Mangga Ads

Sunday, May 2, 2010

Jawatan Satu Amanah

Jawatan menurut pandangan Islam adalah amanah. Ia tidak melantik seseorang melainkan atas sikap amanah dan adil. Amanah kerana ia melibatkan Allah dan Rasul. Ia juga melibatkan kepimpinan keatas umat Islam. Amanah terhadap harta benda dan negara umat Islam. Penerima jawatan juga perlu amanah. Bukan hanya amanah ketika mula dilantik tetapi istiqamah dengan sifat tersebut sehingga selesai tugas dan tanggungjawabnya. Adil dalam melantik kepimpinan adalah meletakkan seseorang pada tempat yang selayaknya. Perlantikan seseorang bukan atas kehendak nafsunya tetapi perkiraan dan perhitungan sebaik mungkin untuk melaksanakan tugas, khidmat dan mencurahkan bakti dan jasa. Ia bukan melantik kerana ia isteriku, anak-anakku, teman dan rakanku. Tetapi ianya juga adalah amanah yang turut dipersoalkan keatasnya kelak.

Rasulullah Saw ketika diminta diberikan jawatan oleh Abu Zar al-Ghifari, Baginda menolaknya dengan sabdanya:
يَا أَبَا ذَرٍّ إِنَّكَ ضَعِيفٌ وَإِنَّهَا أَمَانَةُ وَإِنَّهَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ خِزْيٌ وَنَدَامَةٌ إِلَّا مَنْ أَخَذَهَا بِحَقِّهَا وَأَدَّى الَّذِي عَلَيْهِ فِيهَاWahai Abu Zar, sesungguhnya kamu lemah dan jawatan itu amanah. Dan di hari kiamat kelak merugikan dan penyesalan melainkan orang yang mengambilnya dengan haknya dan menunaikan segala tuntutannya. (Riwayat Muslim).

Hari ini bukan kriteria itu yang menjadi sempadan. Siapa yang paling kuat mengampu maka ia diberi pangkat dan jawatan. Siapa yang paling kuat akur kepada tuannya maka ia diberi kedudukan. Kalau inilah menjadi neraca, itulah tanda dan saat-saat kejatuhan. Kejatuhan beberapa kerajaan Islam kerana mereka dilingkungi oleh golongan pengampu yang menjadi penasihat dan pengampu, maka itulah tanda-tanda kejatuhan. Para pegawai yang paling banyak mengutip cukai untuk dipersembahkan kepada pemimpin nescaya mereka diberi kedudukan, maka orang yang paling zalim akan mendekati kepimpinan.Masing-masing hanya mencari jalan bagi memperkukuhkan jawatan masing-masing dan mereka sanggup melacurkan diri mereka sendiri. Mereka sanggup menjilat ludah dan kahak mereka sendiri. Benarlah Rasulullah Saw bahawa golongan ini ada sepanjang zaman. Samada pembantu dan penasihat yang baik atau penolong yang buruk dan jahat.
Sabda baginda:
عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ : عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَا بَعَثَ اللَّهُ مِنْ نَبِيٍّ وَلَا اسْتَخْلَفَ مِنْ خَلِيفَةٍ إِلَّا كَانَتْ لَهُ بِطَانَتَانِ بِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالْمَعْرُوفِ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ وَبِطَانَةٌ تَأْمُرُهُ بِالشَّرِّ وَتَحُضُّهُ عَلَيْهِ فَالْمَعْصُومُ مَنْ عَصَمَ اللَّهُ تَعَالَىDaripada Abi Said al-Khudri bahawa Nabi Saw bersabda: Tidak dibangkitkan Allah para nabi dan tidak dilantik seorang khalifah melainkan akan ada baginya dua bitanah (penasihat yang rapat).

(Pertama) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kebaikan dan menggalakkannya. (Kedua) bitanah yang menyuruhnya untuk melakukan kejahatan dan menggalakkannya. Hanya selamat ialah sesiapa yang selamatkan Allah. Riwayat al-BukhariOrang-orang yang jujur dalam etika kehidupannya, mereka inilah sepatutnya diambil sebagai pembantu dan pemberi nasihat. Mereka inilah yang layak diberi pangkat dan jawatan. Amat malang jika sekiranya mereka yang hanya membekalkan lidah dan kebijaksanaan mengampu diangkat dan dilantik. Sekali mereka khianat dalam perjuangan, nescaya umat Islam perlu berhati-hati dengannya.

Tetapi kalau gerombolan itu sendiri terdiri daripada golongan-golongan yang tercalar moral, akhlak dan perilakunya, apalah sangat hendak diharapkan yang terbaik. Sudah tentu ia menjadi tempat berhimpun golongan yang sewaktu dengannya. Lidah mereka bercabang dan perbuatan mereka bersimpang-siur.Imam Bukhari pernah meriwayatkan: Ada golongan berkata Ibn ‘Umar: “Kami masuk kepada pemerintah kami, lalu kami berkata kepada mereka berbeza dengan apa yang kami cakap apabila kami keluar dari mereka.” Kata Ibn ‘Umar: “Kami dahulunya (zaman Nabi s.a.w) menganggap itu sebagai nifak (perbuatan munafik).” Riwayat al-Bukhari.Tetapi itulah golongan yang dianggap terpilih dizaman ini. Mungkin mereka sudah biasa dengan kerja-kerja macam tu. Ianya hanya dianggap sebagai sirih pulang ke gangang.

Ibarat Kabo tahik. Walau diambil dan dibersih serta dilumur minyak wangi, diletak diatas kapas tetapi apabila dilepaskan, ia akhirnya terbang ke tempat tahik juga.Golongan seperti ini jangan diharapkan ia sanggup berjuang sehingga ke penghujung. Mereka sudah biasa dengan kemewahan, pangkat dan kuasa. Lihatlah mereka yang lari dari perjuangan melompat kepada parti yang memerintah. Mereka tidak sanggup menjadi pejuang tulen. Peringkat awal semasa reformasi, betapa ramai tokoh-tokoh penegak keadilan dan pembela mereka yang tertindas dan dizalimi. Mereka berada dipentas dengan semangat meluap-luap dan ceramah mereka berapi-rapi. Apa yang tidak mereka kata tentang kejahatan, kezaliman, penyelewengan dan seribu macam kejelikan dan kejinya parti yang memerintah. Mereka berani dan mereka tahu menyebutnya kerana mereka bersama-sama dengan UMNO dan kerajaan yang memerintah dulunya.

Pengalaman bersama penulis sendiri, terlalu ramai mereka yang diatas pentas bab panglima jihad Khalid ibn walid tetapi dikerusi bawah pentas mereka yang jiwa mereka senipis bawang. Yang menjadi wirid mereka adalah payah, sukarnya bejuang, masalah kewangan, tiada peruntukan dan…. Bla.. bla.. blaa. Hari ini mereka menzahirkan diri mereka sendiri. Maka berterabur pulalah air liur mereka memaki pimpinan PR dan Pas sendiri. Penulis sendiri sempat berceramah sekali dengan orang yang seperti Roslan Kassim, Cucu ghafar baba, Lukman adam maupun Ezam sendiri. Fuhhh ingatkan sehingga titisan darah terakhir rupanya hanya setakat air liur dihalqum sahaja. Dulu bab panglima di Istana Pembangkang tetapi hari ini menadah tempurung, merempat dikaki lima UMNO-BN sebagai peminta sedekah. Amat aib dan hina sekali.

Dari penentang kezaliman ingin menjadi gulkha pembela kejahatan.
وَلَوْ شِئْنَا لَرَفَعْنَاهُ بِهَا وَلَكِنَّهُ أَخْلَدَ إِلَى الْأَرْضِ وَاتَّبَعَ هَوَاهُ َمَثَلُهُ كَمَثَلِ الْكَلْبِ إِنْ تَحْمِلْ عَلَيْهِ يَلْهَثْ أَوْ تَتْرُكْهُ يَلْهَثْ ذَلِكَ مَثَلُ الْقَوْمِ الَّذِينَ كَذَّبُوا بِآَيَاتِنَا فَاقْصُصِ الْقَصَصَ لَعَلَّهُمْ يَتَفَكَّرُونَDan kalau kami menghendaki, Sesungguhnya kami tinggikan (derajat)nya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia cenderung kepada dunia dan menurutkan hawa nafsunya yang rendah, Maka perumpamaannya seperti anjing jika kamu menghalaunya diulurkannya lidahnya dan jika kamu membiarkannya dia mengulurkan lidahnya (juga). demikian Itulah perumpamaan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. Maka Ceritakanlah (kepada mereka) kisah-kisah itu agar mereka berfikir.


Munasabahlah golongan seperti ini, Rasulullah Saw tidak mengaku umat dan tidak layak meminum kolam baginda. Mereka yang bersekongkol dengan pemerintah yang zalim serta membelakangkan syariat dan sunnah baginda.
عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ : أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكَعْبِ بْنِ عُجْرَةَ أَعَاذَكَ اللَّهُ مِنْ إِمَارَةِ السُّفَهَاءِ قَالَ وَمَا إِمَارَةُ السُّفَهَاءِ قَالَ أُمَرَاءُ يَكُونُونَ بَعْدِي لَا يَقْتَدُونَ بِهَدْيِي وَلَا يَسْتَنُّونَ بِسُنَّتِي فَمَنْ صَدَّقَهُمْ بِكَذِبِهِمْ وَأَعَانَهُمْ عَلَى ظُلْمِهِمْ فَأُولَئِكَ لَيْسُوا مِنِّي وَلَسْتُ مِنْهُمْ وَلَا يَرِدُوا عَلَيَّ حَوْضِيDaripada Jabir bin Abdullah bahawa Nabi Saw bersabda kepada Ka’ab bin Ujrah: Aku memohon perlindungan Allah daripada pimpinan yang bodoh. Ia berkata: Siapakah pemimpin bodoh itu? Sabda Baginda : “ Sesungguhnya selepasku ini akan adanya para pemimpin yang metidak mengikuti petunjukku dan tidak mengikuti akan sunnahku. Sesiapa masuk kepada mereka lalu membenarkan pembohongan mereka dan menolong kezaliman mereka maka dia bukan dariku dan aku bukan darinya dan dia tidak akan mendatangi telaga (di syurga).
Lihatlah cara bagaimana seorang raja yang ingin melantik penolong kanan beliau. Pada suatu hari, seorang raja memanggil kesemua penasihatnya yang terdiri daripada mufti, menteri-menteri dan timbalannya, para hukama dan tokoh-tokoh agama negarawan ke istana hinggapnya.

Mereka dijamu dengan pelbagai juadah dan dianugerahi dengan bintang-bintang kehormat. Selepas menikmati jamuan, raja mengeluarkan sebotol minyak wangi dari sakunya. Baginda membuka dan menghidunya. "Minyak wangi apa ni... busuk sangat baunya.." Sambil berkata begitu, raja itu menghulurkan botol itu kepada mufti di sebelahnya. Mufti itu menghidunya. "Ya, benar. Terlalu busuk minyak wangi ini." Minyak wangi itu diberikan pula kepada wazir di sebelahnya. Wazir itu berkata, "Betul Tuanku! Minyak wangi ini memang busuk." Begitulah seterusnya botol itu diedar kepada para jemputan yang ada di balai rong. Kesemua mereka mengatakan busuk sebagaimana didakwa oleh rajanya. Akhirnya sampailah kepada giliran seorang mamanda menteri. Sebaik saja menciumnya, dia terus berikan respons, "Tidak betul, mana ada minyak wangi yang tidak wangi. Kesemua minyak wangi adalah wangi termasuk yang ini. Minyak wangi ini sangat harum, tidak seperti yang tuan-tuan katakan." Mendengar kata-kata mamanda menteri tadi, raja itu tersenyum sambil berkata, "Benar kata-kata menteriku ini. Kamu semua adalah pengampu yang berbohong. Kamu sanggup menyembunyikan kebenaran kerana nak mengampu dan menjaga status kamu semua. Mulai hari ini pengampu-pengampu semua dipecat dari sebarang jawatan.

Mamanda menteri yang berkata benar ini beta lantik menjadi penasihat diraja."Lihat juga bagaimana Khalifah Harun ar-Rashid mencari orang yang menasihatinya. Pada suatu malam, Harun ar-Rasyid memanggil Fazl Barmesid, salah seorang di antara pengawal kesayangannya. Harun ar-Rasyid berkata kepada Fazl: “Malam ini bawalah aku kepada yang boleh menunjukkan kapadaku siapakah aku ini sebenarnya. Aku telah jemu dengan segala kebesaran dan kebanggaan.”
Fazl membawa Harun ar-Rasyid ke rumah Sufyan al-Uyaina. Mereka mengetuk pintu dan dari dalam Sufyan menyahut: “Siapakah itu?” Amirul Mukminin. Sufyan berkata: “Mengapa sultan mahu menyusahkan diri. Mengapa tidak diberitahu sahaja padaku sehingga aku datang sendiri menemuinya?” Mendengar ucapan tersebut Harun ar-Rasyid berkata: “Ia bukan orang yang kucari. Ia pun mengagungkanku seperti orang lain.”Kemudian mereka pergi kerumah Abu Ali al-Fuzail bin Iyaz at-Talaqani mereka. Mengetuk pintu rumah Fuzail. Dari dalam Fuzail bertanya: “Siapakah itu?” Apabila diberitahu kehadiran Amirul Mukminin, beliau menolak untuk menerima kehadirrannya tetapi setelah dipaksa beliau membuka pintunya.

Harun ar-Rasyid melangkah masuk, Begitu Harun menghampirinya, Fuzail meniup lampu sehingga padam agar ia tidak dapat melihat wajah sultan. Harun ar-Rasyid menghulurkan tangannya dan disambut oleh tangan Fuzail yang kemudian berkata: “Betapa lembut dan halus tangan ini! Semoga tangan ini terhindar dari api neraka!”Setelah berkata demikian Fuzail berdiri dan berdoa. Harun ar-Rasyid meresa hatinya sangat tersentuh dan tidak dapat menahan tangisannya. “Katakanlah sesuatu kepadaku,” Harun bermohon kepada Fuzail. “Anggaplah negeri Islam sebagai rumahmu sendiri dan penduduknya sebagai keluargamu sendiri. Ziarahilah ayahmu, hormatilah saudaramu dan bersikap baiklah kepada anakmu. Aku sayangkan jika wajahmu yang tampan ini akan terbakar hangus di dalam neraka. Takutilah Allah dan taatilah perintah-perintah-Nya. Berhati-hatilah dan bersikaplah secara bijaksana, kerana pada hari Akhirat nanti Allah akan meminta apa yang dipertanggungjawabkan olehmu sehubungan dengan setiap Muslim dan Dia akan memeriksa apakah engkau telah berlaku adil kepada setiap orang.

Apabila ada seorang wanita uzur yang tertidur dalam keadaan lapar, di hari Akhirat nanti ia akan menarik pakaianmu dan akan memberikan kesaksian yang akan memberatkan dirimu.”Harun ar-Rasyid menangis dengan sangat kuatnya sehingga nampak ia akan jatuh pengsan. Melihat hal ini wazir Fazl menyentak Fuzail: “Cukup! Engkau telah membunuh pemimpin kaum Muslimin.” “Diamlah Hamam! Engkau dan orang-orang yang engkau inilah yang telah menjerumuskan dirinya, kemudian engkau katakan aku yang membunuhnya. Apakah yang kulakukan ini suatu pembunuhan?” Mendengar kata-kata Fuzail ini tangisan Harun ar-Rasyid semakin menjadi-jadi. “Ia menyebutmu Hamam,” kata Harun ar-Rasyid memandang Fazl. “Kerana ia menyamakan diriku dengan Firaun.”Kemudian Harun bertanya kepada Fuzail: “Apakah engkau mempunyai hutang yang belum dijelaskan?”“Ya,” jawab Fuzail. “hutang kepatuhan kepada Allah.

Seandainya Dia memaksaku untuk menjelaskan hutang ini celakalah aku!” “Yang kumaksudkan adalah hutang kepada manusia, Fuzail,” Harun menegaskan. “Aku bersyukur kepada Allah yang telah mengurniakan kepadaku sedemikian banyaknya rezeki sehingga tidak ada keluh-kesah yang harus kusampaikan kepada hamba-hamba-Nya.” Kemudian Harun ar-Rasyid menaruh sebuah bekas yang berisi seribu dinar di hadapan Fuzail sambil berkata: “Ini adalah wang halal yang diwariskan oleh ibuku.”Tetapi Fuzail mengutuknya: “Wahai pemimpim kaum Muslimin, nasihat-nasihat yang kusampaikan kepadamu ternyata tidak ada faedahnya. Bahkan engkau telah memulakan lagi perbuatan salah dan mengulangi kezaliman.” “Apakah perbuatan yang salah telah kulakukan?” tanya Harun ar-Rasyid.“Aku menyerumu ke jalan keselamatan tetapi engkau menjerumuskan aku ke dalam godaan.

Bukankah hal itu suatu kesalahan? Telah kukatakan kepadamu, kembalikanlah segala sesuatu yang ada padamu kepada pemiliknya yang berhak. Tetapi engkau memberikannya kepada yang tidak patut menerimanya. Aku memberi nasihat kepadamu tanpa mengenakan sedirham pun.” Setelah berkata demikian, Fuzail berdiri dan melemparkan wang-wang emas itu keluar.“Benar-benar seorang manusia yang hebat!” Harun ar-Rasyid berkata ketika ia meninggalkan rumah Fuzail. “Sesungguhnya Fuzail adalah seorang raja bagi umat manusia. Ia sangat alim dan dunia ini terlalu kecil pada pandangannya.”Adakah lagi manusia yang tidak pelahap seperti Fuzail dihari ini?. Adakah lagi seorang pemimpin umat Islam seperti Harun ar-rashid? Semoga Allah memberkati kita semua.

Wednesday, April 28, 2010

Rumah Nik Nur Madihah


di sini lah tempat adik nik nur tinggal dan belajar....tapi sekarang dia di mana dan macam mana rumah dia...kita kena bukti nilai kita pastu hasil datang dgn sendirinya.

Qaeda Amalina

Teknik Belajar Nur Amalina

Di tulis oleh : Zahari Rusdi
Oleh: Halim Rahmat Mengingati Pelajaran"Saya tidak memaksa diri saya mengingati sesuatu fakta dalam setiap mata pelajaran. Saya menjadikan belajar itu suatu aktiviti yang menyeronokkan. Sebab itu saya tidak berasa letih walaupun menghabiskan masa yang panjang untuk mengulangkaji."Bagaimana Menguasai Kesemua 17 Mata Pelajaran?"Daripada sepuluh mata pelajaran saya belajar di sekolah dan kelas tambahan di luar bagi subjek tertentu, hanya satu mata pelajaran, iaitu Prinsip Akaun, saya pergi tuisyen kerana perlu memahami konsepnya. Yang lain saya belajar sendiri di rumah. Jika saya tidak faham saya akan berjumpa guru yang boleh membimbing subjek berkenaan.

"Tip Mengingati Formula & Fakta

Buat nota ringkas
Lukis peta minda apabila mengulangkaji atau mempelajari tajuk bar
Wujudkan kata kunci.
Buat banyak latihan berhubung sesuatu formula hingga terbiasa.
Banyak latih tubi membuatkan lama-kelamaan mudah untuk mengingati.
Ulangkaji di rumah secara berterusan

Tip Menguat Ingatan
Tumpu perhatian penuh di dalam kelas.
Berfikiran positif.
Fikir perkara berfaedah sahaja.
Elak berfikir perkara yang memesongkan dan merosakkan minda.
Elak makan makanan yang mengandungi banyak bahan kimia seperti makanan ringan dan makanansegera.
Jangan minum minuman bergas.

Menghafal atau Memahami
"Ramai orang yang silap anggap. Saya tidak pernah menghafal mata pelajaran membabi buta. Waktu mengulangkaji saya fahamkan sesuatu konsep itu terlebih dahulu. Faham lebih penting. "Saya memahami konsep dan idea sesuatu topik itu. Apabila telah faham mudahlah untuk ingat. Hafal tanpa faham seolah-olah kita belum mendapat apa-apa ilmu."

Langkah Mengulangkaji
Saya menyemak sekali lalu bab yang saya hendak ulangkaji.
Saya membaca tajuk besar terlebih dahulu.
Kemudian saya membaca tajuk-tajuk kecil

Lepas itu saya meneliti dan cuba memahami gambar, gambarajah, ilustrasi dan jadual yang tertera di dalam bab tersebut.
Apabila telah mendapat gambaran tentang sesuatu tajuk itu barulah saya meneliti isinya secara detail

Saya tandakan isi-isi penting dengan highlighter di buku teks atau saya buat peta minda dalam buku nota khas.

Saya cari atau saya reka sendiri kata kunci.
Pada masa yang sama saya mengingat.
Saya mencipta kaedah saya sendiri untuk mengingati sesuatu yang sukar dan kompleks.
Ulangkaji awal, jangan tunggu hingga saat terakhir sebelum peperiksaan.

Kaedah Memahami
Fahami sesuatu konsep itu secara menyeluruh terlebih dahulu.
Setelah faham barulah mudah mengingat data dan menghafal.
Menghafal membuta tuli belum tentu dapat atau faham.
Gambarkan apa yang dibaca di dalam minda.
Minda kita hendaklah sentiasa bersedia menerima perkara baru yang dipelajari.

Study Hard atau Study Smart?
Study hard ialah menggunakan masa yang lama dengan susah payah untuk memahami sesuatu topik. Study smart pula ialah memahami sesuatu topik dengan pantas dan selebihnya menggunakan minda untuk memberi hujah dan penjelasan. Study hard dan study smart sama penting.
Kalau boleh kita hendaklah study hard dan study smart! 'Dan' bukan 'atau'.Jangan belajar last minute. Belajar last minute akan menyebabkan anda terpaksa study hard dalam ertikata yang lain.
Kalau anda belajar dan mengulangkaji awal, anda mempunyai masa yang panjang dan selesa untuk study smart. Bagaimanapun korbankan banyak masa jika anda mahu cemerlang. Minta bantuan guru apa-apa yang tidak difahami.

Tetapkan Teknik Belajar
"Belajarlah mengikut kaedah yang anda rasa berkesan. Anda sendiri akan merasa kesannya apabila berjaya menjawab soalan di dalam peperiksaan dengan senang dan mendapat keputusan yang cemerlang

Peranan Soalan Ramalan dan Soalan Tahun-tahun Lepas
" Soalan Ramalan selalunya dihasilkan setelah pembuat soalan menjalankan analisis yang teliti tentang pattern dan kekerapan sesuatu topik itu keluar. Soalan ramalan juga mendedahkan topik-topik penting. Menjawab soalan ramalan adalah suatu latihan bermanfaat. Cuma pelajar jangan mengharap 100% kepadanya.""Soalan tahun-tahun lepas adalah himpunan kertas peperiksaan sebenar. Ini mendedahkan pola sebenar peperiksaan. Dari soalan tahun-tahun lepaslah terbentuknya soalan ramalan."

Pentingnya STUDY GROUP
" Di sekolah, saya ada study group sendiri. Kami semuanya gigih belajar, mengulangkaji dan berbincang. Apabila guru tidak mengajar kami akan berbincang di dalam kelas. Pada masa-masa lapang yang lain kami akan berbincang di kantin, di taman atau di pusat sumber." Kumpulan belajar mencetuskan pertukaran pendapat dan perbincangan yang mantap. Perbincangan menghasilkan pemahaman yang mendalam. Kami bergilir-gilir mengepalai perbincangan sesuatu topik." Di dalam sesi study group kita hendaklah segera bertanya apa yang tidak difahami. Kita juga harus mengakui kelebihan orang lain." Suatu perkara yang kami sentiada pegang ialah: Tidak lari dari topik perbincangan dan tidak terlalu banyak bermain dan ketawa. Ini dilakukan dengan menetapkan sesuatu objektif yang hendak dicapai di dalam jangka masa yang ditetapkan."

Peranan Nota
Paling banyak membantu pembelajaran, jadi beri keutamaan.
Mengelakkan membaca buku teks yang tebal.Mengukuh kefahaman.
Pembelajaran yang cepat dan tangkas kerana dibuat dengan mengambil isi-isi penting sahaja.
Membantu ulangkaji seimbas lalu menjelang peperiksaan.Mudah menghubungkaitkan sesuatu topik atau peristiwa dengan yang lain.
Ketika menyediakan nota, bina kata kunci dan hafal kata kunci tersebut supaya mudah dihubungkaitkan dengan fakta yang lain.
Recall kata kunci dari nota ketika membuat esei atau menjawab soalan peperiksaan.

Peranan Peta Minda
" Peta minda ialah sejenis nota yang paling berkesan. Bina peta minda mengikut teknik yang diajarkan pada anda supaya berkesan. Selalunya peta minda dibina ketika anda belajar atau mengulangkaji untuk memahami urutan, proses dan peristiwa.
"" Membina peta minda akan mengelakkan anda dari mengantuk. Gunakan warna atau dakwat yang berlainan untuk menarik perhatian ketika belajar. Ini akan merangsang otak kanan untuk mengimbangi tugas otak kiri yang letih mengingat.""
Ketika mengulangkaji pula, peta minda mempercepatkan proses mengulangkaji dengan berkesan kerana sifatnya yang ringkas, padat dan mengikut turutan atau aliran. Banyakkanlah menggunakan peta minda menjelang peperiksaan."

Sirah Nur Amalina 17A

Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan


Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.


Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.


Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.


Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.

Kaedah Belajar

Kaedah Belajar Cemerlang

R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)

Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.

R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH
PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)

Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama
dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan
banyak masalah Matematik yang bertaraf Peperiksaan.


R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)

Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan
(teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkahlangkah
penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).


R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)

Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.

R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)

Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun
Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau
membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.

Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan

LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.

Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya.

Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan
CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting.

Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran. Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah.

Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran
anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.

Sekian sahaja dari saya. Diharap secebis ilmu dapat disebarkan kepada warga TKO.

Jikalau ingin membuat latih tubi Matematik Untuk anak-anak anda sila layari

http://latih-tubi.blogspot.com

Tips Pelajar Cemerlang

Tips pelajar yg cemerlang, apa yang perlu anda lakukan?

ikutilah petua-petua dibawah ini..PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri..

Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran.

Kajian menunjukkan bahawa:

kita ingat 10% apa yang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan

1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan

2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)

3. Belajar dalam persekitaran kondusifa) pastikan cahaya adalah terangb) kurangkan gangguan bunyic) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajard) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirane) kerusi dan meja menghadap kiblatf) janagan lupa untuk senyum

4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan

5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan

6. Tahu teknik merangsang memori:a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )c) mengingat kembali ( recall )d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )

7. Sentiasa awal dan mendahuluia) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada gurub) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannyac) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan

8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.

9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru

10. Mempunyai teknik membaca yang betula) duduk dengan tegak & bernafas dengan betulb) membrika tumpuan sepanuhnyac) menggunakan jari telunjuk untuk membacad) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.

11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas

12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock).

Sunday, March 21, 2010

Kewangan Islam

Krisis kewangan yang melanda dunia ketika ini melibatkan kerugian terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah.

Pasaran modal dianggarkan kerugian sebanyak AS$30 hingga AS$35 trilion (RM105 hingga RM122.5 trilion), sektor hartanah sekitar AS$60 trilion (RM210 trilion) dan sektor kewangan AS$3 trilion (RM10.5 trilion).
Sebagai perbandingan kepada kerugian ini, kos untuk menampung bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, taufan dan sebagainya dari 1970 hingga 2007 hanya memerlukan AS$745 billion (RM2.6 trilion).

Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi, Michael Spence dan pemegang Anugerah Ekonomi Islam Bank Pembangunan Islam, Muhammad Umer Chapra menyatakan, faktor utama krisis kewangan dunia disebabkan oleh instrumen terbitan (derivative) dan sekuriti.
Sementara pemenang Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam Pengajian Islam, Muhammad Nejatullah Siddiqi berpendapat, eksploitasi pasaran dan instrumen kewangan melibatkan hutang berlebihan menyumbang kepada krisis kewangan.

Fenomena ini telah pun diramalkan oleh Warren Buffet, “guru” pelaburan dunia. Beliau menyatakan derivative merupakan senjata pemusnah besar-besaran kewangan. Pakar-pakar ekonomi dunia secara umumnya sepakat bahawa faktor utama krisis kewangan dunia diakibatkan oleh instrumen hutang berlebihan selain spekulasi kewangan melalui instrumen derivative dan sekuriti.

Secara idealnya, kewangan Islam dilihat mampu memberi harapan bagi mengelak krisis ekonomi. Berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang menuntut keadilan seperti larangan riba, gharar, judi dan spekulasi berlebihan, telah menjanjikan penyelesaian kepada krisis kewangan.
Persoalannya, adakah kewangan Islam benar-benar bebas daripada segala bentuk krisis kewangan? Realitinya, terdapat kegagalan institusi Islam seperti Ihlas Finance di Turki dan skandal kewangan Bank Islam Dubai.

Terdapat banyak kritikan terhadap pelaksanaan kewangan Islam yang dikatakan meniru dan mengikut rentak institusi kewangan konvensional. Muhammad Nejatullah, Munzir Kahf, Muhammad Umer, Mahmud El Gamal dan ramai lagi cendekiawan mengkritik hebat kewangan Islam yang dilihat gagal melunaskan tanggungjawab sosial dan memenuhi tuntutan maqasid syariah atau objektif syariah.

Penulis membahagikan kritikan terhadap sektor kewangan Islam kepada tiga bahagian iaitu dari aspek struktur, sistemik dan operasi. Dari aspek struktur produk, instrumen kewangan Islam yang diamalkan di seluruh dunia didominasi oleh produk berasaskan hutang.
Ini termasuk tawarruq, bay al inah, murabahah dan istisna’ yang mewakili lebih 80 peratus produk yang dilanggani oleh pengguna di Malaysia.

Walaupun diakui tiada nas atau dalil yang menyatakan produk ini tidak boleh ditawarkan, namun implikasi ekonomi yang bakal disumbangkan melalui instrumen ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada krisis kewangan.

Keghairahan sesetengah institusi kewangan Islam menawarkan produk derivative dan sekuriti juga menimbulkan tanda tanya sejauh manakah sektor ini akan bertahan dan mengelakkan krisis kewangan.

Daripada aspek sistemik, institusi kewangan Islam dilihat tidak mempunyai ruang lingkup tadbir urus korporat yang baik diikuti oleh kelemahan ruang lingkup perundangan.Hal yang sama berlaku daripada aspek operasi apabila institusi kewangan Islam tidak mempunyai ruang lingkup komprehensif untuk mengenal pasti, meminimum dan memantau risiko.
Walaupun kewangan Islam dilihat sebagai sistem yang mampu mengelak krisis ekonomi, namun realitinya, ia tidak akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya pelaksanaan tidak menepati nilai-nilai Islam.

Institusi kewangan Islam perlu berhati-hati dalam menawarkan produk-produk kewangan Islam supaya ia bukan sahaja sah daripada segi hukum bahkan menepati kehendak maqasid syariah.

Ruang lingkup tadbir urus korporat, perundangan dan operasi perlu diberikan perhatian serius bagi mengelak fenomena yang sama berlaku kepada institusi kewangan konvensional. Sektor kewangan Islam yang dijangka mencecah AS$4 trilion (RM14 trilion) dalam masa lima tahun oleh Perkhidmatan Pelaburan Moody perlu dipertahankan agar tidak kecundang seperti sistem kewangan konvensional sedia ada.
- UTUSAN
Sumber Berita