlaku kenaikan harga minyak mentah, maka huru-hara akan terjadi kerana harga barangan keperluan biasa, barangan makanan dan perkhidmatan, sudah tentunya akan naik. Di negara kita, hanya dalam 5 hariselepas kenaikan berlaku, harga barangan dan perkhidmatan telah naik antara10-30 %. Hari-hari esok pula, bagaimana? Berapa peratus pula akan naik? DiAmerika Syarikat, keadaannya lebih dahsyat lagi. Pengguna telah dikejutkan dengan kenaikan harga petrol sebanyak 50 % dalam masa seminggu sahaja. Di Nigeria pula, walaupun negara tersebut merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak,tetapi rakyatnya telah mogok dan keluar beramai-ramai menunjuk perasaan membantah kenaikan harga petrol yang tinggi.

Sememangnya, KRISIS minyak inisedang bermaharajalela, menghura-hara dan memporak-perandakan kestabilan negara-negara di dunia ini. Persoalannya, harga petrol, gas, diesel, barangan keperluan, perkhidmatan tidak pula turun apabila harga minyak mentah TURUN! Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada siapa yang bersalah dalam hal kenaikan harga minyak mentah ini. Ianya adalah kitaran ekonomi yang sentiasa berlaku. Harga apa sahaja barangan adalah ditentukan oleh Kuasa Pasaran’ (Market Force), termasuk minyak mentah. Secara teorinya, kenaikan harga sesuatu barang adalah disebabkan oleh keadaan permintaan yang lebih dari bekalan. Ada 3 faktoryang menyebabkan harga minyak naik mendadak: Permintaan minyak oleh negara China meningkat berpuluh kali ganda sehinggakan ia telah mengatasi Jepun ditempat yang kedua. Amerika Syarikat adalah negara pengguna minyak yang tertinggi di dunia. Namun, dalam sedikit masa lagi, negara Chinaakan menjadi pengguna terbesar pula kerana dengan jumlah keperluan 6.3juta tong sehari dan masih meningkat. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kepesatan percambahan ekonomi yang sedang rancak berlaku di negara itu sekarang.Keadaan suasana politik yang tidak stabil di Timur Tengah.Penggunaan minyak akan naik apabila tiba musim sejuk di Amerika dan Eropah.

CONTOH 2: SENARIO KRISISPERDAGANGAN TERBUKA GLOBAL. Dunia Tanpa Sempadan, Globalisasi, Kawasan Perdagangan Bebas,‘Koridor Raya Multimedia’, adalah beberapa terminology’ yang kerap kita dengardari media massa sekarang ini. Tetapi, majoriti orang kebanyakan tidak mengetahui, apakah makna semua ini dan apakah yang sedang berlaku sekarang ini.Apa yang kita tahu, di antaranya, hanyalah: Ramaipara graduan yang menganggur, dan jumlahnya terus meningkat dari tahun ketahun.Ramaipekerja kehilangan pekerjaan kerana syarikat-syarikat tempat merekabekerja telah ditutup. Bukan sahaja syarikat-syarikat tempatan yang terlibat,tetapi syarikat-syarikat asing juga. Kebanyakan dari mereka, telah memindahkan operasi mereka ke negara lain yang lebih rendah kosnya sepertinegara China.Syarikat-syarikat tempatan dan asing yang masih beroperasi lagi di Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengecil dan mengurangkan operasi mereka,dan ini menyebabkan para pekerja terpaksa mengambil ‘VSS’, kalau tidak,mereka akan tersingkir tanpa mendapat sebarang imbuhan.

Mungkin juga, semua ini ada kaitannya dengan peningkatan jenayah, seperti rompak,curi, ragut, pecah rumah, pecah amanah, penipuan, rasuah dan sebagainya. Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya ? Malaysiasebagai negara perdagangan yang berasaskan industri pembuatan, memerlukan pasaran untuk meluaskan pengedaran hasil produk yang diperbuat di sini. Oleh itu, Malaysia perlu berdaya-saing dengan negara-negara pengeluar yang lain di arena antarabangsa. Jumlah penduduk di kawasan ASEAN ialah sekitar 500 jutaorang (½ billion), dan Keluaran Negara Kasar (KNK) pula ialah sekitar RM 3, 116billion setahun. Keadaan ini menjadikan ASEAN di tempat keempat perdagangan terbesar dunia selepas Amerika, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Oleh sebab itu, 6negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia telah sepakat menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ) padabulan Januari 1992. Objektif penubuhan AFTA ialah untuk meningkatkan daya-saing kawasan ASEAN sebagai pengkalan pembuatan utama untuk pasaran dunia. Pada tahun1995, Vietnam telah menyertai AFTA, diikuti pula oleh Laos dan Myanmar padatahun 1997 dan akhirnya Kampuchea pada tahun 1999. Apabila AFTA dikuatkuasakan pada tahun 2003, terdapatbeberapa kesan-kesan positif dan negatif kepada negara. Di antara kesan positif utama ialah: Syarikat-syarikat tempatan boleh meneroka peluang perniagaan di 10 buah negara serantau.

Syarikat-syarikat tempatan boleh bersaing keluar dari ASEAN kerana sumber bahan mentah yangmurah di ASEAN boleh didapati dengan mudah, maka syarikat-syarikattersebut mampu bersaing di arena antarabangsa. Di antara kesan negatif utama pula ialah: Syarikat-syarikat tempatan terpaksa bersaing dengan banyak syarikat-syarikat lain dalamASEAN. Barang-barang kawalan dari negara-negara ASEAN yang lain tidak akan disekat dan kerajaan tidak boleh melindungi industri-industri tempatan lagi, dan jikabarang-barang ini lebih murah, maka syarikat-syarikat tempatan akan mengalami kerugian. Jika mahal, akan membawa beban pula kepada pengguna.Penyertaan bumiputera dalam sektor bekalan adalah sangat kecil. Sebagai contoh,pengedar gula hanya 9.77 % sahaja, manakala pengedar tepung gandum pula,hanya 8.74 % sahaja. Masalah besar untuk kaum bumiputera bersaing! ‘International Institute of Strategic Studies’ yang berpengkalan di London, telahmengeluarkan kenyataan bahawa peranan ASEAN di dalam arena antarabangsa akan berkurangan secara serius dan lama-kelamaan, pakatan itu tidak akan relevan lagi.

Ini kerana, negara China sedang dan akan menjadi sebuah kuasa ekonomi yang sangat besar dan terkuat di dunia ini dan akan mengambil peranan dan posisi yang penting di zon Asiadari pakatan ASEAN. Dengan hakikat ini, ASEAN telah mula membincangkan penubuhanzon perdagangan bebas bersama Chinayang dipanggil CAFTA (China-ASEAN Free Trade Area) pada 6 November 2001 yanglalu. CAFTA akan menjadi sebuah zon perdagangan bebas yang terbesar di dunia dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 billion orang. Dengan tindakan itu, kesan jangka pendek dan sederhana (5 – 10 tahun) ialah penumpuan pelaburan dunia akanberpaling dari Asia Tenggara ke negara China.Jangkaan ini memang tepat, kerana Malaysiatelah jatuh ke tangga ke 13, sebagai destinasi pilihan pelabur antarabangsa.. China menduduki tempat pertama, manakala India pula, menjadi destinasi pelabur ke 2.

Manakala di Malaysia sendiri, para peruncit dan pengedar akan memilih untuk mendapatkan bekalan dari negara China,dari bekalan di negara sendiri, kerana faktor harga. Contohnya, Courts MammothBhd., akan mula mendapatkan bekalan perabut dari China mulai tahun 2004 sebagai salah satu cara mengurangkan kos. Malaysiadan negara-negara ASEAN yang lain akan hanya menikmati kesan positif jangkapanjang ( 10 tahun ke atas ), di mana waktu itu, dijangka CAFTA akan membawa banyak kebaikan ekonomi yang lebih besar kepada negara-negara AsiaTenggara. Negara Indiajuga tidak mahu ketinggalan di dalam meningkatkan percambahan ekonomi mereka.Pada bulan Oktober 2004, Presiden India telah mencetuskan idea untuk membentuk zon perdagangan bebas antara India,China, Jepun dan Korea Selatan. Jika ini menjadi kenyataan, maka Asia akan menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia dengan setengah dari jumlah penduduknya adalah di Asia. Tetapi, apakah kesannya kepada Malaysia?

CONTOH 3: SENARIO KRISISEKONOMI– Percambahan terbantut? Adakah perkara ini akan berlanjutan di tahun-tahun akan datang? Keadaan ekonomi di Malaysia,menunjukkan pengurangan atau pengecutan di dalam suku ketiga tahun 2004.Terdapat 3 sebab utama: 1. Kebimbangan ke atas kenaikan harga minyak mentah. 2. Kemungkinan percambahan ekonomi Amerika Syarikat dan Chinamenjadi perlahan. 3. Pengurangan permintaan barangan elektronik di peringkat global.

Ekonomi Malaysiatelah sampai ke persimpangan di mana ia telah mula menunjukkan kehilangan‘momentum’. Kedua-dua kunci penunjuk utama ekonomi iaitu ekspot dan pembuatan,menunjukkan pengurangan sebanyak 14 % dari suku kedua tahun 2004. Keadaan ini dijangka akan terus berlaku. Secara ringkasnya, sektor pembuatan atau pengilangan industri elektronik dan elektrik adalah yang paling teruk terjejasdari sektor-sektor yang lain. Lebih kurang 40 % pengilang dari sektor ini terpaksa mengurangkan pengeluaran mereka. 44 % dari mereka pula percaya bahawa,pengurangan pengeluaran akan terus berlaku dalam masa 3 bulan seterusnya.Sektor pembuatan kertas dan barangan berasaskan kertas juga sangat membimbangkan, kerana tempahan dari dalam dan luar negara untuk barangan tersebut telah berkurangan. Walaupun begitu, mengikut bancian yang telah dijalankan oleh Malaysia Institute of Economic Research ( MIER ), menunjukkan bahawa pengguna-pengguna tempatan masih optimistik terhadap ekonomi Malaysia.Oleh yang demikian, banyak pihak-pihak tertentu masih boleh menarik nafas lega.

Tetapi, MIER berpendapat bahawa, sentimen optimisma ini hanya berdasarkan emosi semata-mata, bukan berdasarkan fakta yang kukuh(‘The increased optimism,however, might reflect wishful thinking more than hard economic reality’ –Starbiz, 20th Oct 04) Yang sangat nyata ialah, keadaan cuaca ekonomi dunia boleh bertukar dari satu ekstrem ke satu ekstrem dengan agak cepat. Dengan secepat kilat pula, keadaan ini boleh memberi kesan, samada baik atau tidak, kepadarakyat jelata. Jadi, pada zaman ini, barangsiapa yang tidak peka atau celik ekonomi, pasti akan dihanyutkan oleh arus deras krisis ekonomi yang boleh melanda dunia pada bila-bila masa. Dengan contoh-contoh di atas, kita sebagai orang biasa di Malaysia ini, mahu tidak mahu turut terbabit di dalam kancah perdagangan antarabangsa.

Tetapi, kita tidak perlulah memandang keadaan ini dalam cahaya negatif. Apa yang kita semua mesti lakukan ialah memperbaiki keadaan ekonomi kita sekarang juga, agar kita juga boleh mengaut keuntungan dari KRISIS-KRISIS ekonomi ini.Tambahan pula, dengan keadaan sekarang ini dan masa-masa akan datang, apa-apaboleh berlaku. Krisis boleh datang seperti datangnya banjir kilat!

Are You Arrogance

Arrogance, Greed & Corruption

Germany is a great nation. The country also saw the emergence of a great hero, or devil depending on how you look at it – Adolf Hitler. He participated in both worlds’ greatest war, World War I and II.

I can’t imagine what would happen to Germany if Hitler never invaded Soviet Union and spared the three million elite German troops and the much feared and greatest tanks of all time, Panzer, to guard his newly acquired territory of Poland, Austria, Czechoslovakia, Denmark, Norway, France, Luxembourg, Netherlands, Belgium, Hungary, Northern African Countries, Romania and Bulgaria.

Arrogance and greed were the main reasons that soon sent Germany to her defeat and Hitler his death. If only he listened to his advisors.Amazingly both countries that were defeated in the World War II, Japan and Germany, rebound and becomes world’s third and fifth largest economy respectively.

However the Germans are not so happy lately. As expected the U.S. Congress finally passed (263 – 171 in favor) and President Bush signed the $700 billion rescue plan. So I guess everything is settled as if we’ve traveled through the time machine back to the future to the good time, no? At least the Dow didn’t panic and only drop 157 points, better than the previous 777 points drop *grin*.

The Congress’s vote of approval might help to calm the stock market in the sense that wild volatility would most probably contained and depositors don’t need to worry about their money now that the amount of deposits covered by FDIC increased from $100,000 to $250,000.Unfortunately an economic downturn is happening. You can choose to argue until the cows come back whether U.S.’s economy is technically in recession (Warren Buffett believed so months ago) but in reality the times are getting tougher. Despite Germany’s surplus of $185 billion compared to United States’ deficit of $731 billion in 2007 and the fact that the Germans save on average 11 percent of their incomes into savings accounts, the country that once ruled most of the European countries is mumbling about having to bailout their financial institutions as a result of United States’ own problem. Not even the mighty “Terminator” Governor Arnold Schwarzenegger is immune from current crisis that the California state is screaming for $7 billion emergency loan from federal government because it is running out of cash.All the eyeballs are now monitoring on how the $700 billion will be disburse effectively to meet the objectives.

But if the Dow’s performance is any indicator to goes by, it appears that majority of the investors, analysts and economists do not think the $700 billion bailout plus the $150 billion tax breaks will do any good and the monies are as good as flushed down the toilet. Sure, now that the U.S. economy is in a huge mess it quickly becomes the laughing stock. Countries (such as Malaysia) that was criticized (and laughed at) because it didn’t subscribe to the IMF medicine during the 1997-1998 Asia Crisis are now giggling and laughing back at the military power-house United States. No doubt that U.S. is literally bankrupt and relies on printed monies without the backing of gold reserve (go check the Fort Knox) as claimed by such parties but like it or not all the economic super-powers are holding huge amount of U.S. Treasury bills. Japan owns $593 billion and China has $519 billion while Asian countries hold more than $1 trillion of these IOUs.

Why?Now I realized the truth when one of the wise-man told me “If you want to owe money, make sure your debts is as huge as possible”. Try to owe the bank millions of dollars yourself and chances are high you’ll be given VIP treatment and you can negotiate for the lowest interest rate in town. Go try it if you don’t believe me. As of now the U.S. national debt stands at $10 trillion with each citizen’s share of about $33,300.00. You can laugh back at the U.S.’s economic backyard now but it won’t take another decade for the same mess to happen in another countries.

The point here is do we learn from our past mistakes and take the “right” medicine no matter how bitter it is? I doubt so and if you have politician suckers running the financial show as well, chances are high the taxpayers’ money will be used again to bailout many more inefficient fat cats.

I read that the blogger, Kickdefella, was toying with the prospect of being kicked into the detention center without trial (ISA) when he claimed that the outgoing PM Abdullah Badawi actually received RM200 million from the total of half a billion ringgit commission gotten from the submarine deal. He claimed the money was paid by deputy PM and PM-in-waiting Najib Razak’s wife, Rosmah.

This is absolutely ridiculous because Malaysian politicians are the cleanest and can never be so corrupt, can they? RM200 million is a lot of money and I can tell you a dozen of good companies to buy over after their share prices took the beating lately. Do we really have that US$119 international reserves as claimed by the new Finance Minister Najib recently? It would be interesting to get an independent auditor to perform such check else all our jaws will drop to the floor one fine day when we open the vault only to find a couple of pussy meowing inside.

Tuesday, October 7, 2008

Care for Your Health

LOVE YOUR BODY BABY

If you care for your health, and those of your love ones, share with those you care.

HEALTHY JUICES
1.Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

2.Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

3.Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

4.Bitter gou rd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

5.Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

6.Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bl adder and kidney.

7.Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

8.Pear & Banana - regulates sugar content.

9.Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

10.Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

11.Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

12.Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation

Tuesday, September 2, 2008

D' Mat Akid Famili



Gambar ini diambil di Taman Tengku Anis Kota Bharu, Faaris, Mak Mertua , Elin,Isteri dan Filzati.

Monday, September 1, 2008

Fadhilat Surah Dhuha

Surah Dhuha :Merupakan surah ke 39

Ada 11 ayat.

Baca setiap kali terbit dan terbenam matahari sebanyak 7 kali.
(selamat drp kehilangan/kecurian atau hilang anak/isteri.

Jika barang bernilai hilang, sembahyang sunnat Dhuha enam rakaat dgn 3 salam setiap jumaat hingga barang kembali.Insyallah.

Selalulah amal bacaan ayat ini.

Cara sembahyang Dan Doanya. Amin.



Murahkan rezeki, menolak kepapaan

Antara ibadat sunat yang dianjurkan dan menjadi amalan Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam sendiri ialah sembahyang sunat Dhuha. Banyak hadis-hadis yang mengalakkannya dan menyatakan keutamaannya, Antaranya dalam riwayat Abu Hurairah katanya:-




Maksudnya :"Kekasihku Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat sembahyang Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan"
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Dalam riwayat yang lain Rasullullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam pernah bersabda yang maksudnya : " Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah ( sebagai ganti ) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat sembahyang Dhuha ."
( Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim )

Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab "An-Nurain" sabda Rasullullah Sallallahu ‘alaihi Wasallam yang maksudnya : "Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan."
Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang maksudnya :
"Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya aku segala dosanya walaupun seperti buih dilautan."
(Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi)

Dan daripada Anas bin Malik Radhiallahu 'anhu berkata :
"Aku mendengar Rasulullah Sallallahu 'alaihi wasallam berkata : "Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas"
(Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

Waktu sembahyang Dhuha ialah dari naik matahari sampai sepenggalah dan berakhir di waktu matahari tergelincir tetapi disunatkan dita'khirkan sehingga matahari naik tinggi dan panas terik.
Cara menunaikannya pula adalah sama seperti sembahyang-sembahyang sunat yang lain iaitu dua rakaat satu salam. Boleh juga dikerjakan empat rakaat, enam rakaat dan lapan rakaat. Menurut sebahagian ulama jumlah rakaatnya tidak terbatas dan tidak ada dalil yang membatasi jumlah rakaat secara tertentu, sebagaimana sebuah hadis yang diriwayatkan oleh 'Aisyah bermaksud :"Adalah Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersembahyang Dhuha empat rakaat dan menambahnya seberapa yang dikehendakinya."
(Hadis riwayat Ahmad, Muslim dan Ibnu Majah)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi Sallallahu 'alaihi wasallam bersabda bermaksud :
" Barangsiapa yang menunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,"

( Riwayat At-Thabarani )
Manakala surah yang sunat dibaca selepas membaca Faatihah pada rakaat pertama ialah surah as-Syams dan rakaat kedua selepas membaca al-Faatihah disunatkan membaca surah adh-Dhuha.

Adapun niat sembahyang Dhuha ialah :
Ertinya : " Sahaja aku sembahyang sunat Dhuha dua rakaat kerana Allah Taala "

Doa’ sembahyang Dhuha ialah:
Maksudnya : " Ya Allah, bahawasanya waktu Dhuha itu waktu DhuhaMu, kecantikan itu ialah kecantikanMu, keindahan itu keindahanMu, kekuatan itu kekuatanMu, kekuasaan itu kekuasaanMu dan perlindungan itu perlindungan Mu. Ya Allah jika rezekiku masih diatas langit, turunkanlah dan jika ada di dalam bumi, keluarkanlah, jika sukar mudahkanlah, jika ia (dari yang) haram maka sucikanlah, jika masih jauh dekatkanlah, berkat waktu Dhuha, Keagungan, Keindahan, Kekuatan dan Kekuasaan Mu, limpahkanlah kepada hamba-hamba Mu yang saleh ."
"

Sunday, August 24, 2008

Nona Azizah

KEBERANIAN Dr Wan Azizah Ismail melepaskan jawatan 31 Julai lalu sebagai wakil rakyat Permatang Pauh demi perjuangan parti membuktikan beliau bukan calang-calang orang. Disebalik sikap peramah dan lemah lembutnya, terselindung jati diri yang lebih jitu, utuh dan padu iaitu ketabahan dan kecekalan beliau. Kekuatan dalaman inilah yang membolehkan beliau mengharungi sepak terajang dunia politik, suatu dunia yang tidak pernah beliau impikan malah apa lagi menceburinya. Tetapi itulah yang dikatakan takdir. Takdir juga meletakkan beliau di persada politik tanahair sebagai Presiden KeADILan sejak parti tersebut ditubuhkan sedekad lalu. Beliau memberi laluan kepada suami tercinta, Anwar Ibrahim agar obor perjuangan yang dibawanya selama tiga penggal sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh terus dijulang Anwar ke tahap perjuangan yang lebih mencabar dan getir. Kesanggupan ini menjadikan beliau seorang yang unik dan disanjung rakyat di atas pengorbanan beliau itu. Dalam temuramah selama sejam di ibu pejabat KeADILan, Dr Wan Azizah, menyingkap pengalaman pahit beliau ketika suami tercinta ditangkap dan dipukul polis semasa di tahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri pada 1998. Doktor kelahiran Alor Setar, Kedah ini juga mengimbas kembali saat-saat manis Anwar dibebaskan daripada Penjara Sungai Buloh pada 2004.

Ikuti liku-liku hidup beliau mengharungi tanggungjawab sebagai seorang ibu, isteri, nenek dan pejuang politik yang beliau berkongsi bersama Suara Keadilan. Wartawan Suara Keadilan Dzulkarnain Taib dan Zul Salehin Zulkupli bersama-sama juru gambar Yuisriah Yusof dan juru kamera Ebrahim Harris menemubual Dato’ Seri Dr Wan Azizah di Ibu Pejabat KeADILan di Petaling Jaya 1 Ogos lalu. PEMBABITAN POLITIK

Apa yang mendorong Dato’ Seri mengambil tanggungjawab menerajui sebuah parti politik yang baru pada 1998 walaupun dato’ Seri bukan ahli politik ketika itu?
Saya berkeyakinan bahawa saya harus bangun menegakkan keadilan dan memberi semangat kepada suami dan juga anak-anak saya. Pada masa itu anak-anak saya masih kecil lagi dan saya juga mempunyai latarbelakang yang mungkin berbeza dengan ramai rakyat Malaysia, namun dalam hati kecil saya saya tetap mahu bahawa saya mesti buat sesuatu. Itu adalah azam hidup saya untuk menegakkan yang hak dan cuba melenyapkan ketidakadilan. SebelumDato’ Seri menerajui KeADILan, Dato’ Seri adalah seorang isteri kepada Timbalan Perdana Menteri. Mungkin sedikit sebanyak Dato’ Seri didedahkan kepada dunia politik melalui Dato’ Seri Anwar Ibrahim. Adakah Dato’ Seri meminati bidang politik sehingga akhirnya meyakinkan Dato’ Seri untuk memimpin sebuah parti politik? Saya tidak ada minat dan tidak didedahkan kepada apa-apa yang berbaur politik sejak kecil lagi. Saya dibesarkan di Alor Setar,“a small town girl” dan belajar di Sekolah Convent. Saya hanya menjalani kehidupan seperti rakyat biasa. Selepas itu saya ke luar negara, tamatkan pengajian dan pulang bekerja di Malaysia. Itu saya kira sesuatu yang biasa dialami oleh ramai orang. Selepas itu saya bertemu Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan berkahwin. Saya mengahwini seorang guru di mana pada ketika itu Dato’ Seri Anwar bekerja di Yayasan Anda Akademi, sebuah institusi untuk anak-anak yang tercicir. Dato’ Seri Anwar mempunyai satu ciri dan azam untuk mengangkat martabat pendidikan anak-anak Melayu. Dengan kemudahan yang serba kekurangan, kesempitan hidup, anak-anak ini mungkin tidak mencapai tahap akademik yang diinginkan. Jadi untuk membuka peluang bagi mereka, yayasan ini banyak membantu mereka yang tercicir dalam bidang akademik. Saya mengahwini Dato’ Seri Anwar pada tahun 1980 dan pada ketika itu pendapatan saya lebih sedikit daripada beliau. Dato’ Seri Anwar mendapat RM800 sebulan dan saya ketika itu berkhidmat sebagai pegawai perubatan di sebuah hospital kerajaan. Ketika saya menjalani “housemanship” di Hospital Besar Kuala Lumpur saya bertemu Dato’ Seri Anwar.

Adakah pengalaman yang diperolehi oleh Dato’ Seri sebagai isteri seorang ahli politik memberi kekuatan dan keyakinan kepada Dato’ Seri untuk memimpin KeADILan?

Apabila beliau masuk gelanggang politik pada tahun 1982 dan beliau memasuki Umno, ia sungguh mengejutkan saya kerana beliau pada ketika itu juga mempunyai hubungan baik dengan Pas yang dipimpin oleh Allahyarham Dato’ Asri ketika itu. Tetapi dia telah membuat keputusan dan saya sebagai isteri berharap saya menjadi isteri yang baik serta memberi segala sokongan kepada suami yang baru memasuki arena politik. Setelah itu beliau bertanding di Permatang Pauh pada 1982 dan memenangi kerusi tersebut. Kemudian Dato’ Seri Anwar dilantik sebagai Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri dan seterusnya dilantik menjadi Menteri Belia dan Sukan, Menteri Pertanian, Menteri Pendidikan, Menteri Kewangan dan akhirnya Timbalan Perdana Menteri. Saya hanya isteri seorang ahli politik, saya tidak tahu selok belok politik. Saya hanya menerima tetamu yang datang ke rumah, menghadiri Perhimpunan Agung Umno dan sebagainya dan juga sedikit sebanyak pengalaman sebagai isteri menteri dalam Bakti. Selepas peristiwa penangkapan Dato’ Seri Anwar pengalaman saya berubah dan saya memang merasa tertekan tetapi seperti yang saya katakan saya berpegang kepada prinsip keadilan. Pangkat dan kedudukan hanya membantu dalam apa yang kita hendak buat tetapi apa yang kita percaya itulah yang menjadi dorongan utama. Saya kira ini adalah pengalaman pahit dalam hidup dan saya akan cuba harungi sedaya upaya. Sebagai seorang Islam saya mahukan keredhaan Allah s.w.t dan itulah yang memberi saya kekuatan. Jika pegangan kita kuat kita mampu menghadapi apa jua kesusahan.

PENUBUHAN KeADILan Boleh Dato’ Seri ceritakan sedikit peringkat awal penubuhan KeADILan sehingga Dato’ Seri dipilih menerajui parti?

Bila saya fikirkan kembali, seolah-olah ulang tayang, saya kira ia sesuatu yang mustahil terjadi tetapi hakikatnya ia berlaku. Semua yang terjadi tidaklah dirancang begitu teliti sebab apabila Dato’ Seri Anwar dipecat beliau telah mengadakan “roadshow” menjelajah seluruh Malaysia dan pada masa itu memang ada ura-ura beliau akan ditangkap. Jadi pada salah satu ceramah beliau apabila Dato’ Seri Anwar ditanya siapa yang akan menggantikan beliau jika beliau ditangkap terus Dato’ Seri Anwar mengumumkan bahawa saya akan menerajui parti jika apa-apa terjadi kepada beliau. Apa perasaan Dato’ Seri setelah diisytiharkan oleh Dato’ Seri Anwar sebagai pengganti beliau? Saya agak terkejut dengan keputusan beliau itu kerana kami tidak pernah berbincang terlebih dahulu mengenainya. Namun setelah diberi tanggungjawab saya akur dan pada ketika itu saya tidak merasakan begitu teruk sebab Dato’ Seri Anwar belum ditangkap dan masih di sisi saya. Apabila akhirnya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan saya diumumkan sebagai pengganti beliau maka saya menerima mandat dan kepercayaan tersebut dengan penuh rasa tanggungjawab. Saya mengucapkan alhamdullilah ketika itu dan berdoa kepada Allah, “Ya Allah berilah kekuatan kepada saya”. Itulah sedikit sebanyak apa yang berlaku pada awal sejarah penubuhan KeADILan. Selepas itu saya mengadakan perbincangan dengan pemimpin-pemimpin parti yang lain mengenai struktur organisasi samada ianya satu parti Melayu atau parti pelbagai etnik, muka-muka baru dalam parti, siapa yang akan dilantik dalam jawatankuasa dan sebagainya. ANWAR DI TANGKAP Apabila Dato’ Seri Anwar ditangkap pada September 1998, apa pesanan terakhir beliau kepada Dato’ Seri? Beliau tidak sempat berpesan apa-apa kerana apabila beliau ditangkap mereka serbu masuk rumah dan masa itu memang kelam kabut. Anak saya Ihsan dan Nuha baru balik dari tuisyen ketika itu. Ihsan diacukan dengan “machinegun” di tengkuknya kerana Ihsan ketika itu berlari ke arah ayahnya yang telah dikepung manakala Nuha pula lebam di belakang badannya kerana dihentak dengan buntut senapang. Anak kelima saya pula menjerit kesakitan kerana dipijak kakinya. Bagaimana perasaan Dato’ Seri ketika Dato’ Seri Anwar ditangkap kerana beberapa hari sebelum itu beliau adalah sebahagian daripada pemimpin tinggi kerajaan dan apabila dipecat beliau dilayan sebegitu rupa termasuk keluarga dan anak-anak beliau? Ketika itu saya tidak mahu fikir mengenai orang lain. Saya hanya memikirkan untuk menjaga dan melindungi keluarga saya dan itulah sahaja yang bermain di fikiran saya ketika itu. Walaupun ramai penyokong datang saya berasa amat lemah dan tertekan. Anak-anak saya menceritakan apa yang berlaku kepada mereka hanya selepas dua tahun. Saya fikir saya mesti melindungi Dato’ Seri Anwar. Selepas beliau ditangkap kami sekeluarga dimasukkan di dalam sebuah van dan Hana masa itu masih didukung. Di tengah-tengah perjalanan itu van tersebut berhenti dan kami dipisahkan. Dato’ Seri Anwar dibawa keluar seorang dalam keadaan digari dan ditutup mata. Saya tidak tahu dimana lokasi kami dipisahkan kerana saya berada di van berasingan dan sehingga hari ini saya masih tidak tahu lokasi tersebut. Apa yang saya ingat ia adalah satu tempat yang sunyi dan saya tidak dapat mengecamnya. Dato’ Seri Anwar sempat mengucapkan“see you later zah” ketika kami dipisahkan dan itulah kata-kata terakhir beliau. Apabila saya sampai ke Bukit Aman saya tidak dibenarkan masuk. Dalam situasi kelam kabut dan tegang itu tidak sedar yang saya tidak memakai kasut dan berkaki ayam. Saya berkata kepada pihak polis bahawa saya tidak akan balik selagi saya tidak tahu di mana Dato’ Seri Anwar dibawa. Anak-anak saya pada ketika berada dalam van. saya berkeras tidak mahu pulang sehingga polis memanggil Dato’ Jamil Johari. Beliau datang dalam keadaan memakai kemeja T sahaja dan saya terus berkata kepadanya,“Sebagai seorang Islam, I want your word as a Muslim. You Islam, I Islam, jangan apa-apakan Anwar. If my husband is guilty or not guilty you deal with it professionally” . Masa itu saya tidak sedar bahawa Dato’ Seri Anwar sedang dibelasah di Bukit Aman. Apa respon Dato’ Jamil Johari? Beliau berkata “yes, kita akan buat secara profesional”. Kemungkinan beliau juga tidak tahu yang Dato’ Seri Anwar dipukul pada ketika itu. Selepas ditangkap bila Dato’ Seri dapat berjumpa untuk pertama kalinya dengan Dato’ Seri Anwar? Saya tidak dibenarkan menemui beliau ketika ditahan pada 20 September sehinggalah 29 September. Saya hanya dapat peluang bertemu beliau di mahkamah. Ini kerana ketika ditangkap dirumah beliau ditahan dibawah akta 377 B iaitu “sodomy” dan pada keesokan harinya dipinda pula kepada ISA. Jadi kita tidak dapat berjumpa sehingga 29 September dan ketika Dato’ Seri Anwar dibawa ke mahkamah matanya lebam. Memang masa saya berjumpa beliau perasaan saya bercampur antara susah hati dan rasa lega kerana beliau masih hidup. Susah hati kerana saya menerima satu panggilan pada 21 September, sehari selepas Dato’ Seri Anwar ditangkap yang mengatakan beliau telah meninggal dunia! Saat itu saya merasakan seperti orang tidak siuman, tapi saya berkata kepada diri saya tidak akan percaya sehingga saya dapat melihat mayat beliau dengan mata kepala saya sendiri. Sebab itulah apabila saya berjumpa dengan beliau pada 29 September itu saya berasa amat lega dan bersyukur sekali yang beliau masih hidup. Saya juga berasa lega apabila hakim membenarkan doktor memeriksa Dato’ Seri Anwar. Pada masa itu, kita dibenarkan melawat beliau tetapi diawasi ketat oleh polis dan Dato’ Seri juga nampak amat keberatan untuk bercakap cakap kerana mungkin ada Special Branch yang pandai membaca pergerakan bibir. Apabila Dato’ Seri bertemu Dato’ Seri Anwar buat pertama kalinya di mahkamah, apakah pesanan beliau? Dato’ Seri Anwar berkata kepada saya, “sabar, take it easy”. Kita tidak menjangka ianya akan jadi sebegini rupa dan amat zalim. Mungkin sebelum beliau dibelasah saya masih ada lagi sikit kepercayaan terhadap polis tetapi apabila saya melihat mata lebam beliau saya kurang kepercayaan kepada sesiapapun..Dato’ Seri Anwar juga turut tidak percaya kepada sesiapa kerana dua hari sebelum ditangkap beliau adalah Timbalan Perdana Menteri dan kemudiannya dipukul. Sebagai seorang doktor, kita boleh kawal emosi dan bersabar. Jarang saya tunjukkan emosi saya walaupun selepas Dato’ Ser Anwar ditangkap, cuma sekali sahaja saya menangis ketika di Baling.

SOKONGAN KELUARGA DAN KAWAN
Bagaimana pula dengan sokongan daripada kawan dan sahabat handai Dato’ Seri? Saya mendapat sokongan dari kawan-kawan tetapi bagi isteri-isteri menteri dan Perdana Menteri saya faham dilema mereka. Selepas Dato’ Seri Anwar disingkirkan daripada jawatan beliau saya pergi ke rumah Perdana Menteri dan berjumpa dengan Tun Dr Siti Hasmah. Dia memang baik dan bertanya kenapa saya tak datang lebih awal. Pada beliau tindakan suaminya betul dan saya rasa tak mungkin saya akan dapat apa-apa sokongan dari beliau. Ada isteri-isteri menteri yang datang jumpa saya tapi tidak ramai, dan saya berterima kasih kepada mereka kerana sudi datang walaupun berlainan pandangan politik. Walau bagaimanapun yang membuat saya berasa amat berbesar hati adalah mereka yang saya tidak kenal langsung. Mereka inilah yang datang dan memberi saya semangat serta dorongan dan berjanji mahu bersama-sama menegakkan keadilan. Hati saya amat terharu apabila seorang makcik tua yang dah bongkok datang berjumpa saya di Cherok To’ Kun dan memberi satu ringgit kepada saya. Saya betul-betul amat terharu dan peristiwa itu memberi kekuatan lagi kepada diri saya untuk terus berjuang dan juga menambahkan keyakinan saya. Semua yang kita lakukan selama ini bukan semata-mata bukan kerana Dato’ Seri Anwar atau keluarga. Memang beliau dizalimi tetapi yang lebih utama ialah kita lakukan demi negara kita dan rakyat. Bersama-sama rakyat menegakkan yang hak membuatkan saya yakin dan kuat semangat. Bagaimana kesan ke atas anak-anak dan keluarga Dato’ Seri melihat apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar? Alhamdulillah anak-anak saya terutamanya Nurul Izzah faham apa yang berlaku. Mereka melihat ini sebagai satu perjuangan. Mereka menerima sindiran dari kawan-kawan tetapi ini memperkukuhkan ikatan kami sekeluarga. Dato’ Seri Anwar adalah seorang ayah yang penyayang dan selalu bergaul rapat dengan anak-anak dan sekarang bersama cucu. Jadi itu mengeratkan lagi ikatan kami sebagai satu keluarga. Saya bersyukur kita mampu menghadapi semua ini dengan sabar dan tabah. Bila anak-anak saya melihat ibu mereka mampu bertahan dan sabar menghadapi semua cabaran itu juga yang memberi mereka kekuatan. Mereka melihat saya tidak tunduk, saya masih teguh dan saya mengatakan kepada mereka bahawa ini adalah fitnah terhadap ayah mereka dan kita harus bersama-sama menegakkan keadilan. Walaupun ada bisikan-bisikan yang ragu-ragu dengan fitnah ini, kami sekeluarga tetap berpegang teguh dengan pendirian kami bahawa ini adalah fitnah semata-mata.

MELAWAT ANWAR DI PENJARA
Selama enam tahun Dato’ Seri Anwar dipenjarakan berapa kali Dato’ Seri sekeluarga melawat beliau?

Ianya bergantung. Ketika dalam tahanan reman kami boleh melawat dua minggu sekali tetapi pada peringkat awal reman, kami tidak dibenarkan melawat beliau. Saya hanya dapat bercakap dengan beliau menggunakan interkom disebalik dua lapisan kaca dan wajah Dato’ Seri Anwar tidak jelas kelihatan kerana kaca tersebut agak kotor. Apabila Dato’ Seri Anwar mula menggunakan kerusi roda, bapa mertua saya menulis surat kepada Perdana Menteri untuk merayu dan membenarkan kami melawat beliau seminggu sekali. Agak payah juga waktu hendak melawat Dato’ Seri Anwar sebab kami perlu serah kad pengenalan, mengisi borang dan terpaksa menunggu lama dan pelbagai lagi halangan tetapi apabila dapat berjumpa beliau kami sekeluarga dapat menghilangkan kerinduan kami. Ketika berjumpa Dato’ Seri Anwar beliau sentiasa berlagak normal dan tidak memberitahu kesusahan yang dihadapinya. Jika saya fikirkan masa beliau ditahanlah, saya dapat bersama-sama beliau meluangkan masa kualiti dengan anak-anak. ketika menjadi Timbalan Perdana Menteri perjum-paan sebegini memang jarang berlaku kerana beliau terlalu sibuk dengan tugas-tugas rasmi kerajaan. Mungkin juga ada hikmah di sebalik penangkapannya. Sepanjang enam tahun tersebut, walaupun hanya dapat berjumpa 40 minit dengan beliau namun ianya cukup berharga bagi kami. Ketika itu anak-anak mengambil peluang untuk berbual dengan ayah mereka dan ini merupakan kenangan manis bagi kami sekeluarga. Bagaimanapun kami tidak dibenarkan membawa makanan. Berapa kali pula Dato’ Seri sekeluar-ga berpeluang menyambut harijadi bersama Dato’ Seri Anwar semasa beliau dalam tahanan? Ia jarang kerana memandangkan beliau di penjara tetapi kami berpeluang hanya sekali di mahkamah apabila kami membawa kek harijadi untuk beliau. Walau bagaimanapun, alhamdullilah, yang paling penting kami sekeluarga masih teguh bersama.

TANGGUNGJAWAB POLITIK DAN ANAK-ANAK
Adakah anak-anak Dato’ Seri mempunyai kesedaran politik melalui apa yang terjadi kepada ayah mereka?

Izzah yang paling memahami senario yang berlaku dan adik-adiknya yang lain hanya ambil tahu sahaja. Daripada masa Dato’ Seri menerajui parti sehinggalah meletak jawatan sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh adakah Dato’ Seri mengadakan perbincangan dengan Dato’ Seri Anwar mengenai hal dan masalah bersangkutan parti, polisi, dasar, perancangan dan sebagainya? Kami sentiasa sibuk dengan kerja-kerja parti tetapi kami sering berbincang secara tidak formal. Bukan kami berdua sahaja berbincang, Dato’ Seri Anwar lebih gemarkan konsensus daripada semua pemimpin parti dan juga pemimpin Pakatan Rakyat. Kita tidaklah mempunyai kepakaran dan sesi ‘briefing’ seperti yang diberi oleh Perdana Menteri tetapi kita ambil pendapat semua orang. Apakah cabaran-cabaran yang Dato’ Seri hadapi sepanjang sepuluh tahun menerajui KeADILan? Sememang dalam parti ada pasang surutnya. Pada 1999 kita melihat ramai pemimpin KeADILan keluar dan masuk parti. Ini lumrah. Pada pilihan raya 1999 kami memenangi 5 kerusi dan 2004 hanya satu kerusi sahaja. Jika kita membuat kajian senario politik negara, keadaan politik yang kita alami bagaikan ‘pendulum’ dimana setiap kali pilihan raya, rakyat akan beri sokongan kepada kerajaan dan pada pilihan raya yang lain rakyat berpihak kepada pembangkang. Tahun 2008 adalah tahun bagi pembangkang dan 2004 adalah untuk kerajaan di mana pada ketika itu kita mempunyai Perdana Menteri yang baru dengan konsep Islam Hadhari-nya dan tamatnya era Tun Dr Mahathir. Jadi rakyat mendapat harapan baru dan mengundi Perdana Menteri yang baru. Pada ketika itu hanya saya seorang memenangi kerusi yang ditandingi KeADILan dan itu pun hampir kalah.

SAAT MANIS DAN PAHIT
BolehDato’ Seri berkongsi saat yang paling pahit dalam tempoh sepuluh tahun ini?

Saat yang paling pahit ialah ketika saya diberitahu Dato’ Seri Anwar meninggal dunia dalam tahanan polis.. Saya tidak berapa ingat apa lagi yang diberitahu dalam panggilan telefon tersebut tetapi saya cuma beritahu saya tidak percaya dengan cerita itu. Saya jarang bercakap kasar dengan orang tetapi ketika itu saya tinggikan suara saya kerana terlalu marah dengan berita yang mengatakan Dato’ Seri Anwar telah meninggal. Saya katakan kepada diri saya sendiri masa kan Allah tidak memberikan hambanya peluang kerana saya adalah mangsa dalam masalah ini dan tidak langsung terlibat dengan politik. Daripada 20 September sehingga 29 September merupakan hari-hari yang paling gusar bagi saya kerana saya tidak mengetahui langsung apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar. Saya dapat berkomunikasi dengan Musa Hasan yang mengendalikan siasatan itu dan bertanya kepada beliau keadaan Dato’ Seri Anwar dan beliau memberi jaminan bahawa ]Dato’ Seri Anwar berada dalam keadaan dan kesihatan yang baik. Selama sembilan hari tidak ada berita mengenai Dato’ Seri Anwar, apakah yang bermain-main di fikiran Dato’ Seri pada ketika itu? Saya hanya fikirkan tentang anak-anak dan keluarga dan bagaimana hendak menangani masalah ini. Apa yang mampu saya buat, dengan tidak ada pekerjaan ketika itu dan di mana pula hendak dapatkan sumber kewangan untuk menjalani kehidupan seharian? Rumah kami di Bukit Damansara juga belum habis dibayar pinjaman perumahan kerajaannya tetapi alhamdullilah, selepas itu ramai yang membantu kami sekeluarga dengan sumbangan dari mereka. Sedikit sebanyak dapatlah kami menampung perbelanjaan umpamanya tuisyen anak-anak. Saya amat bersyukur ke hadrat ilahi dengan rezeki yang dilimpahkannya. Izzah ketika di Uniten, ramai juga yang membantunya. Apa pula saat yang paling manis buat Dato’ Seri? Saat paling manis sudah pasti ketika Dato’ Seri Anwar dibebaskan dari penjara kerana saya tidak menyangka beliau akan dibebaskan.. Sebelum beliau dibebaskan, Dato’ Seri Anwar ada menyebut kemungkinan beliau akan dibebaskan cuma beliau berpesan kepada saya supaya tidak meletakkan harapan yang tinggi dan jangan bersedia untuk hari tersebut. Pada hari beliau dibebaskan kami terkejut apatah lagi dengan keadaan rumah yang masih tidak terurus kerana kami berpindah dari kediaman rasmi setelah dua hari Dato’ Seri Anwar dipecat. Kami hanya membuka separuh sahaja kotak-kotak di rumah Bukit Damansara itu dan selebihnya dibiarkan dalam kotak. Ketika mendapat berita tersebut keadaan kami sekeluarga ketika itu agak kelam kabut sedikit. Dato’ Seri Anwar ketika pulang dari penjara membawa bersama barang-barang peribadinya dan baju beliau semuanya masih berada dalam kotak-kotak yang belum dibuka. Pada keesokan paginya, ketika kami sedang bersarapan, Dato’ Seri Anwar hanya berkain pelikat dan menyarung kemeja T dan apabila saya membuka pintu rumah kami terkejut melihat jurugambar-jurugamb ar dari akhbar Cina yang telah sedia menunggu di hadapan rumah. Mereka berebut-rebut untuk mengambil gambar Dato’ Seri Anwar dan saya agak terkejut dengan apa yang berlaku. “Okaylah, it was nice, he’s around, the kids checked up on him and they still can’t believe that papa is home and everyone in the family is very happy at that time”. Pada keesokan harinya kami mengambil pasport beliau untuk membawanya ke Munich bagi pembedahan sakit belakangnya.

ANWAR DIBEBASKAN
Apa perancangan awal Dato’ Seri setelah Dato’ Seri Anwar dibebaskan?

Saya memikirkan tentang masalah kesihatan Dato’ Seri Anwar kerana beliau sudah menggunakan kerusi roda dan tidak dapat berjalan dengan betul. Keadaan fizikalnya juga kurus disebabkan beliau jarang makan ketika dalam tahanan dan sering berpuasa. Sudah berapa lama Dato’ Seri sekeluarga tidak pergi bercuti? Ketika kami ke Munich untuk pembedahan Dato’ Seri Anwar itulah dianggap percutian bagi kami sekeluarga, “we took it as part vacation” dan kami sekeluarga selepas itu mengerjakan umrah yang pada ketika itu bulan Ramadhan dan kami menyambut Ramadhan di sana. Jadi kami dapatlah juga peluang untuk bercuti dan ketika juga Dato’ Seri Anwar menjadi profesor, kami sekeluarga turut melawat beliau dan ke Geneva selama dua hari. Ketika berada di luar negara, bagaimana respon rakyat Malaysia dan asing terhadap Dato’ Seri Anwar? Alhamdullilah, kami diterima dengan baik. Dato’ Seri Anwar sering dijemput untuk memberikan ucaptama dan mendapat sambutan yang amat baik. Bagaimanapun pelajar Malaysia telah diberi amaran oleh “Malaysian Student Department” untuk tidak menghadiri apa-apa ceramah yang melibatkan Dato’ Seri Anwar dan jika ingkar, pelajar-pelajar ini akan mengalami masalah biasiswa.

LEPASKAN KERUSI PARLIMEN PERMATANG PAUH
Apakah yang mendorong Dato’ Seri untuk melepaskan kerusi parlimen Permatang Pauh kepada Dato’ Seri Anwar kerana sebelum ini Kulim Bandar Baharu dikatakan kawasan beliau akan bertanding pilihan raya kecil?

Kami telah berbincang dan saya mula-mula dahulu ketika bertanding dan memasuki politik pun kerana apa yang terjadi kepada Dato’ Seri Anwar. Kalau beliau tidak boleh bertanding ini adalah kerana kerajaan menjadi penyebab perkara sebegini berlaku. Kerajaan tidak membenarkan beliau bertanding pada 2008. Sekiranya kerajaan membenarkan beliau bertanding, perkara sebegini tidak akan berlaku. Saya juga pernah memberitahu dan berterus terang kepada pengundi-pengundi saya, bahawa jika saya menang kerusi Permatang Pauh saya akan kosongkan kerusi ini untuk memberi laluan kepada Dato’ Seri Anwar bertanding. Beliau memang berasal dari Permatang Pauh dan menjadi ahli parlimen Permatang Pauh sejak tahun 1982 lagi sehingga 1999. Jadi ada satu ikatan yang begitu erat sekali di antara kami dan penduduk Permatang Pauh. Dalam pilihan raya 2004 saya memenangi kerusi itu. Pada kiraan pertama, saya sudah menang dan saya tidak meminta kiraan semula. Tidak mungkin saya hendak membuat kiraan semula jika saya sudah diisytiharkan menang. Pihak lawanlah yang meminta kiraan semula kerana mereka sudah kalah. Pada ketika itu televisyen di seluruh negara mengatakan saya kalah, ‘kecundangnya di kubu kuatnya di Permatang Pauh’ kata mereka. Selepas kiraan semula pada malam itu, saya bertemu pengundi di satu ceramah dan saya berkata, ‘malam ini berbalaslah rasa kasih Anwar Ibrahim kepada Permatang Pauh dan Permatang Pauh kepada Anwar Ibrahim’. SELEPAS PERMATANG PAUH Apakah perancangan Dato’ Seri setelah secara rasmi mengakhiri tugas sebagai wakil rakyat Permatang Pauh secara rasmi? Saya masih lagi menjadi Pengerusi Yayasan Aman dan juga Presiden KeADILan dan saya akan jalankan tugas seperti biasa. Dato’ Seri Anwar adalah Ketua Umum parti dan saya akan terus membantu beliau. Kita percaya kepada “collective leadership” dan kita juga merupakan parti pelbagai etnik dan aspek ini penting dalam perjuangan kami.Satu lagi tugas saya ialah sebagai seorang isteri, ibu kepada anak-anak saya dan juga nenek. Adakah Dato’ Seri akan kerap melawat Permatang Pauh walaupun sudah meletakkan jawatan sebagai wakil rakyat? Saya rasa ada talian yang kuat di antara kami. Kemesraan antara saya dan pengundi- pengundi di Permatang Pauh akan berterusan sampai bila-bila dan jikalau Dato’ Seri Anwar tidak dapat balik ke Permatang Pauh saya boleh mewakili beliau dan bertemu rakyat Permatang Pauh dan ini tidak menjadi masalah kepada saya. KONSPIRASI KEDUA Apa pandangan Dato’ Seri mengenai konspirasi kedua terhadap Dato’ Seri Anwar dalam usaha menghalang beliau memimpin Malaysia? Ada juga perasaan begitu tetapi sekarang ini rakyat lebih faham dan tahu bahawa ia adalah secara terang satu konspirasi. Mereka sudah tidak ada apa-apa lagi untuk menuduh Anwar. Apa yang mereka ada? Rasuah yang mereka cari sudah bertahun-tahun tetapi tidak jumpa dan jika ada sudah pasti ada kes terhadap Dato’ Seri Anwar. Skandal dengan perempuan? Masa dahulu mereka tuduh beliau dengan wanita Mexicolah, Latinolah tetapi semuanya tidak ada asas dan bukti. Kes liwat juga telah digugurkan. Ini memang jelas konspirasi dan kami sudah bersedia untuk menghada-pinya, insyaAllah.. Adakah Dato’ Seri berasa takut dengan khabar angin yang mengatakan bahawa Dato’ Seri Anwar akan ditangkap dalam masa terdekat ini? Kita memang ketahui mengenai khabar angin ini dan wartawan pun telah mula berkampung di hadapan rumah kami kerana mereka telah diarahkan oleh editor masing-masing untuk mendapatkan berita penangkapan semula Dato’ Seri Anwar.Dahulu beliau ditangkap ala “Rambo”. Kami melihat helikopter berlegar-legar di ruang udara sekitar rumah kami. Kami telah berbincang mengenai langkah yang perlu diambil sekiranya penangkapan ini benar-benar terjadi. Sekiranya Dato’ Seri Anwar ditangkap dan didakwa tanpa jaminan tetapi menurut undang-undang beliau masih boleh bertan-ding seperti saudara Manoharan yang menang bertanding di Kota Alam Shah walaupun menjadi tahanan ISA. Jadi kita boleh mengisi borang pencalonan dan hantar melalui peguam bagi memastikan Dato’ Seri Anwar dapat bertanding. MASA BERSAMA KELUARGA Apakah perasaan Dato’ Seri sekarang setelah dapat meluangkan masa berkualiti bersama anak-anak dan juga cucu? Alhamdullilah, saya berasa amat bersyukur sebab dapat peluang ini sekarang. Kalau tunggu lama lagi mungkin saya sudah tak bertenaga lagi tetapi sekarang ini saya masih bertenaga dan boleh bermain dengan cucu dan meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Satu hari nanti kita bangun tidur dan melihat anak-anak kita semuanya sudah besar dan tiada siapa lagi yang tinggal bersama kita. Masa itu kita akan berkata, “Ya Allah, masa berlalu begitu pantas sekali dan saya terlepas peluang untuk bersama anak-anak dan cucu” tetapi sekarang ini saya masih berpeluang. Soalan terakhir buat Dato’ Seri, kalaulah ditakdirkan Dato’ Seri Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia dalam masa terdekat ini, adakah Dato’ Seri bersedia menjadi ‘First Lady’ atau Wanita Pertama? Saya rasa walau apa pun peranan saya, insyallah, sebagai isteri itu adalah keutamaan dan juga sebagai ibu. Kalaupun beliau tidak menjadi sesiapa-pun, kalau beliau seorang banduan sekali pun, saya masih lagi menjadi isteri dan ibu, itu yang terpenting. Kalau saya fikirkan tentang nama dan status sebagai Wanita Pertama Malaysia, itu sudah menjadi rumit dan niat sudah menjadi lain, saya rasa saya tidak mahu fikirkan tentang perkara itu buat masa ini.

Monday, August 18, 2008

Petua Rasullullah

Petua Rasulullah

Tahukah anda mengamal minum secawan air teh “O” setiap pagi boleh mengawal berat badan anda. InsyaAllah jika anda mengamalkannya, berat badan anda akan berkurangan (memang terbukti keberkesanan).

Al-Quran juga ada mengajar kita menjaga kesihatan seperti membuat amalan seperti:

Mandi awal pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap ke dalam badan boleh mengurangkan lemak berkumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi awal pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya InsyaAllah jauh dari penyakit. (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yang tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud, maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu, dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai di mana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). Jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

Nabi juga mngajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzime banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzime sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Sabda Nabi, ilmu itu milik Tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikan, insyaAllah Tuhan akan menggandakan 10 kali kepadanya.

Thursday, August 14, 2008

Panas Baran@ Kepala Angin

PANAS BARAN BUKAN PANAS BARE

Panas baran @ `kepala angin’ @ `naik hantu’ yang disebabkan kesukaran menangani perasaan marah boleh menyebabkan seseorang itu hilang malu, sanggup bertindak di luar batasan dan tidak mustahil boleh mencederakan orang lain. Perasaan marah yang tidak terkawal boleh memusnahkan apa saja. Islam sendiri memuji umatnya yang dapat mengawal perasaan marah. Sikap marah adalah antara pintu syaitan datang masuk ke hati manusia.

Nabi Muhammad SAW pernah berpesan tiga langkah mengatasi rasa marah. Pertama, mengawal lidah iaitu berdiam diri dan mengubah posisi (misalnya, jika berdiri hendaklah duduk), mengambil wuduk dan beristighfar serta membaca al-Quran. Temubual bersama Pakar Psikologi Sosial, Pusat Pengajian Psikologi dan Pembangunan Manusia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Dr Aminuddin Mohd Yusof Adakah semua orang memiliki sifat panas baran? Sifat pemarah adalah suatu emosi manusia normal. Namun ia bergantung kepada setiap individu yang menterjemahkan rasa marah masing-masing.

Adakah faktor jantina dan keturunan mempengaruhi? Ada suatu pandangan yang menganggap faktor genetik iaitu baka keturunan turut mempengaruhi sifat mudah marah dan memberontak. Ada juga pandangan yang mengatakan panas baran dikaitkan dengan faktor perkembangan kanak-kanak dari kecil lagi seperti mudah resah dan marah. Mengenai faktor jantina, saya tidak pasti tetapi mungkin faktor budaya menjadikan lelaki lebih mudah meluahkan rasa marah. Siapa lebih cepat marah? Lelaki atau perempuan? Tiada data yang menunjukkan sama ada lelaki atau perempuan lebih cepat marah. Namun, daripada pandangan saya, lelaki lebih rendah daya toleransi menyebabkan mereka dilihat lebih mudah mengekspresikan sifat marah. Apakah yang mendorong sifat panas baran? Keadaan sekitar dan rasa dikecewakan menyebabkan timbulnya perasaan marah yang mengakibatkan individu itu dikategorikan sebagai panas baran. Kesan buruk panas baran? Kemarahan yang tidak dapat dikawal bukan saja menyebabkan individu itu dijauhi orang sekeliling tetapi mereka sendiri terdedah dengan serangan darah tinggi dan migrain. Langkah terbaik menangani sifat panas baran? Kita boleh cuba memberikan sudut pandangan positif tanpa sesekali menimbulkan kemarahan. Buat individu panas baran sendiri, bawalah bertenang dan cuba mengawal perasaan marah daripada dalam diri dan tarik nafas dan cuba tenangkan diri perlahan-lahan. Nasihat Prof kepada remaja yang mudah memberontak dan mudah marah? Saya berpendapat, remaja perlu belajar untuk menjadi masyarakat yang bertamadun - mengamalkan sikap bertolak ansur dan boleh hidup secara aman dan harmoni mewakili tamadun itu sendiri.

Punca Panas Baran
# Perilaku agresif
# Gejala sosial
# Emosi
# Masalah kewangan/ keluarga
# Ego
# Tekanan perasaan
# Faktor didikan
# Bebanan kerja
# Faktor persekitaran 10 Risiko Individu Panas Baran
# Dipulaukan masyarakat sekeliling
# Jiwa kosong (murung)
# Hilang pekerjaan/jawatan
# Perceraian
# Kemalangan
# Pergaduhan
# Kesalahan jenayah
# Melakukan penderaan
# Tekanan perasaan
# Penyakit kronik (darah tinggi, migrain)

Alkisah panas baran... Cerita 1: WASHINGTON: Presiden George W Bush dilaporkan terpaksa mengambil ubat antitekanan yang kuat bagi mengawal tingkah lakunya yang panas baran, masalah kemurungan serta ‘paranoia’ - sejenis gangguan mental yang dialaminya. Sebuah perkhidmatan media Amerika Syarikat memetik sumber rapat Rumah Putih mendedahkan baru-baru ini, ubat yang diselia pegawai perubatan Bush, Kol Richard J Tubb, sebaliknya boleh menjejaskan keupayaan mental serta kemampuan pemimpin Amerika itu ketika berdepan krisis.

Cerita 2: KUALA LUMPUR: Seorang lelaki memberitahu Mahkamah Rendah Syariah Wilayah Persekutuan, dia tidak sengaja menceraikan isterinya kerana tidak dapat mengawal perasaan marah selepas dimarahi pegawai atasannya. Lelaki berusia 42 tahun itu pulang ke rumah selepas dimarahi oleh pegawainya berikutan dia datang lewat. Dalam keterangannya, dia berkata, pada 4 Januari 2001, kira-kira jam 12 tengah hari, dia melafazkan lafaz cerai yang berbunyi ‘saya ceraikan awak’ kepada isterinya, di rumah mereka. Senyumlah... PERCAYA atau tidak dengan senyuman ia mampu meredakan tekanan, sekali gus membantu seseorang yang bermasalah atau dalam keadaan tertekan. Malah, bercakap dan berbual dengan tenang mampu meredakan fikiran yang serabut. Saintis berpendapat, wujud hubungan antara otot pada wajah yang digunakan untuk senyum dan satu kawasan dalam otak yang membebaskan satu bahan kimia saraf (neurotransmitter) merangsang menenangkan fikiran. Di samping itu, kajian mendapati individu yang mempunyai daya komunikasi tinggi kurang mengalami tekanan berbanding individu yang kurang kebolehan berkomunikasi. Dengan mempunyai daya berkomunikasi, anda bukan saja mengurangkan tekanan tetapi juga kekecewaan, kemarahan dan ketidakpuasan diri. Anda juga harus suka mendengar dan berupaya mendengar serta memahami.

Di sini, i-Kon memberikan tips untuk menghilangkan tekanan dan sikap mudah marah.

# Ikuti latihan dan kegiatan sukan Kajian menunjukkan individu menumpukan kegiatan luar mempunyai tekanan darah yang sempurna dan kurang berisiko mendapat sakit jantung.

# Meningkatkan kekerapan bersenam Aktiviti bersenam bukan saja mengurangkan paras keresahan, tetapi uga mengurangkan muram dan rasa rendah diri. Bersenam adalah unsur paling perlu dalam mana-mana program antitekanan.

# Ubah gizi (diet) pemakanan Ramai pakar pemakanan berpendapat, menambahkan berat badan menambahkan beban yang lebih pada sistem biologi badan dan saraf minda anda. Merubah gizi yang lebih menyihatkan membantu anda lebih cergas, lebih bertenaga dan lebih berkeyakinan.

# Kurangkan minum alkohol Walaupun ramai berpendapat meminum alkohol adalah cara untuk mengurangkan tekanan, kajian mendapati minum alkohol lebih daripada dua auns setiap hari boleh menyebabkan tekanan darah meningkat, jiwa kurang stabil seperti panas baran, fungsi sel otak kurang cergas dan akhir sekali paras tekanan meningkat.

# Minum satu cawan kopi Kafein adalah bahan perangsang yang dianggap berbahaya pada kesihatan. Ia boleh menyebabkan seseorang terangsang dan jika berlebihan menimbulkan keresahan, mengganggu ketenangan minda dan mempercepatkan degupan jantung.

# Berhenti merokok Individu yang berhenti merokok mendapati fungsi paru-paru menjadi lebih baik pada masa beberapa hari saja. Anda dapat berasakan ernafasan lebih licin dan selesa kerana udara meresap ke saluran darah lebih berkesan.

# Berfikiran positif Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elak daripada memekik atau bertindak garang. Kemarahan yang dilihat secara positif boleh menjadikan tekanan bertukar kepada kekuatan.

Wednesday, August 13, 2008

Sejarah Salsilah Keluarga Mat Akid

Sejarah Ringkas Keluarga Mat Akid

Mat Akid adalah seorang yang tersohor juga di Bunut Payong dan rumah dia adalah bersebelahan dengan rumah keluarga Eddy Osmera pelakun daripada Kelantan yang terkenal dengan watak pahlawan melayu , kaum kerabat mereka lah tu. Salah seorang anak dia namanya Siti Binti Mat Akid. Siti ni pula kahwin dengan Wan Yusoff / Wan Jusoh orang Kg. Parit, Limbat Pasir Tumbuh ( nama glamor Pak Soh Kuda, zaman 50an/60an dia jah pelihara kuda disitu). Mereka dapat 3 orang anak seorang lelaki dan dua anak perempuan. Anak lelaki adalah anak kedua namanya Wan Ibrahim Bin Wan Yusof /Wan Jusoh dan anak sulong namanya Wan Halimah dan anak bongsu namanya Wan Zaharah.

Wan Ibrahim kahwin dengan Zainab Binti Salleh ( asal Pasir Tumbuh ) dan dapat 9 orang anak.

Anak-anak mereka

Saupi , Ausaini ( blogger) , Sani , Sayuti , Suliani , Mohd Saeizi , Mohd Sarmizi , Mohd Adni dan Siti Rohaiza.

Wan Zaharah kahwin Dengan Wan Mohammad ( asal Pasir Tumbuh) dan dapat 11 orang anak.

Wan Azizah, Wan Zainab, Wan Bakri, Wan Rohani, Wan Rohimah, Wan Aziz, Wan Johari, Wan Ismail, Wan Rohana,Wan Moktar dan Wan Nor.

Wan Halimah kahwin dengan Abu Bakar ( asal Bachok ) dapat 3 orang anak.

Othman ( meninggal ) Fauziah dan Fazlani. ( dua-dua tinggal di Kula Lumpur .)


Semua anak-anak Siti Binti Mat Akid sudah meninggal dunia dan tinggal cucu-cucu,cicit-cicit dan ciut di dunia ini. Oleh itu dengan adanya blog ini kaum keluarganya jauh dan dekat dapat berkenalan dan rapat lagi silaturahim. Jejak kasih akan dibuat bagi memwujudkan networkingm D, Mat Akid Family. Adik-beradik Siti Binti Mat Akid tu ada atau anak-saudara kepada Siti Binti Mat Akid perlu dijejaki untuk mewujudkan networking D,Family Mat Akid.

Masih ada lagi kaum kerabat Mat Akid di Bunut Payong dan juga di Kubang Kerian, antaranya Gemulah Haji Taha dan hak terkenal juga Mat Zain Korea, so sesiapa tahu dan kenal rapat dgn keluarga Mat Akid , sila berhubung dangan saya, Ausaini Bin Ibrahim, 019 959 7373 ataupun email saya ausaini@unitar.edu.my.

JANA WANG

SUBJEK : RINGGITFON - JANA WANG GUNA TELEFON BIMBIT dihujung jari anda

http://ringgitfon.wyxcess.com/?ruj=sriakid

Gunakan JARI anda untuk JANA WANG…….

Kepada pengguna telefon bimbit... TAMBAH NILAI kemudahan telefon bimbit anda yang sedia ada. Kita Cungkil rahsia bagaimana telefon bimbit boleh jana pendapatan lumayan hanya dan hanya dengan hujung jari anda.

Marilah sama-sama kita TUKAR fungsi telefon bimbit kita menjadi sebagai mesin memproses duit / jana wang.

Bertindak segera untuk membongkar rahsia bagaimana telefon bimbit boleh memberi anda duit sampingan tidak kira anda berada dimana. Cukup mudah , senang ,cepat …..anda tak perlu kemana-mana dan tak perlu jumpa sesiapa pun. Ingin cuba…..silakan.Terpulang pada anda.. Anda inginkan RM20?, RM200? RM2000? atau berapa sahaja, telefon bimbit anda mampu membantu anda mengatasi masalah anda. Tepuk dada dan seluk poket ?????????

Mereka yang ingin beri peluang kepada diri mereka , jangan berlengah lagi , ayuh kita rebut peluang ini…sama-sama. Salam merdeka kebebasan kewangan.

Tempahan boleh dibuat di http://ringgitfon.wyxcess.com/?ruj=sriakid
Ikhlas dari KUMPULAN RINGGITFON
Salam matawang

Saturday, July 19, 2008

Fitnahtul Dunia

Namun, keindahan doa-doa itu kadangkala tidak dapat seseorang hayati sehinggalah muncul suasana kehidupannya yang benar-benar disentuh oleh doa-doa tersebut. Apabila suasana itu hadir, barulah dapat dinikmati kesyahduan doa-doa tersebut.

Ketika itu, doa yang dahulunya kita baca berulang kali terasa biasa bertukar menjadi begitu menusuk kalbu dan jiwa. Terasa betapa keperluan menghayati apa yang diajar oleh Nabi SAW Malangnya dalam masyarakat kita, doa-doa Nabi SAW yang asli ditinggalkan, sementara doa-doa rekaan yang dipetua oleh buku atau orang tanpa bersumber daripada Nabi SAW pula menjadi pilihan. Tokoh ulama umat yang besar al-Qadi ‘Iyadh berkata: “Sesungguhnya Allah telah mengizinkan untuk berdoa kepada-Nya. Dia mengajar doa dalam kitab-Nya kepada hamba-hamba-Nya. Nabi SAW pula mengajar doa kepada umat baginda. Dalam doa-doa tersebut mengandungi tiga unsur, iaitu; ilmu mengenai tauhid, ilmu mengenai bahasa dan nasihat kepada umat. Maka tidak wajar bagi seseorang berpaling daripada doa-doa baginda SAW. Syaitan telah menipu manusia dalam hal ini, lalu dia telah mewujudkan untuk mereka satu puak yang jahat (kaum yang mencipta doa-doa palsu ini). Lantas mereka mencipta secara palsu untuk diri mereka doa-doa yang memalingkan mereka daripada mencohtohi Nabi SAW. Lebih buruk lagi, mereka menyandarkan doa-doa tersebut kepada para nabi dan orang-orang soleh, lalu mereka kata: doa Adam, doa Nuh, doa Yunus dan doa Abi Bakr al-Siddiq r.a.”(Ibn al-Imam, Silah al-Mu‘min fi al-
Du‘a wa al-Zikr, m.s. 22-23, Damsyik: Dar al-Kalim al-Tayyib)
Zaman ini adalah zaman fitnah. Fitnah dalam al-Quran dan al-Sunnah bukan seperti yang difahami oleh orang Melayu dengan maksud menuduh dusta ke atas orang lain. Tetapi fitnah itu apabila disebut dalam al-Quran dan al-Sunnah ia bermaksud ujian atau kejadian yang mengancam agama dan ketenteraman hidup sehingga mampu mengheret seseorang ke kancah yang tidak diredai Allah. Demikian syirik, kufur, bidaah, maksiat, pembunuhan, ketidak tenteraman, kekacauan dan seumpamanya diistilahkan juga sebagai fitnah. Hidup di zaman fitnah adalah sesuatu yang memeritkan. Sehingga kadangkala insan akan terpinga-pinga dalam menentu pendirian dan keputusan yang betul.
Nabi SAW dalam banyak hadis baginda mengajar kita supaya sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada fitnah iaitu ancaman yang menggugat agama dan ketenteraman hidup. Sebab itu, antara yang diajar oleh baginda kepada setiap yang bersolat agar sentiasa memohon perlindungan dengan Allah daripada empat perkara. Iaitu “Ya Allah, sesungguhnya aku berlindung denganMu daripada azab neraka jahanam, daripada azab kubur, daripada fitnah semasa hidup, fitnah semasa mati dan fitnah al-Masih Dajal” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim). Doa ini dibaca semasa tasyahud (tahiyyat) sebelum memberi salam. Banyak lagi doa yang cantik banyak diajar oleh baginda dalam solat. Namun ramai yang tidak tahu kerana solatnya ikut-ikutan. Mereka tidak mempelajari solat menerusi hadis-hadis Nabi SAW, sebaliknya hanya mewarisi solat apa yang dilihat semata. Tanpa tahu bagaimanakah solat itu diajar oleh Rasulullah SAW. Lalu hilanglah peluang kemanisan doa-doa tersebut. Sebab itu, antara buku yang baik untuk dibaca oleh setiap lapisan tentang solat ialah buku tulisan ulama hadis yang terkenal Nasiruddin al-Albani yang bertajuk “Sifat Solat Nabi SAW”. Banyak bacaan yang amat indah yang diajar oleh Rasulullah SAW dapat dipelajari. Antara yang indah itu bahawa Nabi SAW apabila bangun bersolat pada malam hari, baginda membuka solatnya (membaca doa iftitah) seperti berikut: (maksudnya) “Wahai Tuhan Jibril, Mikail, Israfil, Pencipta langit dan bumi, Mengetahui yang ghaib dan yang nyata! Engkau yang menghukum apa yang hamba-hambaMu berselisihan antara mereka. Tunjukkan daku kebenaran mengenai apa yang dipertikaikan dengan izinMu. Sesungguhnya Engkau menunjukkan sesiapa yang Engkau kehendaki ke jalan yang lurus”. (Riwayat Muslim).
Keindahan
Demikian doa yang seperti ini – dengan keindahan bahasa Arabnya – menusuk jiwa di kesunyian malam, di kala manusia lain masih nyenyak tidur dan tenggelam dalam mimpi, sedangkan hamba Allah yang ikhlas merintih merayu agar ditunjuk jalan yang lurus atas segala perselisihan yang berlaku di kalangan masyarakatnya. Doa ini lebih menyentuh jiwa dan kehalusan nurani tatkala kita hidup di zaman kegawatan tingkah manusia dan perselisihan yang tidak sudah-sudah. Setiap pihak mendakwa dia yang benar. Sehingga kita tidak tahu siapa syaitan yang bertopengkan malaikat, atau malaikat yang dituduh syaitan.
Telah berulang kita membaca doa Nabi SAW. “Ya Allah, jika Engkau kehendaki berlaku dalam sesuatu kaum itu fitnah, maka matikanlah aku dalam keadaan tidak terfitnah” (Riwayat al-Imam Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani). Namun membaca hadis ini dalam zaman atau keadaan yang penuh fitnah benar-benar memilukan jiwa. Terasa keperluan kepadanya. Terasa kerinduan kepada kedamaian hidup yang hakiki. Lalu air mata tanpa sedar membasah pipi dalam kelesuan gelora hidup dan syahduan perasaan yang rindukan bimbingan Tuhan. Dalam doa ini Baginda Nabi SAW mengajar agar kita memohon supaya jangan ditimpakan fitnah iaitu kerosakan yang menggugat pegangan atau pendirian yang benar dalam beragama. Fitnah jika turun sehingga menggugat apa yang diajar oleh Allah dan rasul-Nya, maka kehidupan itu adalah racun sekalipun disangkakan madu. Jika benar fitnah akan berlaku maka kita disuruh memohon kepada Allah agar mati dalam keadaan tidak terlibat dengan fitnah atau kerosakan tersebut. Walaupun asalnya seseorang tidak disuruh bercita-cita untuk mati, namun Baginda dalam hadis lain menyebut: “Jangan seseorang kamu berharap agar mati disebabkan kemudaratan yang menimpanya. Namun jika tidak boleh, katakanlah: Ya Allah! Hidupkanlah daku sekiranya kehidupan itu baik untukku. Matikanlah daku jika kematian itu baik untukku” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Kadangkala kematian lebih baik daripada hidup menyusahkan orang lain sehingga menjadi fitnah atau gangguan kepada umat. Demikian mati lebih baik daripada cuba menghadapi ujian yang akhirnya membawa kita tewas lagi rugi pada kehidupan akhirat. Maka tidak pelik jika Saidina Umar bin al-Khattab r.a. pada usianya yang lanjut, ketika dia pulang dari menunai haji, beliau berdoa sambil mendongak ke langit dan mengangkat tangannya: “Ya Allah! Sesungguhnya telah lanjut usiaku, telah rapuh tulang belulangku, bertambah ramai rakyatku, maka ambillah nyawaku sebelum aku mensia-sia tugas dan tanpa ditimpa fitnah”. Lalu tidak sampai sebulan selepas pulang ke Madinah beliau wafat dibunuh. Demikian Sayidina Ali bin Abi Talib r.a, walaupun usia belum lanjut, namun apabila rakyatnya kucar-kacir tidak mahu tenteram walaupun telah diusahakan, beliau meminta agar Allah merehatkannya dari kedegilan rakyatnya. Lalu beliau pun mati selepas itu. Khalifah Umar bin Abdul Aziz apabila merasakan rakyat sudah tidak mampu mentaati keadilan dan kebenaran yang ditegakkannya, dia meminta daripada insan yang mustajab doanya ketika itu agar memohon Allah mengambil nyawanya. Lalu tidak lama kemudian dia pun meninggal. (lihat: Ibn Rajab, al-Jami’ al-Muntakhab, 103, Lebanon: Muassasah Fuad). Ini adalah cebisan kisah daripada sirah insan-insan soleh yang lebih rela mati daripada hidup menjadi beban dan fitnah kepada orang lain. Bandingkanlah mereka ini dengan orang-orang politik yang rela sesiapa pun mati, asalkan mereka dapat hidup. Segala macam ‘kelentong’ dikeluarkan. Biar manusia pecah kepala, asal mereka mendapat kuasa.
Saya bukan menimbulkan kisah ini untuk kita berputus asa dengan kehidupan. Tetapi supaya orang yang daif seperti saya sentiasa beringat walaupun kaki berpijak di bumi, namun jiwa hendaklah sentiasa tenggelam dalam kehidupan hakiki selepas berakhir episod di bumi ini. Jika itulah jiwa dan perasaan kita, tentulah politik kita tidak sekelam kabut begitu. Walaupun kadangkala politik berbunyi agama, namun bukan sedikit juga agama hanya jambatan untuk dipijak agar sampai ke kerusi politik. Maka, berapa ramai yang hanya membaca nas-nas yang mengharamkan itu dan ini untuk menyalahkan orang lain. Tidak pula membacanya untuk dirinya dan puaknya. Umpamanya, ketika menuduh orang lain dengan berbagai-bagai tuduhan, tidaklah pula kedengaran nas dan dalil pengharaman menuduh orang tanpa bukti dan saksi. Tetapi segala dalil dan nas akan keluar dengan lancarnya ketika orang lain menuduh kita. Sehingga ramai yang keliru. Siapakah yang jujur, siapa pula hanya bermadah pujangga? Atau kesemuanya jembalang yang menjelma dalam berbagai-bagai wajah demi menggoda kita semua? Siapakah yang selamat dalam suasana yang sebegini?
Selamat
Berdasarkan hadis-hadis Nabi SAW, golongan yang paling selamat adalah sesiapa yang tidak melibatkan diri dari menyertai mana-mana pihak yang bertempur sesama Muslim. Itulah fitnah yang merosakkan agama kerana bertempur atas isu yang tidak pasti. Firman Allah dalam Surah al-Isra, ayat 36: (maksudnya): “Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya”.
Pada zaman Sayidina Ali bin Abi Talib r.a. telah berlaku fitnah yang telah memecah belahkan kaum Muslimin, termasuk para sahabah Nabi SAW. Kesemuanya berpunca daripada isu pembunuhan Saidina Uthman bin Affan r.a. Isu dan peribadi mereka jauh lebih mulia. Bukan seperti peribadi-peribadi samar dan kabur yang diselubungi oleh berbagai-bagai tanda tanya seperti sesetengah orang pada hari ini. Para pengkaji sejarah cuba mengkaji pendirian siapakah yang paling tepat dalam suasana fitnah ketika itu. Pelbagai kesimpulan telah dikeluarkan, namun saya bersetuju bahawa pendirian yang paling tepat adalah pendirian para sahabah yang tidak mahu terlibat dengan perbalahan tersebut. Ini pendirian majoriti sahabah. Kata Muhammad bin Sirin (meninggal 110H): “Ombak fitnah melanda, sementara para sahabah yang masih hidup berpuluh-puluh ribu, namun yang terlibat dalamnya tidak melebihi seratus orang. Bahkan tidak melebihi tiga puluh orang” (Ibn Kathir, Al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/264, Lebanon: Dar al-Kutub al-‘Ilmiyyah).
Sebelum pertempuran antara dua sahabah; Ali dengan Muawiyah tercetus, banyak pihak berusaha agar peperangan Siffin itu tidak terjadi. Antara yang berusaha mendamaikan kedua belah pihak ialah dua orang tokoh sahabah yang masyhur Abu Umamah al-Bahili dan Abu Darda’ yang datang menemui Muawiyah dan berkata: “Wahai Muawiyah! Apakah alasanmu memerangi Ali? Demi Allah! Sesungguhnya dia lebih dahulu menganut Islam daripadamu dan ayahmu. Dia lebih dekat hubungannya dengan Rasulullah dan lebih berhak daripadamu dalam urusan pemerintahan”. Jawab Muawiyah: “Aku memeranginya kerana darah Uthman dan sesungguhnya Ali telah melindungi pembunuhnya. Kamu berdua pergi kepadanya dan beritahu dia, laksanakan hukuman bunuh balas terhadap pembunuh Uthman nescaya akulah orang Syam yang pertama berbai‘ah (janji taat) dengannya”. Maka Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pergi menemui Ali, dan menyatakan kepadanya seperti yang diminta oleh Muawiyah. Sayidina Ali pun menunjukkan kepada mereka sejumlah tentera yang ramai yang menyebut: “Kami adalah pembunuh Uthman, sesiapa yang mahu, sila serang kami”. Akhirnya Abu Umamah dan Abu Darda’ pun pulang dan mengambil keputusan untuk tidak melibatkan diri di dalam peperangan.(Ibn Kathir, al-Bidayah wa al-Nihayah, 7/270). Begitu juga Abu Muslim al-Khaulani dan mereka yang bersama dengannya, pernah datang menemui Mu‘awiyah dan bertanya: “Engkau memerangi Ali, apakah engkau ini setaraf dengannya?”. Jawab Muawiyah: “Demi Allah, aku benar-benar tahu bahawa dia lebih baik dan afdal serta lebih berhak di dalam pemerintahan daripadaku. Namun kamu semua tahu bahawa Uthman dibunuh secara zalim dan aku adalah sepupunya. Aku menuntut darah Uthman. Beritahu ‘Ali, serahkan pembunuh Uthman kepadaku nescaya aku menyerahkan urusan ini kepadanya.” (Ibid 8/132). Maka atas kekaburan itu, kebanyakan sahabah dan tabi‘in mengambil pendirian tidak mahu menyertai peperangan tersebut.
Jikalau peperangan yang dikepalai oleh tokoh-tokoh sahabah seperti Ali bin Abi Talib sepupu Nabi SAW juga khalifah yang sah, ‘Aisyah isteri Nabi SAW sendiri, Muawiyah sahabah Nabi SAW, majoriti para sahabah enggan menyertainya disebabkan kekeliruan yang berlaku. Padahal tokoh-tokoh itu adalah insan-insan soleh yang dijamin syurga oleh baginda Nabi SAW. Apakah kita di zaman ini ingin menyertai pertembungan sesama Muslim dalam isu-
isu yang kabur dan dikepalai pula oleh peribadi-peribadi yang tidak pasti? Fitnah oh fitnah. Ya Allah, kami pasrah kepadaMu dalam fitnah yang mengelirukan ini.

Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin
Mufti Perlis