Mangga Ads

Monday, January 7, 2013


Travelog Bumi Ambia Gaza Palestine. Oleh : sheikh Ausaini Beit Hanoun

21 oktober 2012/ Malaysia
Berlepas dr Kota Bharu airport to KLIA pd jam 4.45pm dan sampai KLIA pada jam 8.15 malam kerana hujan lebat dan kapalterbang mendarat di Johor Bharu bukan destinasi sepatutnya. Dari KLIA to Mesir 10.30 malam dan setelah terbang lebih 12 jam, kami sampai di Mesir lebih kurang jam 6 pagi. Pada itu suasana masih gelap lagi dan angin sejuk seakan-akan menyapa kehadiran kami. Suhu di Mesir adalah 20 celcius.

22 Oktober 2012
Kami dijemput oleh pelajar2 Malaysia disana untuk dibawa ke rumah Kelantan, sampai di rumah Kelantan, kami makan pagi sambil berbincang kerana surat kelulusan drp pihak Mesir belum dapat lagi, maka kata sepakat telah diambil ,terus saya bersama Ust Wan dan Sheikh Nazri , Dr Mujahid dan 2 sahabat lain dgn kereta advanza bergerak ke kedutaan Malaysia di Mesir.Kami cuba berbincang utk dpt sokongan atau bantuan utk mempercepatkan surat kelulusan dr  Mesir. Kami dimaklumkan, cakna dan aman menghadapi masalah yg sama dan lebih2 lagi duta besar Malaysia di Mesir berada di Mekah. Dr pagi hingga ptg kami berurusan disana. Lewat ptg balik ke rumah Kelantan di Mesir. Sebelum sempat juga berkunjung ke pejabat ikwan muslimin di sana utk cari network utk bantuan cakna dpt kelulusan berkenaan.

23 Oktober 2012
Usai Makan pagi dan perbincangan telah dibuat utk sampai ke destinasi  kerana  amanah utk hulurkan bantuan drp rakyat Malaysia kpd rakyat palestine, Gaza dan akhirnya diputuskan, saya diberi mandate utk mengetuai delegasi seramai 10 orang drp 14 peserta misi ke Gaza dan tinggal di kaherah adalah sheikh nazri, ust wan, ust fadhli dan sheikh arrifahmi. ( ausaini, kak suri ,abe nor, zailani, dr mujahid, dr azhar, nasir, izham dan 2 wakil zakat penang…lupa lak nama sila semak senarai delegasi. Plan B telah dipilih, maka kami telah bertolak dr rumah Kelantan menuju ke Al Arish iaitu sebuah Bandar perlancungan berhampiran dgn Rafah Mesir iaitu 1 jam perjalanan dgn kereta.Lebih kurang 6-7 pm kami sampai ke al-arish dan bergerak dr al-arish dan sampai ke rafah mesir dan terus masuk ke rafah gaza.

Malam berkenaan kami disambut dgn jamuan makan malam di tepi pantai dan usai makan malam kami dibawa ke hotel penginapan dan adakan perbincangan ringkas, taaruf dan penyerahan sumbangan kepada wakil NGO EMAAR drp Cakna Palestine dan Zakat Penang.
Antara sumbangan yang diserahkan adalah
1.       Pembinaan Masjid.
2.       Qurban utk saweed
3.       Qurban utk al-rahmah
4.       Qurban utk Emaar
5.       Sumbangan utk NGO wanita.
6.       Sumbangan utk rakyat Palestine
.Usai pemberian sumbangan dan bergambar  kami diberi peluang utk berjumpa skuad briged al-qassam di kawasan berhampiran.

