Nur Amalina Che Bakri adalah merupakan anak tunggal kepada pasangan Sabariah Hassan seorang guru dan bapanya Che Bakri seorang jurutera DBKL. Beliau mendapat keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan SPM 2004 dengan memperoleh 17A1. Nur Amalina berjaya mendapat A1 dalam 17 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Sejarah, matematik Moden, Biologi, Kimia, Fizik, Ekonomi Asas, Perdagangan, Prinsip Akaun, Sains Teras, Pendidikan Seni, Tasawur Islam, Kesusasteraan Melayu, Bahasa Inggeris Teknologi, Pendidikan Islam dan Matematik Tambahan. Beliau bercita-cita untuk menjadi pakar perbidanan dan sakit puan
Beliau belajar dan mengulangkaji pelajaran melalui televisyen dan internet. Beliau meminati program-program realiti televisyen seperti siri Fear Factor, The Apprentice, National Geographic dan Discovery Channel kerana beliau sukakan sesuatu yang mencabar dan menjadi inspirasi lepada beliau. Beliau sentiasa melayari intenet untuk mendapatkan maklumat-maklumat terkini dalam pelbagai perkara serta mempunyai kenalan terdiri dari pelajar luar negara untuk bertukar-tukar pandangan dan pendapat.
Beliau mendapat pendidikan awal di Tadika Farley’s Kota Bharu sebelum menyambung pelajaran di Sekolah Rendah Kebangsaan Zainab 1, Kota Bharu (darjah 1), Sekolah Kebangsaan Taman Suria, Johor Bharu (darjah 2-4), Sekolah Kebangsaan Taman Daya, Johor Bharu (darjah 5) dan Sekolah Kebangsaan Ulu Tiram (darjah 6). Beliau pernah menyertai 50 pertandingan seperti sayembara puisi dan lagu, pidato, syarahan, bercerita, kuiz, melukis, menggubah, bersajak dan pernah dimahkotakan sebagai Tokoh Nilam Peringkat Kebangsaan 2004 serta Johan Pidato Permodalan Nasional Berhad. Beliau juga merupakan Naib Pengerusi Kelab Bimbingan dan Kaunseling, Setiausaha Persatuan St. John Ambulans, Setiausaha Pasukan Rumah Kuning, Naib Bendahari Kelab Pencegah Jenayah dan Ketua Pasukan Badminton sekolah semasa beliau di tingkatan 1 hingga tingkatan 5. Semangat dan cita-citanya yang tinggi untuk mencapai kejayaan tidak menghalang beliau bergiat aktif dalam bidang kokurikulum.
Kejayaan beliau dalam peperiksaan SPM 2004 juga adalah berasaskan kepada inisiatif beliau yang suka berjumpa guru untuk berbincang mengenai pelajaran serta mempunyai keyakinan yang kuat untuk berjaya. Beliau akan melanjutkan pengajian peringkat A-Level di United Kingdom pada September 2005 dalam bidang perubatan yang amat beliau minati. Pengajian beliau akan dibiayai sepenuhnya oleh Bank Negara Malaysia.
Beliau pernah terpilih untuk mengikuti Program Pertukaran Pelajar ke Itali anjuran American Field Service pada 5 Disember 2004 sehingga 5 Februari 2005 dan kesempatan itu digunakan sepenuhnya oleh beliau untuk mempelajari bahasa Itali serta menjadi duta kecil Malaysia di sana. Beliau juga terpilih antara 11 penerima Anugerah Maulidur Rasul 1426 peringkat Kebangsaan dan juga merupakan Duta Akademik Berita Harian.
CicitMatAkid adalah blog persendirian untuk tatapan keluarga CicitMatAkid dan sahabat taulan CicitMatAkid
Mangga Ads
Wednesday, April 28, 2010
Kaedah Belajar
Kaedah Belajar Cemerlang
R1 - RECOPY (SALIN SEMULA NOTA)
Salin dengan tulisan yang terang.
Tambahkan nota untuk meningkatkan kefahaman.
Boleh ditulis tambahan nota menggunakan pensil.
Gunakan anak panah menghubungkan antara satu fakta dan fakta yang berhubung kait.
Tandakan dengan tanda soal (?) mana-mana bahagian yang tidak difahami.
Bincang dengan segera dengan kawan atau guru anda.
R2 - REWORK ALL MODELS 5X (BUAT SEMULA SEMUA CONTOH-CONTOH
PENYELESAIAN SEKURANG-KURANGNYA DIULANG-ULANG SECARA PANTAS 5 KALI)
Di kelas, anda diberi banyak contoh-contoh penyelesaian terhadap soalan-soalan matematik.
Selesaikan semula contoh-contoh ini sekurang-kurangnya 5 kali berturut-turut.
Selesaikan secara pantas.
Teknik ini meningkatkan kemahiran.
Pastikan rekod masa penyelesaian kali kedua memecahkan rekod masa penyelesaian kali pertama
dan begitulah seterusnya.
Begitu juga soalan-soalan bertaraf peperiksaan.
Ulangi penyelesaian terhadap soalan setiap 3-4 minggu.
Hari Sabtu, Ahad, cuti awam, cuti penggal adalah masa yang amat sesuai untuk menyelesaikan
banyak masalah Matematik yang bertaraf Peperiksaan.
R3 - RECITE OUT LOUD (LAFAZKAN DENGAN SUARA YANG KUAT)
Lafazkan.
Suara anda harus dikuatkan.
Lafazkan formula berulang-ulang.
Melafazkan berulang dengan suara atau bisikan yang kuat sebanyak 68 kali akan meningkatkan kuasa pengingatan.Bisikkan atau lafazkan atau bisikkan langkah-langkah penyelesaian terhadap soalan
(teknik ini boleh juga diamalkan ketika berbaring sebelum tidur, tuliskan di atas tilam langkahlangkah
penyelesaian menggunakan jari telunjuk anda).
R4 - RECHECK (SEMAK LANGKAH-LANGKAH PENYELESAIAN)
Semak darab, campur, tolak dan bahagi, formula dan langkah-langkah penyelesaian yang lain.
R5 - REASONABLENESS (PERHATIKAN JAWAPAN BERPATUTAN ATAU SEBALIKNYA)
Matematik adalah satu-satunya pelajaran yang jauh berbeza dengan pembelajaran bahasa ataupun
Sejarah atau Geografi.
Matematik adalah mata pelajaran latihan, latihan, latihan.
Jika anda lemah Matematik, pastikan anda belajar, mengulangkaji dan menyelesaikan masalah atau
membuat latihan selama 1 1/2 jam setiap hari.
Seperti kemahiran di dalam arena sukan yang memerlukan
LATIHAN HARIAN DAN LATIHAN BERTUBI-TUBI, BEGITULAH JUGA MATEMATIK.
Selain membuat latihan yang banyak, pelajar juga harus membuat sesuatu masalah taraf soalan peperiksaan secara berulang-ulang. Tidak cukup sesuatu soalan bertaraf peperiksaan itu dibuat sekadar sekali dengan jawapan yang tepat dan tidak lagi diulangi penyelesaiannya kali kedua dan ketiga dan seterusnya.
Anda dinasihatkan untuk membuat soalan yang sama dalam masa 4-6 minggu kemudian dengan cara penyelesaian yang pantas. Dengan cara demikian, anda akan MAHIR dan
CEKAP dalam menyelesaikan sesuatu masalah.
Pada 4-6 minggu kemudian, ulangi lagi kali ketiga dengan pantas. Mungkin masa yang diambil sekadar beberapa minit sahaja. Pelajar sebaik-baiknya mempunyai dua buku rujukan. Jangan berharap semata-mata kepada buku teks sekolah. Pastikan buku rujukan digunakan sepenuhnya. Tandakan semua perkara-perkara penting.
Di mana perlu, TULISKAN NOTA TAMBAHAN dalam buku nota atau buku latihan untuk membantu anda meningkatkan kefahaman. Jangan takut buku-buku tersebut mengalami kekotoran. Pastikan pelajar telah hafal sifir. Cara menghafal sifir bukanlan perkara yang susah.
Di mana sahaja masa anda terluang adakah dialog sifir dalam pemikiran anda. Adakan dialog pantas dalam pemikiran
anda dan anda bisikkan atau lafazkan pendaraban sesuatu sifir. Jika ini diamalkan selalu, pasti sifir bukan menjadi satu masalah.
Sekian sahaja dari saya. Diharap secebis ilmu dapat disebarkan kepada warga TKO.
Jikalau ingin membuat latih tubi Matematik Untuk anak-anak anda sila layari
http://latih-tubi.blogspot.com

Tips Pelajar Cemerlang
Tips pelajar yg cemerlang, apa yang perlu anda lakukan?
ikutilah petua-petua dibawah ini..PELAJAR CEMERLANG AKAN...Menggunakan kedua-dua belah otak kanan & kiri..
Ini dapat dilakukan dengan membuat aktiviti merangsang kedua-dua belah otak tersebutMerangsang kesemua deria dalam pembelajaran.
Kajian menunjukkan bahawa:
kita ingat 10% apa yang dibaca
kita ingat 20% apa yang didengar
kita ingat 50% apa yang didengar & dilihat
kita ingat 70% apa yang dicakapkan
kita ingat 90% setelah dipraktikkan
1. Belajar secara aktif dengan pen/ pensil ditangan
2. Belajar 3 jam sehari atau 20 jam seminggu (tidak termasuk kerja rumah)
3. Belajar dalam persekitaran kondusifa) pastikan cahaya adalah terangb) kurangkan gangguan bunyic) tampal poster yang mengandungi slogan yang menaikkan semangat belajard) tampal gambar-gambar yang menenangkan fikirane) kerusi dan meja menghadap kiblatf) janagan lupa untuk senyum
4. Tidak ponteng kelas. Kalau tertinggal kelas, salin nota dari rakan
5. Mengulang kaji menggunakan kaedah output learning iaitu belajar untuk melatih otak menggunakan maklumat yang terkumpul. Ini dapat dilakukan dengan membaca buku / nota, ingat kembali, lakar / tulis, sebut apa yang difahami, dan jawab soalan
6. Tahu teknik merangsang memori:a) memasukkan maklumat dalan memori ( registration )b) menyimpan maklumat dalam sel memori ( retention )c) mengingat kembali ( recall )d) menggunakan maklumat untuk menjawab soalan atau kegunaan lain ( application )
7. Sentiasa awal dan mendahuluia) persediaan awal akan memberikan permulaan yang baik dan memberi tanggapan yang positif pada gurub) pelajar yang mendapat A pada ujian lazimnya akan dapat mengekalkan kejayaannyac) belajar awal ketika tiada tekanan adalah tidak membosankan
8. Untuk sentiasa awal dan mendahului, bacalah dahulu sekali atau 2 kali sebelum guru mengajar.
9. Berbuat baik dengan guru. Setiasa hormati dan sayangi guru
10. Mempunyai teknik membaca yang betula) duduk dengan tegak & bernafas dengan betulb) membrika tumpuan sepanuhnyac) menggunakan jari telunjuk untuk membacad) menyesuaikan kelajuan membaca dengan kesukaran bahan bacaan.
11. Sentiasa mengawasi pencuri waktu belajar iaitu angan-angan kosong, bertangguh & malas
12. Membaca doa penerang hati setiap kali selepas sembahyang, sebelum mengulangkaji, dan sebelum menghadapi peperiksaan13. Tidak membuang masa dengan belajar ketika letih14. Mengadar rehat sebentar setiap 20 minit mengulangkaji15. Belajar mengikut waktu yang sesuai dengan diri ( study according to your biologicl clock).

Sunday, March 21, 2010
Kewangan Islam
Krisis kewangan yang melanda dunia ketika ini melibatkan kerugian terbesar yang pernah direkodkan dalam sejarah.
Pasaran modal dianggarkan kerugian sebanyak AS$30 hingga AS$35 trilion (RM105 hingga RM122.5 trilion), sektor hartanah sekitar AS$60 trilion (RM210 trilion) dan sektor kewangan AS$3 trilion (RM10.5 trilion).
Sebagai perbandingan kepada kerugian ini, kos untuk menampung bencana alam seperti gempa bumi, tsunami, taufan dan sebagainya dari 1970 hingga 2007 hanya memerlukan AS$745 billion (RM2.6 trilion).
Pemenang Anugerah Nobel Ekonomi, Michael Spence dan pemegang Anugerah Ekonomi Islam Bank Pembangunan Islam, Muhammad Umer Chapra menyatakan, faktor utama krisis kewangan dunia disebabkan oleh instrumen terbitan (derivative) dan sekuriti.
Sementara pemenang Anugerah Antarabangsa Raja Faisal dalam Pengajian Islam, Muhammad Nejatullah Siddiqi berpendapat, eksploitasi pasaran dan instrumen kewangan melibatkan hutang berlebihan menyumbang kepada krisis kewangan.
Fenomena ini telah pun diramalkan oleh Warren Buffet, “guru” pelaburan dunia. Beliau menyatakan derivative merupakan senjata pemusnah besar-besaran kewangan. Pakar-pakar ekonomi dunia secara umumnya sepakat bahawa faktor utama krisis kewangan dunia diakibatkan oleh instrumen hutang berlebihan selain spekulasi kewangan melalui instrumen derivative dan sekuriti.
Secara idealnya, kewangan Islam dilihat mampu memberi harapan bagi mengelak krisis ekonomi. Berdasarkan prinsip-prinsip syariah yang menuntut keadilan seperti larangan riba, gharar, judi dan spekulasi berlebihan, telah menjanjikan penyelesaian kepada krisis kewangan.
Persoalannya, adakah kewangan Islam benar-benar bebas daripada segala bentuk krisis kewangan? Realitinya, terdapat kegagalan institusi Islam seperti Ihlas Finance di Turki dan skandal kewangan Bank Islam Dubai.
Terdapat banyak kritikan terhadap pelaksanaan kewangan Islam yang dikatakan meniru dan mengikut rentak institusi kewangan konvensional. Muhammad Nejatullah, Munzir Kahf, Muhammad Umer, Mahmud El Gamal dan ramai lagi cendekiawan mengkritik hebat kewangan Islam yang dilihat gagal melunaskan tanggungjawab sosial dan memenuhi tuntutan maqasid syariah atau objektif syariah.
Penulis membahagikan kritikan terhadap sektor kewangan Islam kepada tiga bahagian iaitu dari aspek struktur, sistemik dan operasi. Dari aspek struktur produk, instrumen kewangan Islam yang diamalkan di seluruh dunia didominasi oleh produk berasaskan hutang.
Ini termasuk tawarruq, bay al inah, murabahah dan istisna’ yang mewakili lebih 80 peratus produk yang dilanggani oleh pengguna di Malaysia.
Walaupun diakui tiada nas atau dalil yang menyatakan produk ini tidak boleh ditawarkan, namun implikasi ekonomi yang bakal disumbangkan melalui instrumen ini hampir sama dengan apa yang berlaku pada krisis kewangan.
Keghairahan sesetengah institusi kewangan Islam menawarkan produk derivative dan sekuriti juga menimbulkan tanda tanya sejauh manakah sektor ini akan bertahan dan mengelakkan krisis kewangan.
Daripada aspek sistemik, institusi kewangan Islam dilihat tidak mempunyai ruang lingkup tadbir urus korporat yang baik diikuti oleh kelemahan ruang lingkup perundangan.Hal yang sama berlaku daripada aspek operasi apabila institusi kewangan Islam tidak mempunyai ruang lingkup komprehensif untuk mengenal pasti, meminimum dan memantau risiko.
Walaupun kewangan Islam dilihat sebagai sistem yang mampu mengelak krisis ekonomi, namun realitinya, ia tidak akan dapat berfungsi dengan baik sekiranya pelaksanaan tidak menepati nilai-nilai Islam.
Institusi kewangan Islam perlu berhati-hati dalam menawarkan produk-produk kewangan Islam supaya ia bukan sahaja sah daripada segi hukum bahkan menepati kehendak maqasid syariah.
Ruang lingkup tadbir urus korporat, perundangan dan operasi perlu diberikan perhatian serius bagi mengelak fenomena yang sama berlaku kepada institusi kewangan konvensional. Sektor kewangan Islam yang dijangka mencecah AS$4 trilion (RM14 trilion) dalam masa lima tahun oleh Perkhidmatan Pelaburan Moody perlu dipertahankan agar tidak kecundang seperti sistem kewangan konvensional sedia ada.
- UTUSAN
Sumber Berita

Sunday, January 17, 2010
Info NGO Dan Kemasyarakatan
Minat dengan NGO dan kerja kemasyarakatan ini bermula dari awal lagi, seingatnya zaman sekolah lagi. Antaranya hak masih ingat bersih kubur, pindah wakaf beramai-ramai ( berderai ) atau gotong royong. Dan masa sekolah juga ramai jiran2 datang ke rumah utk belajar dan jika gu rapat saya pergi rumah dia utk ngajar dan pernah masa saya tingkatan dua, tapi anak murid tingkatan tiga...ingat-ingat sekali lucu juga.Macam biasa tok guru depan sokmo.
Semasa di universiti jadi pemimpin pelajar sebagai exco perhubungan dan penerbitan. Hari jumaat pulak pergi sekolah dekat Jitra ( kalau tak silap sekolah Pulau Nyiur ker Bendang Nyiur )bagi ceramah motivasi atau ngajar subjek ekonomi.Terlibat dengan kegiatan anak2 Kelantan di UUM.
Masa kerja di Kuala Lumpur rumah sewa jadi pusat kawan2 masa di U sebagai tempat berlabuh utk interview di KL dan tempat tinggal junior sebelum dapat kerja dan rumah sewa. Ingat lagi di Kg. Baru Flat PKNS tingkat 8 dan blok B.
Lepas tu balik kerja Kelantan. Bermula 1992. Yang jelas 2002 AJK PIBG Sri Aman dan 2003-2008 Pengerusi PIBG, 2004/5 AJK JIM Kota Bharu, Ahli Lembaga Koperasi Kosri 2006/sekarang, Pengerusi Koopearsi Tok Daud 2007-kini,Mafrel 2007/kini, Cakna Palestin, Gegar.
Mafrel , sebagai koordinator parlimen jeli semasa PRU12 dan terlibat semua by election seperti Parlimen Kuala Terengganu, Manek Urai, Permatang Pauh, PD,Bukit Gantang,Permatang Pasir.

Subscribe to:
Posts (Atom)