Mangga Ads

Tuesday, September 8, 2009

Fadhilat Puasa

Makna & Fadilat Puasa Ramadhan

1) Ta’rif Puasa (As-Siyam).

Menurut bahasa Arab: Menahan daripada melakukan semua perkara.
Menurut Istilah Syara’: Menahan diri daripada perkara-perkara yang membatalkan puasa, bermula dari terbit fajar (subuh) hingga terbenam matahari.

2) Hukum Puasa.
Berpuasa di bulan Ramadhan adalah salah satu daripada Rukun Islam dan merupakan salah satu daripada binaannya yang besar. Dalilnya, firman Allah Ta‘ala (Al-Baqarah:183) yang bermaksud:

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang sebelum kamu supaya kamu bertaqwa”

Juga berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya: Nabi rbersabda yang bermaksud:
“Islam itu dibina di atas lima rukun: Mengucap syahadah ‘Laa ilaaha illallah, Muhammadar Rasulullah’, mendirikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan Ramadhan dan menunaikan haji ke Baitullah”. (Muttafaq ‘alaih: Al-Bukhari dan Muslim).
Puasa Ramadhan difardhukan ke atas umat Islam pada tahun kedua Hijrah.

3) Kelebihan (fadhilat) serta hikmat disyari‘atkan puasa.
Bulan Ramadhan merupakan suatu musim yang sangat berharga untuk melakukan ketaatan kepada Allah. Sekiranya diberi kesempatan (hidup) di dalamnya maka ia merupakan suatu nikmat yang besar serta limpahan kurniaan daripada Allah Yang Maha Mulia. Allah menganugerahkannya kepada hamba-Nya yang dikehendaki untuk memperbanyakkan amal kebajikan, menaikkan darjat, menghapuskan kesalahan dan mengukuhkan hubungan dengan penciptanya Jalla wa ‘Ala (Yang Maha Tinggi). Semoga dituliskan baginya pahala yang besar, ganjaran yang banyak dan dapat mencapai keredhaan Allah serta hatinya dipenuhi dengan rasa takut kepada Allah.

4) Syarat-syarat wajib Puasa.
Para ulama’ telah berijma’ (bersepakat) bahawa puasa diwajibkan ke atas setiap orang muslim yang baligh, berakal, sihat dan bermukim (tidak musafir). Demikian juga ia diwajibkan ke atas setiap wanita apabila suci daripada haid dan nifas.

5) Adab-adab Puasa.
a- Menjauhi daripada mengumpat, mengadu (menghasut) dan lainnya daripada perbuatan yang diharamkan oleh Allah. Setiap muslim mesti menjaga lidahnya daripada menyebut perkataan yang haram sertamemeliharanya daripada bercakap mengenai hal orang lain. Sabda Nabi yang bermaksud:
“Sesiapa yang tidak meninggalkan percakapan dusta bahkan terus melakukannya maka Allah tidak berhajat kepadanya untuk dia meninggalkan makanannya dan minumannya”. (H.R. Al-Bukhari).
b- Jangan meninggalkan makan sahur, kerana sahur boleh membantu orang yang berpuasa untuk menyempurnakan ibadat puasanya, agar dia dapat melalui siang harinya dalam keadaan rehat dan dapat menjalankan kerja-kerjanya dengan baik. Rasulullah r telah menggalakkan umatnya bersahur dengan sabdanya yang bermaksud:
“Sahur adalah makanan yang diberkati. Jangan kamu tinggalkannya walaupun dengan meminum seteguk air, kerana Allah I dan para malaikat-Nya mendoakan (memberi rahmat) kepada orang yang bersahur”. (H.R.Ahmad).
c- Segera berbuka puasa apabila telah pasti terbenam matahari (maghrib). Sabda Nabi yang bermaksud:
“Manusia sentiasa berada dalam keadaan baik sekiranya mereka segera berbuka puasa”. (Muttafaq ‘alaih).
d- Seboleh-bolehnya berbuka dengan ruthab (tamar separuh masak) atau tamar kering, kerana berbuka dengannya adalah sunnah. Kata Anas yang bermaksud:
“Rasulullah r berbuka puasa sebelum menunaikan solat dengan ruthab, jika tiada ruthab Baginda berbuka dengan tamar, jika tiada tamar dengan beberapa teguk air”. (H.R. Abu Daud).
e- Memperbanyakkan membaca al-Quran, berzikir, memuji dan memuja Allah, bersedekah, membuat kebajikan, melakukan amalan sunat dan lainnya daripada amalan yang soleh.
Kata Abdullah bin ‘Abbas yang bermaksud:
“Rasulullah r adalah seorang yang sangat pemurah dan suka melakukan kebaikan. Kemurahannya semakin bertambah di bulan Ramadhan ketika bertemu dengan Jibrail. Jibrail datang bertemu dengannya setiap malam di bulan Ramadhan untuk mengulang al-Quran. Keadaan Rasulullah r ketika bertemu Jibrail adalah sangat pemurah dalam melakukan kebajikan, lebih cepat daripada angin yang bertiup kencang”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

6) Perkara-perkara yang membatalkan puasa.

a- Makan dan minum dengan sengaja pada siang hari. Demikian juga dengan melakukan perkara-perkara lain yang membatalkan puasa seperti; memasukkan air ubat yang mengenyangkan atau menelan ubat melalui mulut, kerana hukumnya seperti hukum memakan makanan dan minuman. Adapun perbuatan mengeluarkan darah yang sedikit, seperti mengambil darah untuk dikaji maka ia tidak menjejaskan puasa.

b- Melakukan jima’ (persetubuhan) pada siang hari dalam bulan Ramadhan. Jima’ membatalkan puasa. Sesiapa yang melakukannya wajib bertaubat kepada Allah kerana telah mencabuli kehormatan bulan Ramadhan. Wajib ke atasnya mengqadha puasa hari yang dilakukan jima’ padanya dan membayar kifarat; iaitu dengan memerdekakan seorang hamba. Jika tidak ada hamba wajib ke atasnya berpuasa dua bulan berturut-turut. Jika tidak mampu, wajib ke atasnya memberi makan enam puluh orang miskin. Setiap orang diberikan setengah gantang gandum atau sebagainya daripada makanan (asasi) yang dimakan di negeri itu. Ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah y:
( بينما نحن جلوس عند النبي r إذ جاء رجل، فقال: يا رسول الله هلكت. قال: “ما لك؟” قال: وقعت على امرأتي وأنا صائم. فقال رسول الله r: “هل تجد رقبة تعتقها؟” قال: لا. قال: “فهل تستطيع أن تصوم شهرين متتابعين؟” قال: لا. قال: “فهل تجد إطعام ستين مسكيناً؟” قال: لا. قال: فمكث النبي r، فبينما نحن على ذلك أُتيَ النبي r بعَرَق فيه تمر -والعَرَق: المِكْتَل-، قال: “أين السائل؟” فقال: أنا. قال: “خذ هذا فتصدق به”. فقال الرجل: على أفقر مني يا رسول الله؟ فو الله ما بين لابتيها -يريد الحرتين- أهل بيت أفقر من أهل بيتي. فضحك النبي r حتى بدت أنيابه، ثم قال: “أطعمه أهلك)) رواه البخاري ومسلم.
“Sedang kami duduk bersama Rasulullah r tiba-tiba datang seorang lelaki memberitahu kepada Rasulullah: Wahai Rasulullah: Binasalah saya! Sabda Nabi: “Kenapa dengan kamu ini?”. Jawabnya: Saya telah melakukan jima’ dengan isteri saya sedangkan saya berpuasa. Sabda Nabi: “Apakah kamu memiliki seorang hamba?”. Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: “Apakah kamumampu melakukan puasa dua bulan berturut-turut?”. Jawabnya: Tidak. Sabda Nabi lagi: “Apakah kamu mempunyai makanan untuk enam puluh orang miskin?”. Jawabnya: Tidak. Rasulullah diam seketika, tiba-tiba datang seorang membawa tamar satu ‘araq (sebuah bakul yang dibuat daripada daun kurma, anggaran muatannya sebanyak lima belas gantang) Nabi r pun bertanya: “Di mana orang yang bertanya tadi?”. Jawab lelaki itu: Saya. Sabda Nabi r: “Ambillah tamar ini dan sedekahkannya”. Jawab lelaki itu: Apakah kepada orang yang lebih fakir daripada saya wahai Rasulullah?. Demi Allah, tidak ada penduduk di antara dua tanah hitam (Madinah) ini lebih fakir daripada keluarga kami. Rasulullah r tersenyum hingga nampak gigi taringnya, kemudian Nabi r bersabda: “Berilah makan kepada keluargamu”. (H.R. Al-Bukhari dan Muslim).

c- Keluar mani dengan sebab bercumbu, bersentuhan atau mengeluarkan dengan tangan atau mengulang-ulang pandangan kepada perkara yang memberahikan. Apabila seorang yang sedang berpuasa mengeluarkan mani dengan sebab-sebab yang tersebut terbatallah puasanya dan wajib ke atasnya menggantikannya (qadha). Dia mesti meneruskan puasanya pada hari tersebut dan tidak dikenakan kifarat, wajib bertaubat, menyesali perbuatan tersebut dan beristighfar serta menjauhkan perkara-perkara yang boleh membangkitkan syahwatnya.
Kalau seseorang yang sedang berpuasa tidur kemudian bermimpi hingga keluar mani maka perkara tersebut tidak menjejaskan puasanya. Dia tidak dikenakan fidyah tetapi wajib ke atasnya mandi hadas.

d- Muntah dengan sengaja, iaitu dengan mengeluarkan makanan daripada perut melalui mulut. Tetapi jika termuntah dengan sendiri dan bukan dengan sengaja atau kehendak sendiri maka tidak menjejaskan puasanya, sabda Nabi r:
(( من ذرعه القيء فليس عليه قضاء، ومن استقاء عمداً فليقض )) رواه أبو داود والترمذي.
“Sesiapa yang termuntah tidak dikenakan qadha, dan sesiapa yang muntah dengan sengaja wajib ke atasnya qadha”. (H. R. Abu Daud dan at-Tirmizi).

e- Keluar darah haid atau nifas, sama ada keluar pada awal pagi atau petang ataupun sebelum terbenam matahari, maka puasanya terbatal
Bagi orang yang berpuasa lebih baik tidak berbekam, agar puasanya terjaga daripada perkara yang membatalkannya, tidak menderma darah kecuali dalam keadaan terdesak untuk membantu orang sakit yang memerlukannya dan seumpamanya.
Adapun keluar darah dari hidung, atau melalui kahak, atau luka ataumencabut gigi dan seumpamanya tidak menjejaskan puasa.
7) Beberapa hukum umum mengenai puasa.

a- Wajib berpuasa dalam bulan Ramadhan dengan melihat anak bulan, kerana firman Allah Ta‘ala yang bermaksud: (البقرة: 185).
“Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan (atau mengetahuinya) maka hendaklah ia berpuasa”. (Al-Baqarah: 185).
b- Memadai sabit melihat anak bulan dengan pengakuan seorang muslim yang adil (tidak melakukan dosa besar), berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Ibnu Umar y katanya:
(( تراءى النّاس الهلال، فأخبرت رسول الله r أني رأيته، فصام وأمر النّاس بصيامه )) رواه أبو داود والدارمي وغيرهما
“Orang ramai melihat anak bulan, maka saya pun menyampaikan berita kepada Rasulullah r bahawa saya telah melihatnya. Baginda pun berpuasa dan mengarahkan agar semua berpuasa”. (H.R. Abu Daud dan ad-Darimi).
c- Keputusan menentukan permulaan puasa bagi setiap negara ialah di bawah kuasa pemerintah negara tersebut. Apabila ketua negara menentukan puasa atau tidak maka rakyat wajib mentaatinya. Jika berada dalam negara yang diperintah oleh bukan orang Islam, maka orang Islam mestilah mengikut keputusan yang dibuat oleh Pusat Islam atau seumpamanya demi untuk menjaga kesatuan umat Islam.
d- Boleh menggunakan teropong untuk melihat anak bulan dan tidak boleh berpegang dengan kiraan hisab falak dan memandang bintang untuk menentukan permulaan puasa atau hari raya. Wajib berpegang kepada melihat anak bulan, sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Allah Ta‘ala dalam surah (البقرة: 185) yang bermaksud.
“Sesiapa di antara kamu yang melihat anak bulan Ramadhan maka hendaklah ia berpuasa”. (Al-Baqarah: 185).
e- Sesiapa yang berada dalam bulan Ramadhan dari kalangan orang mukallafmaka wajiblah ke atasnya berpuasa, sama ada waktu siang panjang atau pendek.
f- Perkiraan bagi permulaan puasa Ramadhan bagi setiap negara ialah dengan melihat anak bulan daripada tempat naiknya (matla’) mengikut pendapat ulama’ yang rajih (kuat), kerana para ulama’ telah sepakat mengatakan tempat naik (matla’) anak bulan berbeza bagi setiap negeri. Hal yang tersebut termasuk dalam perkara yang diketahui umum, berdasarkan sabda Nabi r:
(( صوموا لرؤيته، وافطروا لرؤيته، فإن غُمَّ عليكم فأكملوا شعبان ثلاثين يوماً )) أخرجه البخاري ومسلم.
“Berpuasalah dengan sebab melihat anak bulan dan berbukalah dengan melihatnya. Sekiranya cuaca mendung (kamu tidak dapat melihatnya) maka sempurnakan bilangan Sya’ban tiga puluh hari”. (H. R. Al-Bukhari dan Muslim).
g- Wajib ke atas orang yang berpuasa, berniat puasa pada waktu malam, berdasarkan sabda Nabi r:
(( إنما الأعمال بالنيّات، وإنما لكل امرئ ما نوى )) متفق عليه.
“Setiap amalan mesti dengan niat. Sesungguhnya bagi setiap orang itu mengikut apa yang diniatkan”. (Muttafaq ‘alaih).
Sabda Nabi r:
(( من لم يجمع الصيام قبل الفجر فلا صيام له )) أخرجه أحمد وأبو داود والترمذي والنسائي من حديث حفصة رضي الله عنها.
“Sesiapa yang tidak berniat puasa sebelum fajar maka tidak sah puasanya”. (H.R. Ahmad, Abu Daud, at-Tirmizi dan an-Nasai daripada hadis Hafsahradiallahu ‘anha).
h- Tidak halal bagi seorang muslim meninggalkan puasa atau berbuka sepanjang siang hari bulan Ramadhan kecuali ada keuzuran seperti sakit, musafir atau perempuan haid, nifas, hamil atau menyusukan anak, firman Allah Ta‘ala dalam surah (البقرة: 184) yang bermaksud.
“Maka sesiapa di antara kamu yang sakit atau dalam musafir (bolehlah ia berbuka) kemudian wajib ia berpuasa sebanyak (bilangan hari yang ditinggalkan) itu pada hari-hari lain”. (Al-Baqarah: 184).
i- Orang sakit yang tidak mampu berpuasa atau sukar untuk menahan diri daripada perkara yang membatalkan puasa atau boleh membawa kemudaratan jika berpuasa, diharuskan baginya untuk tidak berpuasa pada bulan Ramadhan, tetapi hendaklah menggantikannya (qadha) pada masa yang lain mengikut bilangan hari yang ditinggalkannya.
j- Wanita yang sedang hamil atau menyusu anak. Seandainya takut kemudharatan berlaku ke atas dirinya sahaja, dibolehkan ke atas mereka ini berbuka puasa dan wajib ke atas mereka mengqadhakan puasa yang ditinggalkannya menurut ijma’ ulama’, kerana keadaan kedua-duanya seperti orang sakit yang takut binasa dirinya dengan sebab puasa.
k- Kalau wanita tersebut takut kemudharatan ke atas dirinya serta anaknya atau mudharat ke atas anaknya sahaja. Harus baginya berbuka puasa dan wajib ke atasnya qadha puasa yang ditinggalkan, berdasarkan hadis yang diriwayatkan oleh Anas daripada Nabi r:
(( إن الله وضع عن المسافر نصف الصلاة والصوم، وعن الحبلى والمرضع )).
رواه النسائي وابن خزيمة وهو حديث حسن.
“Allah I telah meringankan daripada orang musafir setengah solat dan puasaserta daripada wanita mengandung dan menyusu”. (H.R. An-Nasai dan Ibnu Khuzaimah, darjatnya: Hasan).
l- Orang yang terlalu tua sama ada lelaki atau perempuan, diberikan kelonggaran kepada mereka untuk meninggalkan puasa sekiranya puasa boleh menyebabkan kesukaran dan kesusahan yang berat ke atas mereka. Wajib ke atas keduanya memberi makan seorang miskin setiap hari. Dalilnya hadis yang diriwayatkan oleh al-Bukhari daripada ‘Ataa’ beliau mendengar Ibnu ‘Abbas y membaca ayat: (البقرة: 184).
“Dan wajib bagi orang-orang yang berat menjalankannya (jika mereka tidak berpuasa) membayar fidyah (iaitu) memberi makan seorang miskin”. (Al-Baqarah: 184).
Kata Ibnu ‘Abbas y: Ayat ini tidak dimansuhkan (dibatalkan hukumnya). Ianya digunakan untuk orang lelaki dan perempuan yang terlalu tua, yang tidak mampu melakukan puasa, maka diberi makan seorang miskin setiap hari”.
m- Musafir dikira salah satu daripada keuzuran yang diharuskan berbuka puasa, dalilnya hadis Anas t:
(كنا نسافر مع النبي r، فلم يعب الصائم على المفطر، ولا المفطر على الصائم) متفق عليه.
“Kami bermusafir bersama Rasulullah r. Tidak ada sahabat yang berpuasa mencela orang yang tidak berpuasa dan orang yang tidak berpuasa pula tidak mencela orang yang berpuasa”. (Muttafaq ‘alaih).

Fadhilat Sembahyang Terawih

Malam 1 : keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.
Malam 2 : diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).
Malam 3 : berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.
Malam 4 : memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.
Malam 5 : Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah dan Masjidil Aqsa.
Malam 6 : Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih poda malam ini.
Malam 7 : Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.
Malam 8 : Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.
Malam 9 : Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.
Malam 10 : Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.
Malam 11 : Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.
Malam 12 : Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).
Malam 13 : Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.
Malam 14 : datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.
Malam 15 : Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.
Malam 16 : Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.
Malam 17 : Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.
Malam 18 : Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati)
Malam 19 : Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.
Malam 20 : Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.
Malam 21 : Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.
Malam 22 : Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huru-hara di Padang Masyar).
Malam 23 : Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.
Malam 24 : Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud)
Malam 25 : Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.
Malam 26 : Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.
Malam 27 : Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.
Malam 28 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.
Malam 29 : Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.
Malam 30 : Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:
“Hai hambaKu : makanlah segala jenis buah-buahan yang engkau ingini hendak makan di dalam syurga, dan mandilah engkau dariapda air syurga yang bernama Salsabila, serta munumlah air daripada telaga yang dikurniakan kepada Nabi Muhammad S.A.W. yang bernama ‘Al-Kauthar’.”
Sumber : nmjnh.wordpress.com

Lailatul-Qadar

Lailatul Qadar

Keutamaannya sangat besar, karena malam ini menyaksikan turunnya Al Quran Al Karim yang membimbing orang-orang yang berpegang dengannya ke jalan kemuliaan dan mengangkatnya ke derajat yang mulia dan abadi. Ummat Islam yang mengikuti sunnah Rasulnya tidak memasang tanda-tanda tertentu dan tidak pula menancapkan anak-anak panah untuk memperingati malam ini (malam Lailatul Qodar/Nuzul Qur’an, red), akan tetapi mereka bangun di malam harinya dengan penuh iman dan mengharap pahala dari Allah.
Inilah wahai saudaraku muslim, ayat-ayat Qur’aniyah dan hadits-hadits Nabawiyyah yang shahih yang menjelaskan tentang malam tersebut.

1. Keutamaan Malam Lailatul Qadar
Cukuplah untuk mengetahui tingginya kedudukan Lailatul Qadar dengan mengetahui bahwasanya malam itu lebih baik dari seribu bulan, Allah berfirman (yang artinya),
[1] Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al Qur’an) pada malam kemuliaan. [2] Dan tahukah kamu apakah malam kemuliaan itu? [3] Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. [4] Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. [5] Malam itu (penuh) kesejahteraan sampai terbit fajar. [QS Al Qadar: 1 - 5]
Dan pada malam itu dijelaskan segala urusan nan penuh hikmah,
[3]Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkahi dan sesungguhnya Kami-lah yang memberi peringatan. [4] Pada malam itu dijelaskan segala urusan yang penuh hikmah, [5] (yaitu) urusan yang besar dari sisi Kami. Sesungguhnya Kami adalah Yang mengutus rasul-rasul, [6] sebagai rahmat dari Tuhanmu. Sesungguhnya Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui. [QS Ad Dukhoon: 3 - 6]

2. Waktunya
Diriwayatkan dari Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam bahwa malam tersebut terjadi pada malam tanggal 21, 23, 25, 27, 29 dan akhir malam bulan Ramadhan. (Pendapat-pendapat yang ada dalam masalah ini berbeda-beda, Imam Al Iraqi telah mengarang satu risalah khusus diberi judul Syarh Shadr bidzkri Lailatul Qadar, membawakan perkatan para ulama dalam masalah ini, lihatlah).
Imam Syafi’i berkata, “Menurut pemahamanku, wallahu a’lam, Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam menjawab sesuai yang ditanyakan, ketika ditanyakan kepada beliau, “Apakah kami mencarinya di malam hari?”, beliau menjawab, “Carilah di malam tersebut.”. (Sebagaimana dinukil al Baghawi dalam Syarhus Sunnah 6/388).
Pendapat yang paling kuat, terjadinya malam Lailatul Qadr itu pada malam terakhir bulan Ramadhan, berdasarkan hadits ‘Aisyah radiyallahu ‘anha, dia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beri’tikaf di sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan beliau bersabda, (yang artinya) “Carilah malam Lailatur Qadar di (malam ganjil) pada sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan.” (HR Bukhari 4/255 dan Muslim 1169)
Jika seseorang merasa lemah atau tidak mampu, janganlah sampai terluput dari tujuh hari terakhir, karena riwayat Ibnu Umar (dia berkata): Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Carilah di sepuluh hari terakhir, jika tidak mampu maka jangan sampai terluput tujuh hari sisanya.” (HR Bukhari 4/221 dan Muslim 1165).
Ini menafsirkan sabdanya (yang artinya), “Aku melihat mimpi kalian telah terjadi, maka barangsiapa ingin mencarinya, carilah pada tujuh hari yang terakhir.” (Lihat maraji’ diatas).
Telah diketahui dalam sunnah, pemberitahuan ini ada karena perdebatan para sahabat. Dari Ubadah bin Shamit radhiyallahu ‘anhu, ia berkata Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam keluar pada malam Lailatul Qadar, ada dua orang sahabat berdebat, beliau bersabda, “Aku keluar untuk mengkhabarkan kepada kalian tentang malam Laitul Qadar, tetapi fulan dan fulan (dua orang) berdebat hingga diangkat tidak bisa lagi diketahui kapan lailatul qadar terjadi), semoga ini lebih baik bagi kalian, maka carilah pada malam 29, 27, 25 (dan dalam riwayat lain: tujuh, sembilan, lima).” (HR Bukhari 4/232).

Telah banyak hadits yang mengisyaratkan bahwa malam Lailatul Qadar itu pada sepuluh hari terakhir, yang lainnya menegaskan di malam ganjil sepuluh hari terakhir. Hadits yang pertama sifatnya umum, sedang hadits kedua adalah khusus, maka riwayat yang khusus lebih diutamakan daripada yang umum, dan telah banyak hadits yang lebih menerangkan bahwa malam Lailatul Qadar itu ada pada tujuh hari terakhir bulan Ramadhan, tetapi ini dibatasi kalau tidak mampu dan lemah, tidak ada masalah. Maka dengan ini, cocoklah hadits-hadits tersebut, tidak saling bertentangan, bahkan bersatu tidak terpisahkan.

Kesimpulannya, jika seseorang muslim mencari malam Lailatul Qadar, carilah pada malam ganjil sepuluh hari terakhir, 21, 23, 25, 27 dan 29. Kalau lemah dan tidak mampu mencari ppada sepuluh hari terakhir, maka carilah pada malam ganjil tujuh hari terakhir yaitu 25, 27 dan 29. Wallahu a’lam.

Paling benarnya pendapat lailatul qadr adalah pada tanggal ganjil 10 hari terakhir pada bulan Ramadhan, yang menunjukkan hal ini adalah hadits Aisyah, ia berkata: Adalah Rasulullah beri’tikaf pada 10 terakhir pada bulan Ramadhan dan berkata, “Selidikilah malam lailatul qadr pada tanggal ganjil 10 terakhir bulan Ramadhan.”

3. Bagaimana Mencari Malam Lailatul Qadar
Sesungguhnya malam yang diberkahi ini, barangsiapa yang diharamkan untuk mendapatkannya, maka sungguh telah diharamkan seluruh kebaikan (baginya). Dan tidaklah diharamkan kebaikan itu, melainkan (bagi) orang yang diharamkan (untuk mendapatkannya). Oleh karena itu, dianjurkan bagi muslimin (agar) bersemangat dalam berbuat ketaatan kepada Allah untuk menghidupkan malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahalaNya yang besar, jika (telah) berbuat demikian (maka) akan diampuni Allah dosa-dosanya yang telah lalu. (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759).
Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Barangsiapa berdiri (shalat) pada malam Lailatul Qadar dengan penuh keimanan dan mengharap pahala dari Allah, maka diampuni dosa-dosanya yang telah lalu.” (HR Bukhari 4/217 dan Muslim 759)
Disunnahkan untuk memperbanyak do’a pada malam tersebut. Telah diriwayatkan dari sayyidah ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia) berkata, “Aku bertanya, Ya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam, apa pendapatmu jika aku tahu kapan malam Lailatul Qadar (terjadi), apa yang harus aku ucapkan?” Beliau menjawab, “Allahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii. Ya Allah, Engkau Maha Pengampun dan mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.” (HR Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850), dari Aisyah, sanadnya shahih. Lihat syarahnya Bughyatul Insan fi Wadhaifi Ramadhan, halaman 55-57, karya ibnu Rajab al Hanbali).
Saudaraku -semoga Allah memberkahimu dan memberi taufiq kepadamu untuk mentaatiNya – engkau telah mengetahui bagaimana keadaan malam Lailatul Qadar (dan keutamaannya) maka bangunlah (untuk menegakkan sholat) pada sepuluh malam hari terakhir, menghidupkannya dengan ibadah dan menjauhi wanita, perintahkan kepada istrimu dan keluargamu untuk itu dan perbanyaklah amalan ketaatan.

Dari Aisyah radhiyallahu ‘anha, “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam apabila masuk pada sepuluh hari (terakhir bulan Ramadhan), beliau mengencangkan kainnya (menjauhi wanita yaitu istri-istrinya karena ibadah, menyingsingkan badan untuk mencari Lailatul Qadar), menghidupkan malamnya dan membangunkan keluarganya.” (HR Bukhari 4/233 dan Muslim 1174).
Juga dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha, (dia berkata), “Adalah Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersungguh-sungguh (beribadah apabila telah masuk) malam kesepuluh (terakhir), yang tidak pernah beliau lakukan pada malam-malam lainnya.” (HR Muslim 1174).

4. Tanda-tandanya
Ketahuilah hamba yang taat -mudah-mudahan Allah menguatkanmu dengan ruh dariNya dan membantu dengan pertolonganNya- sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam menggambarkan paginya malam Lailatul Qadar agar seorang muslim mengetahuinya.
Dari Ubay radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “Pagi hari malam Lailatul Qadar, matahari terbit tanpa sinar menyilaukan, seperti bejana hingga meninggi.” (HR Muslim 762).
Dari Abu Hurairah, ia berkata: Kami menyebutkan malam Lailatul Qadar di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam beliau bersabda (yang artinya), “Siapa di antara kalian yang ingat ketika terbit bulan, seperti syiqi jafnah.” (HR Muslim 1170. Perkataannya “Syiqi Jafnah”, syiq artinya setengah, jafnah artinya bejana. Al Qadli ‘Iyadh berkata, “Dalam hadits ini ada isyarat bahwa malam Lailatul Qadar hanya terjadi di akhir bulan, karena bulan tidak akan seperti demikian ketika terbit kecuali di akhir-akhir bulan.”)
Dan dari Ibnu Abbas radhiyallahu ‘anhu, ia berkata: Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam bersabda (yang artinya), “(Malam) Lailatul Qadar adalah malam yang indah, cerah, tidak panas dan tidak juga dingin, (dan) keesokan harinya cahaya sinar mataharinya melemah kemerah-merahan.” (HR Thayalisi (349), Ibnu Khuzaimah (3/231), Bazzar (1/486), sanadnya hasan).
Dikutip dari Sifat Puasa Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam
Penerbit Pustaka Al-Mubarok (PMR

Hukum Seputar Malam Lailatul Qadar

Penulis: Fadlilatu Asy-Syaikh Al-’Allamah Al-Faqih Muhammad bin Shalih Al-Utsaimin -rahimahullah-
Soal 1: Malam Lailatul Qadar itu jatuh pada hari ke berapa?
Jawab: Di dalam Al-Qur’an tidak diterangkan pada malam ke berapa malam Lailatul Qodar itu jatuh, tetapi di dalam hadits diterangkan bahwa sesungguhnya Rasulullah shallallahu alaihi wa sallam beri’tikaf pada 10 hari awal di bulan Ramadhan menginginkan malam Lailatul Qodar, kemudian beliau beri’tikaf pada 10 hari pertengahannya dan mengatakan (yang artinya): “Sesungguhnya malam Lailatul Qodar itu jatuh pada 10 hari akhir di bulan Ramadhan”. Beliau melihatnya dan beliau sujud di waktu shubuh di tempat yang berair bercampur tanah, kemudian pada malam ke-21 di saat beliau i’tikaf, turunlah hujan maka mengalirlah air hujan tersebut pada atap masjid karena masjid Nabi shallallahu alaihi wa sallam terbuat dari anjang-anjang. Beliau menjalankan sholat subuh bersama para sahabatnya kemudian beliau sujud. Anas bin Malik berkata: ‘Aku melihat bekas air dan tanah dikeningnya, maka beliau sujud ditempat yang berair bercampur tanah.” (HR. Bukhori no.669 dan 2016, Muslim no.1167, dan 216 dari shohabat Abu Sa’id Al-Khudri).

Hadits di atas menunjukkan bahwa malam Lailatul-Qodar pada saat itu jatuh pada malam yang ke-21. Sedangkan para sahabat Rosululloh melihat dalam mimpi mereka bahwa malam Lailatul-Qodar jatuh pada malam ke 27. (HR. Bukhori no.2015, Muslim no.1165 dari shohabat Abdulloh bin ‘Umar ).
ang shohih dari perbedaan para ulama tentang jatuhnya malam Lailatul-Qodar pada 10 hari terakhir adalah berpindah-pindah pada setiap tahunnya, terkadang pada tahun ini jatuh pada malam yang ke 21, kemudian pada tahun berikutnya jatuh pada malam yang ke 29, 25 atau 24.
dapun hikmah berpindah-pindahnya malam Lailatul-Qodar supaya orang-orang yang malas menjalankan ibadah, mereka bersemangat untuk menjalankan ibadah pada 10 hari terakhir di bulan Romadlon. Hikmah yang lainnya juga yaitu agar menambah amal shalih seseorang untuk mendekatkan diri kepada Allah. (Syaikh Utsaimin)

Malam Lailatul- Qadar

Apa alamat/tanda malam Lailatul Qadar?

Lailatul Qodar mempunyai beberapa alamat/tanda, baik secara langsung (yaitu pada malamnya) maupun setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya).
Adapun alamat secara langsung (yaitu pada malamnya), di antaranya:

1. Sinar cahaya sangat kuat pada malam Lailatul Qodar dibandingkan dengan malam-malam yang lainnya. Tanda ini pada zaman sekarang hanya bisa dirasakan oleh mereka yang tinggal ditempat yang jauh dari sinar listrik atau sejenisnya.
Bertambah kuatnya cahaya pada malam itu.

3. Thuma’ninah. Yaitu ketenangan dan kelapangan hati yang dirasakan oleh orang-orang yang beriman lebih kuat dari malam-malam yang yang lainnya.

4. Angin dalam keadaan tenang pada malam Lailatul Qodar, tidak berhembus kencang (tidak ada badai) dan tidak ada guntur. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Jabir bin Abdillah sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya), “Sesungguhnya Aku melihat Lailatul-Qodar kemudian dilupakannya, Lailatul-Qodar turun pada 10 akhir (bulan Romadlon) yaitu malam yang terang, tidak dingin dan tidak panas serta tidak turun hujan”. (HR. Ibnu Khuzaimah no.2190 dan Ibnu Hibban no.3688 dan dishohihkan oleh keduanya). Kemudian, hadits dari shohabat ‘Ubadah bin Shomit sesungguhnya Rosululloh bersabda (yang artinya) “Sesungguhnya alamat Lailatul-Qodar adalah malam yang cerah dan terang seakan-akan nampak didalamnya bulan bersinar terang, tetap dan tenang, tidak dingin dan tidak panas. Haram bagi bintang-bintang melempar pada malam itu sampai waktu subuh. Sesungguhnya termasuk dari tandanya adalah matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tegak lurus, tidak tersebar sinarnya seperti bulan pada malam purnama, haram bagi syaithon keluar bersamanya (terbitnya matahari) pada hari itu”. (HR. Ahmad 5/324, Al-Haitsamy 3/175 dia berkata : perawinya tsiqoh)

5. Terkadang Alloh memperlihatkan malam Lailatul-Qodar kepada seseorang dalam mimpinya. Sebagaimana hal ini terjadi pada diri para shahabat Rosululloh .

6. Kenikmatan beribadah dirasakan oleh seseorang pada malam Lailatul-Qodar lebih tinggi dari malam-malam yang lainnya.
Adapun alamat setelah terjadi (yaitu pada pagi harinya) di antaranya: Matahari terbit pada pagi harinya dalam keadaan tidak tersebar sinarnya dan tidak menyilaukan, berbeda dengan hari-hari biasanya. Hal ini berdasarkan hadits dari shohabat Ubay bin Ka’ab yang mengatakan: “Sesungguhnya Rosululloh mengkabarkan kepada kami: “Sesungguhnya Matahari terbit pada hari itu dalam keaadaan tidak tersebar sinarnya”. (HR. Muslim no.762, 2/828)
Adapun alamat yang menyebutkan bahwa tidak ada atau sedikit gonggongan anjing pada malam Lailatul-Qodar adalah tidak benar, karena terkadang dijumpai pada 10 malam terakhir di bulan Romadlon anjing dalam keadaan menyalak/menggonggong. (Syaikh Utsaimin)
(Diterjemahkan oleh Al Ustadz Abu ‘Isa Nurwahid dari Fataawa Lajnah ad Da’imah, Syarhul Mumthi’ Ibnu Utsaimin, Fataawa wa Rasaail Ibnu Utsaimin, dan Majmu’Fataawa Syaikh Shalih Fauzan)
Sumber : Buletin Da’wah Al-Atsary, Semarang. Edisi 18 / 1427 HDikirim via email oleh Al-Akh Dadik
[www.darussalaf.org]


MALAM LAILATUL-QADAR
Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.
Maksudnya:
" Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "


Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya:
" Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta

mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada

dosa-dosa yang telah lalu "


Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya:
" Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh

akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "


Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya:
" Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan

dalam malam ganjil. "


Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:
Maksudnya:
" Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar

iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya:
" Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam

yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:
Maksudnya:
" Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah

keampunan-Mu untukku. "