23 oktober 2012
Usai makan pagi kami bergerak utk pulang ke al-arish dgn laluan sama dan sampai di hotel al-alrish lebih kurang 10 pagi dan sempat sembang serta berbincang dgn group sheikh nazri dan ust wan, kerna mereka juga bergerak dr kaherah ke al-arish pd pagi berkenaan, dimaklumkan pd jam 2pg kerna aura Gaza yg kuat mengamit mereka, sementara sheikh Ariffahmi dan Ust Fadli bersiap-siaga utk bertolah balik ke Malaysia. Dalam perbincangan itu telah diputuskan group di penang dan kak suri serta abe nor akan balik ke rumah Kelantan , Kaherah sementara itu saya, zailani, ust wan dan sheikh nazri akan tinggal di al-arish utk cuba masuk ke gaza dan sambil2 tunggu surat kelulusan drp pihak mesir.

24 oktober 2012
Jelajah al-arish dan sambil2 ada masa luang utk zailani hantar berita ke Malaysia dan saya lak menulis catatan hujung.inilah masa top gun cakna dpt bersama dan berbincang berkaitan cakna Palestine sambil tungu dan menunggu khabar gembira yang pasti kami yakin doa rakyat Kelantan dan niat yang baik tidak akan menghampakan.Insyallah.

25 oktober 2012
Kejutan pagi hari apabila dimaklumkan surat izin masuk ke gaza diperolehi dr kerajaan Mesir dan kami terpaksa ke Bandar utk print out surat berkenaan dlm email sebab line internet di hotel tidak ada dan terpaksa ke Bandar al-arish utk cari cc, alhamdullilah jumpa dan mereka juga banyak membantu, usai semua maka persiapan utk bergerak ke rafah mesir telah dibuat dan lebih kurang pukul 12 pm bergerak ke Rafah Mesir dan tepat pukul 1pm sampai di sempadan rafah mesir utk masuk ke Rafah Gaza. Hampir 3 jam baru kami dapat jejak bumi berkat Gaza.

26-27 oktober Gaza
Padatnya jadual pergerakan kami di Gaza boleh lihat ikut turutan sptmana gambar dlm pendrive.
Menghadiri  program qurban /pembahagian daging qurban oleh NGO emaar.
Melawat dr ahmad dan sheikh asrah dan sheikh saleem.
Melawat rumah dan keluarga sheikh ahmad yassin
Melawat rumah dan keluatga sheikh alrantisi.
Sumbangan utk masjid Beit Lehya USD3,000.00.
Sumbangan utk  rakyat Palestine di Beit Lehya USD3,000.00.
Sumbangan juga diberikan kepada keluarga miskin, syuhada dan keluarga pelajar yang  dilawati

28 oktober 2012
Usai makan pagi kami dibawa ke pejabat EMAAR kernan di sana berlaku MOU antara cakna dgn Emaar dan Cakna dgn Kementerian Pelajaran Gaza. Cakna juga membuat penyerahan USD6,000.00 utk pembinaan masjid di sekolah bawah kawalselia NGO Emaar.

MOU Cakna dan Emaar
1.       Tajaan Pelajar ( OKU-pekak) seramai 5orang utk 5 tahun setiap orang RM250.00 sebulan.
2.       Pembinaan masjid di sekolah-sekolah Khan Yunis ( 5 buah utk tahun 2013 ).
3.       Tidak termasuk dlm mou tp dicadangkan utk pembinaan pasar di Khan Yunis.

MOU Cakna dgn KPGaza
1.Meneruskan program pendidikan jangkapendek.
2.Program summer camp utk pelajar  Palestine melawat Malaysia/Kelantan seramai 10 orang utk 2 weeks.

Usai urusan MOU dan bergambar dan melawat keluarga Dr Mahmood di rafah maka kami bertolak balik ke Kaherah.

30 Oktober 2012
3pm sampai rumah Kelantan, simpan barang utk balik dan bayaran semua bil2 penginapan dan 7pm bertolak ke cairo airport. Kul 10.40 berlepas pulang.

31 oktober 2013
Larut malam sampai di airport kota bharu dan disambut ikhwan dan family.
               





No comments: