Mangga Ads

Monday, February 23, 2009

Sedikit Tapi Berkat

Kisah perempuan miskin, lembu tua dan Gaza

Lokasi kisah benar ini berlaku di salah sebuah daerah di Yaman danianya terjadi dalam bulan Januari lalu.Kisah penderitaan dan keperitan yang dilalui oleh penduduk Gazatersebar ke seantero dunia. Semua marah, benci, kesumat dan mendidihpedih. Lebih banyak yang terasa sayu dan terharu apabila kanak-kanakkecil nan comel menjadi korban muntahan peluru dan darah membasah bumi tanpa henti.

Tragedi dasyhat ini juga sampai juga ke pengetahuan seorang perempuantua yang hidup miskin di salah sebuah kampung di Yaman. Sama sepertiorang lain, dia juga turut sedih dan pilu sehingga berjurai air mata.Lantas suatu hari, dia berazam sedaya upaya untuk cuba membantusekadar mampu. Kebetulan , 'harta' yang dia ada hanyalah seekor lembutua, terlalu uzur, kurus dan sudah tidak bermaya.Dengan semangat tinggi dan perasaan simpati amat sangat, dia berhajatmenyedekahkan lembunya itu kepada penduduk Gaza lalu berjalan kakidari rumah pergi ke salah sebuah masjid di Yaman sambil memegang lembutunggal kesayangannya itu.

Kebetulan hari itu Jumaat dan para jemaah sudah mengerumuni pekaranganmasjid untuk melaksanakan ibadat tersebut.Ketika itu, betapa ramai yang memerhati dan menyorot mata melihatgelagat perempuan tua nan miskin dengan lembunya yang berada di sisiluar masjid. Ada yang mengangguk, ada yang menggeleng kepala. Tanpakecuali ada juga yang tersenyum sinis malah terpinga-pinga melihatperempuan miskin itu setia berdiri di sisi lembunya.

Masa berlalu, jemaah masjid walaupun khusyuk mendengar khutbah imamnamun sesekali memerhati dua mahkhluk tuhan itu. Perempuan dan lembuitu masih di situ tanpa ada cebis rasa malu atau segan diraut wajah.Setelah imam turun dari mimbar, solat Jumaat kemudiaannya dilakukan,biar dibakar terik mentari dan peluh menitis dan memercik di muka,perempuan dan lembu tua itu masih lagi di situ.

Image Sebaik selesai sahaja semua jemaah solat dan berdoa, tiba-tibaperempuan itu dengan tergesa-gesa mengheret lembu itu betul-betul didepan pintu masjid sambil menanti dengan penuh sabar tanpamempedulikan jemaah yang keluar. Ramai juga yang tidak berganjak danperasaan ingin tahu, apa bakal dilakukan oleh perempuan tua itu.

Tatkala keluar imam masjid, perempuan tua itu bingkas berkata :" Wahaiimam, aku telah mendengar kisah sedih penduduk di Gaza. Aku seorangyang miskin tetapi aku bersimpati dan ingin membantu. Sudilah kauterima satu-satunya lembu yang aku ada untuk dibawa ke Gaza, berikepada penduduk di sana."Gamam seketika. Imam kaget dengan permintaan perempuan itu namunkeberatan untuk menerima. Ya, bagaimana nak membawa lembu tua itu keGaza, soal imam itu. Keliling-kelalang para jemaah mulabercakap-cakap.

Ada yang mengatakan tindakan itu tidak munasabahapatah lagi lembu itu sudah tua dan seolah-olah tiada harga."Tolonglah..bawalah lembu ini ke Gaza. Inilah saja yang aku ada. Akuingin benar membantu mereka," ulang perempuan yang tidak dikenali itu.Imam tadi masih keberatan.Masing-masing jemaah berkata-kata danberbisik antara satu sama lain. Semua tertumpu kepada perempuan danlembu tuanya itu.

Mata perempuan tua yang miskin itu sudah mula berkaca dan berair namuntetap tidak berganjak dan terus merenung ke arah imam tersebut. Sunyiseketika suasana.Tiba-tiba muncul seorang jemaah lalu bersuara mencetuskan idea:" Takmengapalah, biar aku beli lembu perempuan ini dengan harga 10,000riyal dan bawa wang itu kemudian sedekahkanlah kepada penduduk di Gaza.Imam kemudiannya nampak setuju.

Perempuan miskin yang sugul itukemudian mengesat-ngesat air matanya yang sudah tumpah. Dia membisunamun seperti akur dengan pendapat jemaah itu.Tiba-tiba bangkit pula seorang anak muda, memberi pandangan yang jauhlebih hebat lagi:"Apa kata kita rama-ramai buat tawaran tertinggisambil bersedekah untuk beli lembu ini dan duit itu nanti diserahkanke Gaza?"Perempuan itu terkejut, termasuk imam itu juga.

Rupa-rupanya cetusananak muda ini diterima ramai. Kemudian dalam beberapa minit bidaan itupun bermula dan ramai kalangan jemaah berebut-rebut menyedekahkan wangmereka untuk dikumpulkan.Ada yang membida bermula dari 10,000 ke 30,000 riyal dan berlanjutanuntuk seketika. Suasana pekarangan masjid di Yaman itu menjadi riuh,apabila jemaah membida 'bertubi-tubi' sambil bersedekah.Akhirnya lembu tua, kurus dan tidak bermaya milik perempuan tua miskinitu dibeli dengan harga 500,000 riyal (sekitar RM500,000.00)!Semua melalui bidaan para jemaah dan orang ramai yang simpati denganpenduduk Gaza termasuk niat suci perempuan miskin itu.

Paling manis,setelah wang itu diserahkan kepada imam masjid itu, semua sepakatmembuat keputusan sambil salah seorang jemaah bersuara kepadaperempuan tua itu."Kami telah membida lembu kamu dan berjaya kumpulkan wang sejumlah500,000 riyal untuk memiliki lembu itu."Akan tetapi kami telah sepakat, wang yang terkumpul tadi diserahkankepada imam untuk disampaikan kepada penduduk Gaza dan lembu itu kamihadiahkan kembali kepada kamu," katanya sambil memerhatikan perempuantua nan miskin itu kembali menitiskan air mata...gembira.

Tanpa diduga, Allah mentakdirkan segalanya, hajat perempuan miskin ituuntuk membantu meringan beban penderitaan penduduk Palestin akhirnyatercapai dan dipermudahkan sehingga berjaya mengumpulkan wang yangbanyak manakala dia masih lagi terus menyimpan satu-satunya 'harta'yang ada. Subhanallah.Justeru, iktibarnya ialah segala niat murni yang baik sentiasamendapat perhitungan dan ganjaran Allah apatah lagi ianya datangdaripada hati kecil seorang yang miskin yang mahu membantu umat islamyang menderita akibat dizalimi rejim zionis israel biarpun diri serbapayah dan serba kekurangan.

/s: mohon doanya agar saya dapat menjejakkan kaki ke bumi Yaman Aprilni..untuk mendalami Bahasa Arab dan Talaqi Quran..insyaallah diJamia'h Iman..Universitinya Sheikh Majid az-Zindaini..universiti ygbanyak terhimpunnya para Ulama'..universiti khidmat masyarakat..Insyaallah, sya akan belajar di sna selama 3bln bersama 2 org lagisahabat sya.. Bumi Yaman..Walaupun tandus dam ketinggalan berbanding Malaysia, ttpsuasana penghayatan Islam sgt tinggi di rasakan di sana..anak2 kecilberusia 5-7 tahun sudah mula talaqi dan menghafal hadis setelah merekamenghafal Quran..tukang sapu, pemandu teksi yang di bibir merekasentiasa melekat Kalimah Allah dan Sabda Baginda..masyarakat ygsentiasa dahagakan ilmu, cintakan ilmu, muliakan ilmu dan bahagiaberbagi ilmu..Inilah bumi yg banyak di sebut oleh Rasullullah dlm Hadisbaginda..antaranya..Rasulullah s.a.w pernah bersabda :" Telah datang ahli Yaman, mereka adalah orang yang selembut-lembuthati dan selembut-lembut sifat, Iman itu di Yaman, dan Fiqh itu diYaman, dan Hikmah juga di Yaman"(Hadis Sohih- riwayat Muslim)semoga sya di permudahkan Allah dgn segala urusan..skrg ni sedangsibuk mengumpul dana dan mencari penaja..memerlukan dana sebanyak RM6000.00.jika ada yg berminat untuk memberi sumbangan blehlah berhubungdgn saya..Shahrul:0136288545. Sya akan serahkan kertas kerjanya(Program Kembara Ilmu, Kembara Iman 2009: Yaman) untuk di pertimbangkan.Insyaalah akan di berikan surat pengecualian cukai oleh pihak Yayasanyang menaungi kami;). Dan, Insyaallah ganjarannya dari Allah pasti xternilai..amin..mohon doa tulus para alumni semuanya ya.

http://ibnusiddique.blogspot.com/

No comments: