Mangga Ads

Monday, February 23, 2009

Muhammad Faaris Husseini


Nur Filzati Husseini


Nur Fadhlin Husseini -Gambar Nov2008


Masjid Besar Kota Bharu


Kenapa Yahudi Bijak ?

Mengapa Yahudi Bijak?
Antara sunnah Nabi (s.a.w) ialah:- makan buah sebelum makan nasi- tidak makan lauk ikan dan daging serentak dalam satu masa- minum air sebelum dan selepas makan, bukan ketika makan- ibu bapa membaca quran ketika ibu mengandung- susu & kurma antara kegemaran Nabi (s.a.w.)Baca artikel di bawah… Seolah2 Yahudi mengkaji sunnah Nabi dan mengamalkannyasedang umat Islam sendiri mengabaikannya.WassalamBaca… Renung… Fikir… Bertindak!Based on true story...Mengapa Yahudi Bijak?Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemansip dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu "Mengapa Yahudi Bijak?" .

Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, sains dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.Ketika tahun kedua, akhir bulan December 1980 dan sedang saya menghitung hari untuk pulang ke California saya terfikir apakah sebabnya kaum Yahudi begitu pintar? Kenapa Tuhan memberi kelebihan kepada mereka?

Apakah ini suatu kebetulan? Atau olah manusia sendiri? Adakah bijak boleh dijana? Seperti kilang pengeluaran?Maka saya pun tergerak membuat tesis untuk Phd saya, disamping kebaikan untuk umat sejagat dan dapat hidup secara harmoni. Untuk pengetahuan anda tesis yang saya lakukan ini mengambil masa hampir lapan tahun, ini kerana untuk mengumpulkan data-data yang setepat mungkin.Antara data-data yang saya kumpulkan ialah pemakanan, adat resam, ugama, persiapan awal untuk melahirkan zuriat dan sebagainya dan data-data tadi saya cuba bandingkan dengan bangsa dan kaum kaum lain.

Marilah kita mulakan dengan persiapan awal melahirkan zuriat. Di Israel, setelah mengetahui yang sang ibu sedang mengandung, pertama kali saya perhatikan ialah, sang ibu akan sering menyanyi dan bermain piano dan si ibu dan bapa akan membeli buku metamatik dan menyelesaikan masalah metamatik bersama suami, saya sungguh hairan kerana teman saya yang mengandung sering membawa buku metamatik dan bertanya kepada saya beberapa soalan yang beliau tak dapat menyelesaikanya, oleh kerana saya memang minat tentang metamatik, tentu saja dengan senang saya bantu beliau. Saya bertanya kepada beliau, adakah ini untuk anak kamu? Beliau menjawab, "Ya…, ini untuk anak saya yang masih didalam kandungan, saya sedang melatih otak beliau, semuga ia menjadi genius apabila dewasa kelak". Perkara ini membuat saya tertarik untuk mengikut perkembangan beliau seterusnya.

Berbalik kepada metamatik tadi, tanpa merasa jenoh beliau membuat latihan metamatik sehingga beliaumelahirkan anak.Seperkara lagi yang saya perhatikan ialah pemakanan beliau, sejak awal mengandung beliau gemar sekali memakan kacang badam dan korma bersama susu, dan untuk tengah hari makan utama beliau ialah roti dan ikan tanpa kepala bersama salad yang digaul dengan badam dan berbagai jenis kekacang, menurut beliau daging ikan sungguh baik untuk perkembangan otak dan kepala ikan mengandungi kimia yang tidak baik yang dapat merosakkan pengembangan dan pertumbuhan otak anak didalam kandungan. menurut beliau ini adalah adat orang orang yahudi ketika mengandung dan ianya menjadi semacam kewajipan untuk ibu ibu yang sedang mengandung mengambil pil minyak ikan.

Ketika saya diundang untuk makan malam bersama orang-orang Yahudi, perkara pertama yang saya perhatikan ialah menu mereka. Setiap undangan yg sama perhatikan ialah mereka gemar sekali memakan ikan (hanya isi atau fillet) dan biasanya daging tidak akan ada bersama dimeja jika ada ikan, menurut mereka, campuran daging dan ikan tak elok dimakan bersama. Salad dan kacang adalah suatu kemestian, terutama badam.Seperkara yang pelik ialah mereka akan memakan buah buahan dahulu sebelum memakan hidangan utama. Jangan terperanjat jika anda diundang kerumah Yahudi anda akan dihidangkan buah-buahan dahulu.

Menurut mereka, dengan memakan hidangan kabohidrat (nasi atau roti) dahulu kemudian buah buahan, ini akan menyebabkan kita merasa ngantuk dan lemah dan payah untuk memahami pelajaran disekolah.Di Israel, merokok adalah taboo, apabila anda diundang makan dirumah Yahudi, jangan sekali-kali merokok, dan tanpa malu mereka akan menyuruh anda keluar dari rumah mereka dam merokok diluar rumah mereka. Menurut saintis di Universiti Israel , siasatan menunjukkan nikotin dapat merosakkan sel utama pada otak manusia dan akan melekat pada genes, ini bermakna keturunan perokok bakal membawa generasi yg cacat otak (bodoh atau lembab).Suatu penemuan yg dahsyat ditemui oleh saintis yg mendalami bidang genes dan DNA. Para perokok harap ambil perhatian. (Ironi nya, pemilik pengeluar rokok terbesar adalah Yahudi sendiri..!)Perhatian saya selanjutnya ialah melawati tadika mereka, Pemakanan anak anak tadi cukup dikawal, makanan awal ialah buah-buahan bersama kacang badam, diikuti dengan menelan pil minyak ikan (code oil lever). Didalam pengamatan saya, kanak Yahudi sungguh bijak dan rata rata mereka memahami 3 bahasa iaitu Hebrew, Arab dan Inggeris dan sedari awal lagi mereka telah dilatih bermain piano dan violin, ini adalah suatu kewajipan.

Menurut mereka bermain musik dan memahami nota notanya dapat meningkatkan lagi IQ kanak kanak dan sudah tentu bakal menjadikan budak itu bijak.Ini kerana menurut saintis Yahudi, gegaran musik dapat stimulate (semacam senaman untuk otak) maka itu terdapat ramai sekali genius musik terdiri dari kaum Yahudi.Seterusnya ke darjah 1 hingga 6, anak anak Yahudi akan diajar metamatik berkonsepkan perniagaan dan pelajaran sains amatlah diberi keutamaan. Di dalam perhatian peribadi saya, perbandingan dengan anak anak di California , ianya jauh berbeza tentang IQ dan boleh saya katakan 6 tahun kebelakang! Segala pelajaran akan dengan mudah di tangkap oleh anak Yahudi. Selain dari pelajaran tadi sukan juga menjadi kewajipan bagi mereka dan sukan yg diberi keutamaan ialah memanah, menembak dan berlari, menurut teman saya ini, memanah dan menembak dapat melatih otak memfokus sesuatu perkara disamping mempermudahkan persiapan untuk perhidmatan negara.

Selanjutnya pemerhatian saya menuju ke sekolah tinggi (menengah) disini murid-murid ditekan dengan pelajaran mata sains dan mereka digalakkan mencipta produk, segala projek mereka walaupon kadangkala kelihatannya lucu dan mengarut, tetap diteliti dengan serius apatah lagi ianya berupa senjata, perubatan dan engineering, idea itu akan dibawa ke institute tinggi di Politeknik dan Universiti.Satu lagi yg di beri keutamaan ialah fakulti perniagaan. Saya sungguh terperanjat melihat mereka begitu agresif dan seriusnya mereka tentang perniagaan. Diakhir tahun diuniversiti, para penuntut dibidang niaga dikehendaki melakukan projek dan memperaktikkannya dan anda hanya akan lulus jika kumpulan anda (10 pelajar setiap kumpulan) dapat keuntungan sebanyak $US1juta! Anda terperanjat? Itulah kenyataan, dengan rangkaian seluruh dunia dan ditaja sepenuhnya oleh syarikat milik Yahudi, maka tidak hairanlah mereka dapat menguasai perniagaan didunia! Siapakah yg mencipta design Levis yg terkini? Ianya dicipta di Universiti Israel oleh fakulti bisnes dan fesyen.

Pernahkah anda melihat cara orang Yahudi melakukan ibadah mereka? Salah satu caranya ialah dengan menggoyangkan kepala mereka, menurut mereka ini dapat mengaktifkan otak mereka dan menambahkan oksijan dikepala, banyak ugama lain di Timur Tengah, seperti Islam juga ada menyuruh umatnya menunduk atau menggoyangkan kepala, ini guna dapat mensimulasikan otak kita supaya bertambah aktif. Lihat orang orang Jepun, mereka sering menunduk-nundukkan kepala dan ianya sebagai adat. Ramai orang orang Jepun yg pandai. Adakah ianya sebagai kebetulan? Kegemaran mereka ialah sushi (ikan mentah). Adakah ini kebetulan? Fikirkanlah!Berpusat di New York, Dewan perniagaan Yahudi bersedia membantu mereka yg berminat untuk melakukan bisnes (sudah tentu untuk Yahudi sahaja) jika mereka ada idea yg bernas, jawatan kuasa akan memberi pinjaman tanpa faedah dan pentadbir dari jawatan kuasa tadi akan bekerjasama dengan anda untuk memastikan yg perniagaan mereka menurut landasan yg betul.

Maka itu lahirlah Starbuck, Dell computer, Coca Cola, DKNY, Oracle, Perfileman di Hollywood, Levis, Dunkin Donut dan ada beratus kedai ternama dibawah naungan dewan perniagaan Yahudi di New York. Graduan Yahudi dari fakulti perubatan New York akan disarankan untuk mendaftar dipersatuan ini dan digalakkan memulakan klinik mereka sendiri dengan bantuan wang tanpa faedah, barulah saya tahu mengapa hospital di New York dan California sentiasa kekurangan doktor pakar.Kesimpulanya, pada teori saya, melahirkan anak dan keturunan yg bijak boleh dilaksanakan dan tentunya bukan semalaman, ianya memerlukan masa, beberapa jenerasi mungkin? Persiapan awal adalah ketika sang ibu mengandung, galakkanlah siibu melakukan latihan metamatik yg mudah tetapi konsisten disamping mendengar musik klasik.

Seterusnya ubahlah cara pemakanan, makanlah makanan yg elok dan berhasiat yg baik untuk otak, menghayati musik sejak kecil adalah baik sekali untuk penumbuhan otak kanak kanak, dengan bermain piano dan violin sudah tentu dapat melatih anak anak mencerdaskan otak mereka demikian juga sukan yg memerlukan konsetrasi yg tinggi, seperti memanah, bola keranjang, dart dan menembak.

Merokok menjanjikan jenerasi yg moron (goblok) dan sudah tentu gen bodoh akan mengikut ke jenerasi siperokok. Lawatan saya ke Singapore pada tahun 2005 amat memeranjatkan sekali, disini perokok seperti dianak tirikan dan begitu susah sekali untuk perokok dan anda tahu berapa harga sekotak rokok? US$ 7! ini bersamaan perbelanjaan sehari untuk makan anda!! Saya puji sekali sikap pemerintah Singapore dan menkjubkan sekali dan seperti Israel ianya begitu taboo dan cara pentadbiran dan segi pembelajaran mereka hampir serupa dengan Israel , maka itu saya lihat banyak institusi pelajaran mereka bertaraf dunia walaupon hakikatnya Singapore hanyalah sebuah pulau sebesar Manhattan!Anda mungkin muskil, benarkah merokok dapat melahirkan jenerasi goblok, saya telah menemui beberapa bukti menyokong teori ini.

Lihat saja Indonesia, jika anda ke Jakarta, dimana saja anda berada, dari restoran, teater, kebun bunga hingga ke musium hidung anda akan segera terbau asak rokok! Dan harga rokok? Cuma beberapa sen US! dan hasilnya? Dengan penduduknya berjumlah ratusan juta orang berapa banyakkah universiti terdapat disana? Hasil apakah yg dapat dibanggakan? Teknologi? Jauh sekali. Adakah mereka dapat berbahasa selain dari bahasa mereka sendiri? Mengapa mereka begitu sukar sekali menguasai bahasa Inggeris? Ditangga berapakah kedudukan mereka di pertandingan metamatik sedunia? Adakah ini bukan akibat merokok?

Anda fikirlah sendiri.Di tesis saya ini, saya tidak akan menimbulkan soal ugama atau bangsa, adakah Yahudi itu zalim sehingga diusir dari semenjak zaman Paraoh hingga ke Hitler, bagi saya itu isu politik dan survival, yg ingin saya ketengahkan ialah, mampukah kita melahirkan jenerasi yg bijak seperti Yahudi? Jawabanya ialah mungkin dan tidak mustahil dan ianya memerlukan perubahan, dari segi pemakanan dan cara mendididik anak dan saya kira hanya memerlukan 3 jenerasi sahaja. Ini dapat saya lihat sendiri tentang cucu saya, ini setelah saya mengajar anak saya melalui program yg telah saya nyatakan diatas tadi, pada umur 9 tahun (cucu saya) dia dapat menulis esay sepanjang 5 muka surat penuh. Esaynya hanyalah mengenai "Mengapa saya gemarkan tomato!"

Selamat sejahtera dan semuga kita dapat melahirkan manusia yg bijak dan bersifat mulia untuk kebaikan manusia sejagat tanpa mengenal batasan bangsa.Dr. Stephen Carr Leon http://hpakpt.blogspot.com/

Sedikit Tapi Berkat

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman danianya terjadi dalam bulan Januari lalu.Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gazatersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidihpedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanakkecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuantua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama sepertiorang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantusekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembutua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajatmenyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kakidari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembutunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekaranganmasjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihatgelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisiluar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpakecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihatperempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imamnamun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembuitu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan,biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka,perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Image Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tibaperempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul didepan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpamempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak danperasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahaiimam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorangyang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kauterima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, berikepada penduduk di sana."Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namunkeberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu keGaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mulabercakap-cakap.

Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabahapatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga."Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Akuingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata danberbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan danlembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namuntetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyiseketika suasana.Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Takmengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.Imam kemudiannya nampak setuju.

Perempuan miskin yang sugul itukemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisunamun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauhlebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggisambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkanke Gaza?"Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga.

Rupa-rupanya cetusananak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itupun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wangmereka untuk dikumpulkan.Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutanuntuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh,apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskinitu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati denganpenduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu.

Paling manis,setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakatmembuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepadaperempuan tua itu."Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah500,000 riyal untuk memiliki lembu itu."Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkankepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kamihadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuantua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin ituuntuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnyatercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yangbanyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta'yang ada. Subhanallah.Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasamendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datangdaripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islamyang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serbapayah dan serba kekurangan.

/s: mohon doanya agar saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Yaman Aprilni..untuk mendalami Bahasa Arab dan Talaqi Quran..insyaallah diJamia'h Iman..Universitinya Sheikh Majid az-Zindaini..universiti ygbanyak terhimpunnya para Ulama'..universiti khidmat masyarakat..Insyaallah, sya akan belajar di sna selama 3bln bersama 2 org lagisahabat sya.. Bumi Yaman..Walaupun tandus dam ketinggalan berbanding Malaysia, ttpsuasana penghayatan Islam sgt tinggi di rasakan di sana..anak2 kecilberusia 5-7 tahun sudah mula talaqi dan menghafal hadis setelah merekamenghafal Quran..tukang sapu, pemandu teksi yang di bibir merekasentiasa melekat Kalimah Allah dan Sabda Baginda..masyarakat ygsentiasa dahagakan ilmu, cintakan ilmu, muliakan ilmu dan bahagiaberbagi ilmu..Inilah bumi yg banyak di sebut oleh Rasullullah dlm Hadisbaginda..antaranya..Rasulullah s.a.w pernah bersabda :" Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembuthati dan selembut-lembut sifat, Iman itu di Yaman, dan Fiqh itu diYaman, dan Hikmah juga di Yaman"(Hadis Sohih- riwayat Muslim)semoga sya di permudahkan Allah dgn segala urusan..skrg ni sedangsibuk mengumpul dana dan mencari penaja..memerlukan dana sebanyak RM6000.00.jika ada yg berminat untuk memberi sumbangan blehlah berhubungdgn saya..Shahrul:0136288545. Sya akan serahkan kertas kerjanya(Program Kembara Ilmu, Kembara Iman 2009: Yaman) untuk di pertimbangkan.Insyaalah akan di berikan surat pengecualian cukai oleh pihak Yayasanyang menaungi kami;). Dan, Insyaallah ganjarannya dari Allah pasti xternilai..amin..mohon doa tulus para alumni semuanya ya.

http://ibnusiddique.blogspot.com/

Orang Kita

SELAMATKAN PALESTIN


Hulurkan sumbangan anda kepada


TABUNG AMANAH CAKNA PALESTIN

BIMB 0301 8010 1229 39


Anjuran:

Kerajaan Negeri Kelantan Dan NGO-NGO Kelantan

Sebarang pertanyaan sila berhubung dengan:

Sekretariat Misi Cakna Palestin

Tel: 09- 7488443


www.caknapalestin.blogspot.com

‘ Tidak beriman seseorang kamu sehinggalah dia mengasihi saudaranya sebagaimana dia mengasihi dirinya sendiri.’ Maksud Hadis.
KAMU PERLU MERUBAH DUNIA INI.. WALAUPUN ANDA KESEORANGAN
Masyarakat muslim cukup unik binaan strukturnya. Islam mendidik individu-individuny a agar setiap orang daripada mereka menjadi satu unit yang lengkap lagi melengkapi. Dia seumpama batu-bata yang teguh, disusun bersama batu bata yang lain dalam binaan yang besar. Proses ini bermula sejak pembentukan masyarakat Islam pertama di bawah petunjuk Nabawi. Antara seruan pertama Islam ialah sabda Rasul s.a.w (yang bermaksud):
“Allah memberi hidayah melalui kamu seorang lelaki lebih baik bagi kamu daripada unta Humr an-Ni’am (jenis unta yang paling tinggi nilainya)” [Muttafaq ‘alaih)
Semenjak saat itu, setiap individu daripada generasi awal Islam memikul fikrah Islamiah dan aqidah yang murni dalam pemikiran mereka, begitu juga keimanan yang mendalam dan mantap di dalam jiwa-jiwa mereka. Sehingga ianya terserlah dalam kata-kata, tingkah laku dan gerak diam mereka. Setiap individu di kalangan mereka seolah-olah membentuk sebuah umat. Sebagaimana sabda Nabi s.a.w terhadap peribadi Abu ‘Ubaidah al-Jarrah:
“Dia diutuskan sebagai sebuah umat”
Khalid al-Walid di medan perang mewakili sebuah umat. Beliau bertanggungjawab melemah dan menumbangkan Rom di tanah Arab. ‘Abdul Rahman bin ‘Auf di dalam bidang ekonomi mewakili sebuah umat. Dialah yang berperanan memecahkan monopoli Yahudi di Madinah yang sekian lama sebelumnya menguasai kegiatan ekonomi Madinah.
‘Umar al-Khattab dalam soal keadilan mewakili sebuah umat. Lorong-lorong Madinah dijelajahinya untuk menangani permasalahan rakyat. Gabenor dan penguasa dihimpun setiap tahun untuk dikaji siasat. Perhimpunan haji saban tahun dijadikan tele-aduan umat.

Mus’ab bin ‘Umair pula dalam usaha da’wah mewakili sebuah umat. Tiada satu rumah di Madinah melainkan dimasuki sinar da’wah Islamiah dan petunjuk al-Quran.Mu’az bin Jabal dalam soal halal haram mewakili sebuah umat. Zaid bin Thabit dalam soal hukum hakam pusaka mewakili sebuah umat. Banyak dan banyak lagi contoh individu di kalangan mereka yang sedemikian.
Benarlah kata-kata Abu Bakar as-Siddiq yang menyifatkan:
"La Yuhzamu Jayshun Fihi Al-Qa’Qa Ibn Amr - Sawtu Al-Qa’Qa Fil Ma’arakati Ya’dulu Alfa Rajulan"“Takkan terkalahkan tentera didalamnya ada al-Qa’qa ibn Amr, Suara Qa’qa’ di medan perang menyamai seribu pahlawan”. Bukankah beliau mampu menyusun kembali tentera muslimin yang kucar kacir, menaikkan semangat juang mereka, mengacau bilaukan musuh, mencari titik kelemahan mereka dan lain-lain lagi.
Sewaktu pembukaan Mesir oleh tentera Islam di bawah Amr al-’As, Umar al-Khattab telah mengirim 4 ribu tentera sebagai tambahan. Pasukan tambahan tentera ini disertai oleh Zubair al-’Awwam, Miqdad bin Amr, Ubadah bin Shamit dan Muslimah bin Mukhlid, yang dikatakan setiap orang bernilai lebih dari seribu orang. Saydina Umar memberi amanat kepada Amr bin al-’As, "Kamu harus tahu bahawa kamu mempunyai 12 ribu tentera, dan 12 ribu tentera tidak akan dikalahkan disebabkan bilangan mereka". Dan berlakulah pembukaan Mesir yang agung di dalam sejarah Islam.
Setiap seorang daripada mereka hanyalah seorang individu, tetapi dengan tekad kemahuan serta amal kerja, dia seolah-olah sebuah umat, mengubah wajah sejarah dengan usahanya itu. Sebagaimana yang dikatakan:
“Amal praktik seorang lelaki di kalangan seribu lelaki lebih baik daripada kata-kata seribu lelaki kepada seorang lelaki”.
Mereka berusaha seolah-olah tiada sesiapa di sekelilingnya yang turut bekerja bersamanya.Seolah-olah dia ingin memulakan binaan Islam dengan tangannya dan menyempurnakannya dengan tulang empat keratnya.Kesungguhan inilah yang didapati oleh ‘Umar al-Khattab di kalangan tenteranya. Beliau berkata:
“Sungguh mengkagumkan aku, panglima perang yang jika kamu melihatnya, kamu menyangkanya seorang tentera bawahan yang patuh. Mengkagumkan aku juga, tentera bawahan yang jika kamu menyaksikannya, kamu menyangkanya seorang panglima berkaliber”.
Lantaran ini, mereka telah merubah sejarah dunia, memimpin dan membinanya dengan baik. Tiada seorang pun di kalangan mereka yang memperkecilkan dirinya atau apa yang dilakukannya. Mereka amat memahami sabda Rasulullah s.a.w:
“Sampaikan daripada aku walaupun sepotong ayat”[Diriwayatkan oleh al-Bukhari]
Amal kerja dan sumbangan mereka tidak terhenti di satu tahap, bahkan ke penghujung nafas yang terakhir. Lihatlah Abu Ayyub al-Ansori yang mati syahid di pinggir pagar kota Konstantinople dalam usianya 80 tahun. Pada saat kematiannya, dia tidak menghentikan sumbangannya kepada Islam, bahkan menyampaikan kepada muslimin sebuah hadis yang pernah didengarnya daripada Nabi s.a.w:
“Sekiranya Kiamat berlaku sedangkan di tangan salah seorang daripada kamu anak pokok, maka tanamkanlah ia”[Diriwayatkan oleh Ahmad]
Nilai dan sikap ini satu fenomena biasa di dalam masyarakat muslim pada sepanjang zaman. Setiap individunya menjadi batu-bata kepada binaan Islam yang agung. Mereka saling memperkukuhkan yang lain dalam segenap bidang dan lapangan. Hasil usaha mereka yang gigih, sesiapa yang melihat binaan Islam akan berkata: Alangkah indahnya! Alangkah hebatnya Islam!Dengan penuh tawadhu’ dan ikhlas, mereka tidak rela diri mereka hidup dengan kehidupan haiwan yang didambakan oleh mereka yang kufur kepada Allah.
“Dan orang-orang yang kafir berseronok dan makan seperti binatang ternakan makan. Nerakalah tempat mereka” [Muhammad: 12]
Mereka tidak akan duduk berpeluk tubuh melihat sekeliling tanpa melakukan sesuatu. Akan tetapi mereka mengangkat slogan Nabi s.a.w:
“Orang mukmin kepada mukmin yang lain seperti satu binaan yang saling kuat menguat satu sama lain”[Muttafaq ‘alaih]

Lantaran itu kita dapat lihat Ibnu al-Haitham, Ibnu al-Nafis dan Ibnu Rusyd saling lengkap melengkapikepakaran mereka. Setiap seorang daripada mereka saling menguatkan yang lain untuk meninggikan binaan Islam.Akan tetapi pada zaman yang semakin kabur ghayah, bercampur aduknya visi hidup serta bersimpang siurnya misi masyarakat, pada saat yang sama binaan Islam semakin goyah dan rapuh, siapakah yang ingin mewakili umat mengembalikan binaannya yang agung?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembalikan manusia kepada Tuhannya, memerdekakan mereka daripada belenggu syahwat, hawa dan material?
Siapakah yang akan mewakili umat menyelamatkan mereka daripada kejahilan?
Siapakah yang akan mewakili umat mempamer keindahan kesyumulan Islam dan membongkar wajah hodoh sekular?
Siapakah yang akan mewakili umat mengembali martabat syari’at serta menumbang kezaliman hukum manusia?
Siapakah yang akan mewakili umat menyekat ancaman serangan Zionis dan Salibi Antarabangsa?
Siapakah yang akan mewakili umat memecah monopoli Yahudi dan US, menyediakan barangan alternative kepada barangan mereka?
Siapa? Siapa? Siapa?
Pastikan kita!!!