Mangga Ads

Sunday, October 19, 2008

Celik Ekonomi

CELIK EKONOMI.

Dalam zaman moden ini, keadaan ekonomi adalah penentu samada seseorang itu, sesebuah keluarga itu, atau sesebuah negara itu, adalah dalam keadaan kuat atau lemah,berpengaruh atau kaya atau miskin dan sebagainya. Keadaan ekonomi ini pula berputar seperti roda. Adakalanya, ekonomi berkeadaan baik dan adakalanya berlaku KRISIS atau GAWAT.

Krisis ekonomi datang pada jangkamasa tertentu yang disebabkan oleh beberapa elemen dan faktor yang bersangkutan dengan ekonomi, perniagaan, cuaca, politik, peperangan, bencana alam dan sebagainya. Pada tahun 1986 dan 1997, Malaysia telah dikejutkan dengan krisis ekonomi yang serius dan peritnya masih segar dalam ingatan kita. Tetapi, di alaf yang baru ini ( bermula dari tahun 2000 ),faktor-faktor baru seperti teknologi maklumat ( IT ), multimedia,telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya sedang menukarkan sama sekali senario kehidupan di seluruh dunia.

Selain dari kesan-kesan positif, kesan-kesan negatif yang membawa kepada kekecohan’ luarbiasa dari apa yang pernah dilalui oleh masyarakat dunia di abad-abad yang lalu, juga turut terjana. Walau apapun, yang paling nyata ialah, orang-orang yang hidup di zaman serba canggih ini, di mana sempadan di dunia ini tidak lagi wujud, tidak kira di mana sahaja,tidak kira bangsa, warna, budaya dan agama, perlulah berada dalam keadaan BERSIAP SEDIA dan sentiasa PEKA atau CELIK EKONOMI, kerana kegawatan ekonomi boleh berlaku seperti datangnya banjir kilat!.

Mungkin 3 contoh yang diberikan di sini boleh menerangkan dan mempamirkan keadaan itu.. Diabad-abad yang akan datang pula, mungkin elemen-elemen lain yang akan mengambil tempat di pentas utama krisis ekonomi. Tunggukanlah, ianya akan sentiasa datangdan akan pasti berlaku. Persiapan teliti adalah sangat perlu untuk kesinambungan hidup. Kalau tidak, pupus!.

CONTOH 1: SENARIO KRISISMINYAK.
Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, adalah satu perkara yang lumrah. Lazimnya, pemerintah sesebuah negara, termasuk juga Malaysia,sentiasa memikul beban kenaikan harga ini dengan memberi subsidi kepada pengguna. Ini dilakukan untuk keselesaan rakyat biasa. Tetapi, pada zaman ini, kenaikan harga minyak mentah dipasaran antarabangsa boleh berlaku tiap-tiap hari, dan ini boleh menukarkan senario ekonomi menjadi begitu rapuh dan sangat-sangat membimbangkan. Kesan yang sangat buruk ini akan dirasai di seluruh pelusuk dunia, termasuk juga Malaysia. Sebagai contoh: Harga minyak mentah hanyalah sekitar US$ 10 (RM 38) setong tidak berapa lama dulu. Tetapi, pada bulan Januari 2004, harga minyak mentah telah melambung kepada US$ 30 (RM 114) setong.

Pada 1 Oktober 2004, harganya melambung lagi kepada US$ 50 (RM 190) setong. Harga terus saja meningkat keparas US$ 55 (RM 209) setong, dua minggu kemudian. Keadaan serupa akan berlaku lagi di tahun-tahun akan datang, dan tidak dapat tidak, akan terjadilah inflasi global dan pada waktu itu, semua umat manusia di muka bumi ini akan merasai bahangnya dan akan merana buat seketika. Di Malaysia, belum pun reda dari kesan kenaikan harga minyakpetrol, diesel dan gas, sebanyak 2 sen seliter pada 1 Mei 2004, pada 1 Oktober2004, kenaikan kali kedua sebanyak 5 sen seliter telah dikuatkuasakan pula.Diingatkan di sini, jika harga minyak mentah naik ke paras US$ 60 (RM 228)setong, dijangka, tiada lagi subsidi yang akan mampu diberikan kepada pengguna.Ini bermakna, pengguna akan menanggung semua kenaikan bahan tersebut. Adadi antara pakar ekonomi dunia meramalkan bahawa, harga minyak mentah akan mencecah US$ 100 (RM 380) setong dalam jangkamasa 5 tahun ini. Kalau keadaan ini benar-benar berlaku, krisis yang lebih menakutkan akan tejadi! Apakah maknanya semua ini kepada orang-orang biasa seperti kita?

Bolehkah kita selamat dari bencana ekonomi, jika ianya melanda Malaysia beberapa kali lagi dan mungkin, serangan itu nanti akan lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di tahun-tahun 1986 dan1997 dahulu? Apabila berlaku kenaikan harga minyak mentah, maka huru-hara akan terjadi kerana harga barangan keperluan biasa, barangan makanan dan perkhidmatan, sudah tentunya akan naik. Di negara kita, hanya dalam 5 hariselepas kenaikan berlaku, harga barangan dan perkhidmatan telah naik antara10-30 %. Hari-hari esok pula, bagaimana? Berapa peratus pula akan naik? DiAmerika Syarikat, keadaannya lebih dahsyat lagi. Pengguna telah dikejutkan dengan kenaikan harga petrol sebanyak 50 % dalam masa seminggu sahaja. Di Nigeria pula, walaupun negara tersebut merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak,tetapi rakyatnya telah mogok dan keluar beramai-ramai menunjuk perasaan membantah kenaikan harga petrol yang tinggi.

Sememangnya, KRISIS minyak inisedang bermaharajalela, menghura-hara dan memporak-perandakan kestabilan negara-negara di dunia ini. Persoalannya, harga petrol, gas, diesel, barangan keperluan, perkhidmatan tidak pula turun apabila harga minyak mentah TURUN! Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada siapa yang bersalah dalam hal kenaikan harga minyak mentah ini. Ianya adalah kitaran ekonomi yang sentiasa berlaku. Harga apa sahaja barangan adalah ditentukan oleh Kuasa Pasaran’ (Market Force), termasuk minyak mentah. Secara teorinya, kenaikan harga sesuatu barang adalah disebabkan oleh keadaan permintaan yang lebih dari bekalan. Ada 3 faktoryang menyebabkan harga minyak naik mendadak: Permintaan minyak oleh negara China meningkat berpuluh kali ganda sehinggakan ia telah mengatasi Jepun ditempat yang kedua. Amerika Syarikat adalah negara pengguna minyak yang tertinggi di dunia. Namun, dalam sedikit masa lagi, negara Chinaakan menjadi pengguna terbesar pula kerana dengan jumlah keperluan 6.3juta tong sehari dan masih meningkat. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kepesatan percambahan ekonomi yang sedang rancak berlaku di negara itu sekarang.Keadaan suasana politik yang tidak stabil di Timur Tengah.Penggunaan minyak akan naik apabila tiba musim sejuk di Amerika dan Eropah.

CONTOH 2: SENARIO KRISISPERDAGANGAN TERBUKA GLOBAL. Dunia Tanpa Sempadan, Globalisasi, Kawasan Perdagangan Bebas,‘Koridor Raya Multimedia’, adalah beberapa terminology’ yang kerap kita dengardari media massa sekarang ini. Tetapi, majoriti orang kebanyakan tidak mengetahui, apakah makna semua ini dan apakah yang sedang berlaku sekarang ini.Apa yang kita tahu, di antaranya, hanyalah: Ramaipara graduan yang menganggur, dan jumlahnya terus meningkat dari tahun ketahun.Ramaipekerja kehilangan pekerjaan kerana syarikat-syarikat tempat merekabekerja telah ditutup. Bukan sahaja syarikat-syarikat tempatan yang terlibat,tetapi syarikat-syarikat asing juga. Kebanyakan dari mereka, telah memindahkan operasi mereka ke negara lain yang lebih rendah kosnya sepertinegara China.Syarikat-syarikat tempatan dan asing yang masih beroperasi lagi di Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengecil dan mengurangkan operasi mereka,dan ini menyebabkan para pekerja terpaksa mengambil ‘VSS’, kalau tidak,mereka akan tersingkir tanpa mendapat sebarang imbuhan.

Mungkin juga, semua ini ada kaitannya dengan peningkatan jenayah, seperti rompak,curi, ragut, pecah rumah, pecah amanah, penipuan, rasuah dan sebagainya. Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya ? Malaysiasebagai negara perdagangan yang berasaskan industri pembuatan, memerlukan pasaran untuk meluaskan pengedaran hasil produk yang diperbuat di sini. Oleh itu, Malaysia perlu berdaya-saing dengan negara-negara pengeluar yang lain di arena antarabangsa. Jumlah penduduk di kawasan ASEAN ialah sekitar 500 jutaorang (½ billion), dan Keluaran Negara Kasar (KNK) pula ialah sekitar RM 3, 116billion setahun. Keadaan ini menjadikan ASEAN di tempat keempat perdagangan terbesar dunia selepas Amerika, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Oleh sebab itu, 6negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia telah sepakat menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ) padabulan Januari 1992. Objektif penubuhan AFTA ialah untuk meningkatkan daya-saing kawasan ASEAN sebagai pengkalan pembuatan utama untuk pasaran dunia. Pada tahun1995, Vietnam telah menyertai AFTA, diikuti pula oleh Laos dan Myanmar padatahun 1997 dan akhirnya Kampuchea pada tahun 1999. Apabila AFTA dikuatkuasakan pada tahun 2003, terdapatbeberapa kesan-kesan positif dan negatif kepada negara. Di antara kesan positif utama ialah: Syarikat-syarikat tempatan boleh meneroka peluang perniagaan di 10 buah negara serantau.

Syarikat-syarikat tempatan boleh bersaing keluar dari ASEAN kerana sumber bahan mentah yangmurah di ASEAN boleh didapati dengan mudah, maka syarikat-syarikattersebut mampu bersaing di arena antarabangsa. Di antara kesan negatif utama pula ialah: Syarikat-syarikat tempatan terpaksa bersaing dengan banyak syarikat-syarikat lain dalamASEAN. Barang-barang kawalan dari negara-negara ASEAN yang lain tidak akan disekat dan kerajaan tidak boleh melindungi industri-industri tempatan lagi, dan jikabarang-barang ini lebih murah, maka syarikat-syarikat tempatan akan mengalami kerugian. Jika mahal, akan membawa beban pula kepada pengguna.Penyertaan bumiputera dalam sektor bekalan adalah sangat kecil. Sebagai contoh,pengedar gula hanya 9.77 % sahaja, manakala pengedar tepung gandum pula,hanya 8.74 % sahaja. Masalah besar untuk kaum bumiputera bersaing! ‘International Institute of Strategic Studies’ yang berpengkalan di London, telahmengeluarkan kenyataan bahawa peranan ASEAN di dalam arena antarabangsa akan berkurangan secara serius dan lama-kelamaan, pakatan itu tidak akan relevan lagi.

Ini kerana, negara China sedang dan akan menjadi sebuah kuasa ekonomi yang sangat besar dan terkuat di dunia ini dan akan mengambil peranan dan posisi yang penting di zon Asiadari pakatan ASEAN. Dengan hakikat ini, ASEAN telah mula membincangkan penubuhanzon perdagangan bebas bersama Chinayang dipanggil CAFTA (China-ASEAN Free Trade Area) pada 6 November 2001 yanglalu. CAFTA akan menjadi sebuah zon perdagangan bebas yang terbesar di dunia dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 billion orang. Dengan tindakan itu, kesan jangka pendek dan sederhana (5 – 10 tahun) ialah penumpuan pelaburan dunia akanberpaling dari Asia Tenggara ke negara China.Jangkaan ini memang tepat, kerana Malaysiatelah jatuh ke tangga ke 13, sebagai destinasi pilihan pelabur antarabangsa.. China menduduki tempat pertama, manakala India pula, menjadi destinasi pelabur ke 2.

Manakala di Malaysia sendiri, para peruncit dan pengedar akan memilih untuk mendapatkan bekalan dari negara China,dari bekalan di negara sendiri, kerana faktor harga. Contohnya, Courts MammothBhd., akan mula mendapatkan bekalan perabut dari China mulai tahun 2004 sebagai salah satu cara mengurangkan kos. Malaysiadan negara-negara ASEAN yang lain akan hanya menikmati kesan positif jangkapanjang ( 10 tahun ke atas ), di mana waktu itu, dijangka CAFTA akan membawa banyak kebaikan ekonomi yang lebih besar kepada negara-negara AsiaTenggara. Negara Indiajuga tidak mahu ketinggalan di dalam meningkatkan percambahan ekonomi mereka.Pada bulan Oktober 2004, Presiden India telah mencetuskan idea untuk membentuk zon perdagangan bebas antara India,China, Jepun dan Korea Selatan. Jika ini menjadi kenyataan, maka Asia akan menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia dengan setengah dari jumlah penduduknya adalah di Asia. Tetapi, apakah kesannya kepada Malaysia?

CONTOH 3: SENARIO KRISISEKONOMI– Percambahan terbantut? Adakah perkara ini akan berlanjutan di tahun-tahun akan datang? Keadaan ekonomi di Malaysia,menunjukkan pengurangan atau pengecutan di dalam suku ketiga tahun 2004.Terdapat 3 sebab utama: 1. Kebimbangan ke atas kenaikan harga minyak mentah. 2. Kemungkinan percambahan ekonomi Amerika Syarikat dan Chinamenjadi perlahan. 3. Pengurangan permintaan barangan elektronik di peringkat global.

Ekonomi Malaysiatelah sampai ke persimpangan di mana ia telah mula menunjukkan kehilangan‘momentum’. Kedua-dua kunci penunjuk utama ekonomi iaitu ekspot dan pembuatan,menunjukkan pengurangan sebanyak 14 % dari suku kedua tahun 2004. Keadaan ini dijangka akan terus berlaku. Secara ringkasnya, sektor pembuatan atau pengilangan industri elektronik dan elektrik adalah yang paling teruk terjejasdari sektor-sektor yang lain. Lebih kurang 40 % pengilang dari sektor ini terpaksa mengurangkan pengeluaran mereka. 44 % dari mereka pula percaya bahawa,pengurangan pengeluaran akan terus berlaku dalam masa 3 bulan seterusnya.Sektor pembuatan kertas dan barangan berasaskan kertas juga sangat membimbangkan, kerana tempahan dari dalam dan luar negara untuk barangan tersebut telah berkurangan. Walaupun begitu, mengikut bancian yang telah dijalankan oleh Malaysia Institute of Economic Research ( MIER ), menunjukkan bahawa pengguna-pengguna tempatan masih optimistik terhadap ekonomi Malaysia.Oleh yang demikian, banyak pihak-pihak tertentu masih boleh menarik nafas lega.

Tetapi, MIER berpendapat bahawa, sentimen optimisma ini hanya berdasarkan emosi semata-mata, bukan berdasarkan fakta yang kukuh(‘The increased optimism,however, might reflect wishful thinking more than hard economic reality’ –Starbiz, 20th Oct 04) Yang sangat nyata ialah, keadaan cuaca ekonomi dunia boleh bertukar dari satu ekstrem ke satu ekstrem dengan agak cepat. Dengan secepat kilat pula, keadaan ini boleh memberi kesan, samada baik atau tidak, kepadarakyat jelata. Jadi, pada zaman ini, barangsiapa yang tidak peka atau celik ekonomi, pasti akan dihanyutkan oleh arus deras krisis ekonomi yang boleh melanda dunia pada bila-bila masa. Dengan contoh-contoh di atas, kita sebagai orang biasa di Malaysia ini, mahu tidak mahu turut terbabit di dalam kancah perdagangan antarabangsa.

Tetapi, kita tidak perlulah memandang keadaan ini dalam cahaya negatif. Apa yang kita semua mesti lakukan ialah memperbaiki keadaan ekonomi kita sekarang juga, agar kita juga boleh mengaut keuntungan dari KRISIS-KRISIS ekonomi ini.Tambahan pula, dengan keadaan sekarang ini dan masa-masa akan datang, apa-apaboleh berlaku. Krisis boleh datang seperti datangnya banjir kilat!

No comments: