Travelog Bumi Ambia Gaza Palestine. Oleh : sheikh Ausaini
Beit Hanoun
21 oktober 2012/
Malaysia
Berlepas dr Kota Bharu airport to KLIA pd jam 4.45pm dan
sampai KLIA pada jam 8.15 malam kerana hujan lebat dan kapalterbang mendarat di
Johor Bharu bukan destinasi sepatutnya. Dari KLIA to Mesir 10.30 malam dan setelah
terbang lebih 12 jam, kami sampai di Mesir lebih kurang jam 6 pagi. Pada itu
suasana masih gelap lagi dan angin sejuk seakan-akan menyapa kehadiran kami.
Suhu di Mesir adalah 20 celcius.
22 Oktober 2012
Kami dijemput oleh pelajar2
Malaysia disana untuk dibawa ke rumah Kelantan, sampai di rumah Kelantan, kami makan
pagi sambil berbincang kerana surat kelulusan drp pihak Mesir belum dapat lagi,
maka kata sepakat telah diambil ,terus saya bersama Ust Wan dan Sheikh Nazri ,
Dr Mujahid dan 2 sahabat lain dgn kereta advanza bergerak ke kedutaan Malaysia
di Mesir.Kami cuba berbincang utk dpt sokongan atau bantuan utk mempercepatkan
surat kelulusan dr Mesir. Kami
dimaklumkan, cakna dan aman menghadapi masalah yg sama dan lebih2 lagi duta
besar Malaysia di Mesir berada di Mekah. Dr pagi hingga ptg kami berurusan
disana. Lewat ptg balik ke rumah Kelantan di Mesir. Sebelum sempat juga berkunjung
ke pejabat ikwan muslimin di sana utk cari network utk bantuan cakna dpt
kelulusan berkenaan.
23 Oktober 2012
Usai Makan pagi dan perbincangan
telah dibuat utk sampai ke destinasi kerana
amanah utk hulurkan bantuan drp rakyat Malaysia kpd rakyat palestine,
Gaza dan akhirnya diputuskan, saya diberi mandate utk mengetuai delegasi
seramai 10 orang drp 14 peserta misi ke Gaza dan tinggal di kaherah adalah
sheikh nazri, ust wan, ust fadhli dan sheikh arrifahmi. ( ausaini, kak suri
,abe nor, zailani, dr mujahid, dr azhar, nasir, izham dan 2 wakil zakat penang…lupa
lak nama sila semak senarai delegasi. Plan B telah dipilih, maka kami telah
bertolak dr rumah Kelantan menuju ke Al Arish iaitu sebuah Bandar perlancungan
berhampiran dgn Rafah Mesir iaitu 1 jam perjalanan dgn kereta.Lebih kurang 6-7
pm kami sampai ke al-arish dan bergerak dr al-arish dan sampai ke rafah mesir
dan terus masuk ke rafah gaza.
Malam berkenaan kami disambut dgn
jamuan makan malam di tepi pantai dan usai makan malam kami dibawa ke hotel
penginapan dan adakan perbincangan ringkas, taaruf dan penyerahan sumbangan
kepada wakil NGO EMAAR drp Cakna Palestine dan Zakat Penang.
Antara sumbangan yang diserahkan
adalah
1. Pembinaan
Masjid.
2. Qurban
utk saweed
3. Qurban
utk al-rahmah
4. Qurban
utk Emaar
5. Sumbangan
utk NGO wanita.
6. Sumbangan
utk rakyat Palestine
.Usai pemberian sumbangan dan bergambar kami diberi peluang utk berjumpa skuad briged
al-qassam di kawasan berhampiran.
23 oktober 2012
Usai makan pagi kami bergerak utk
pulang ke al-arish dgn laluan sama dan sampai di hotel al-alrish lebih kurang
10 pagi dan sempat sembang serta berbincang dgn group sheikh nazri dan ust wan,
kerna mereka juga bergerak dr kaherah ke al-arish pd pagi berkenaan,
dimaklumkan pd jam 2pg kerna aura Gaza yg kuat mengamit mereka, sementara
sheikh Ariffahmi dan Ust Fadli bersiap-siaga utk bertolah balik ke Malaysia.
Dalam perbincangan itu telah diputuskan group di penang dan kak suri serta abe
nor akan balik ke rumah Kelantan , Kaherah sementara itu saya, zailani, ust wan
dan sheikh nazri akan tinggal di al-arish utk cuba masuk ke gaza dan sambil2
tunggu surat kelulusan drp pihak mesir.
24 oktober 2012
Jelajah al-arish dan sambil2 ada
masa luang utk zailani hantar berita ke Malaysia dan saya lak menulis catatan
hujung.inilah masa top gun cakna dpt bersama dan berbincang berkaitan cakna
Palestine sambil tungu dan menunggu khabar gembira yang pasti kami yakin doa
rakyat Kelantan dan niat yang baik tidak akan menghampakan.Insyallah.
25 oktober 2012
Kejutan pagi hari apabila dimaklumkan
surat izin masuk ke gaza diperolehi dr kerajaan Mesir dan kami terpaksa ke
Bandar utk print out surat berkenaan dlm email sebab line internet di hotel
tidak ada dan terpaksa ke Bandar al-arish utk cari cc, alhamdullilah jumpa dan
mereka juga banyak membantu, usai semua maka persiapan utk bergerak ke rafah
mesir telah dibuat dan lebih kurang pukul 12 pm bergerak ke Rafah Mesir dan
tepat pukul 1pm sampai di sempadan rafah mesir utk masuk ke Rafah Gaza. Hampir
3 jam baru kami dapat jejak bumi berkat Gaza.
26-27 oktober Gaza
Padatnya jadual pergerakan kami
di Gaza boleh lihat ikut turutan sptmana gambar dlm pendrive.
Menghadiri program qurban /pembahagian daging qurban
oleh NGO emaar.
Melawat dr ahmad dan sheikh asrah
dan sheikh saleem.
Melawat rumah dan keluarga sheikh
ahmad yassin
Melawat rumah dan keluatga sheikh
alrantisi.
Sumbangan utk masjid Beit Lehya
USD3,000.00.
Sumbangan utk rakyat
Palestine di Beit Lehya USD3,000.00.
Sumbangan juga diberikan kepada
keluarga miskin, syuhada dan keluarga pelajar yang dilawati
28 oktober 2012
Usai makan pagi kami dibawa ke
pejabat EMAAR kernan di sana berlaku MOU antara cakna dgn Emaar dan Cakna dgn
Kementerian Pelajaran Gaza. Cakna juga membuat penyerahan USD6,000.00 utk
pembinaan masjid di sekolah bawah kawalselia NGO Emaar.
MOU Cakna dan Emaar
1. Tajaan
Pelajar ( OKU-pekak) seramai 5orang utk 5 tahun setiap orang RM250.00 sebulan.
2. Pembinaan
masjid di sekolah-sekolah Khan Yunis ( 5 buah utk tahun 2013 ).
3. Tidak
termasuk dlm mou tp dicadangkan utk pembinaan pasar di Khan Yunis.
MOU Cakna dgn KPGaza
1.Meneruskan
program pendidikan jangkapendek.
2.Program summer
camp utk pelajar Palestine melawat
Malaysia/Kelantan seramai 10 orang utk 2 weeks.
Usai urusan MOU dan bergambar dan
melawat keluarga Dr Mahmood di rafah maka kami bertolak balik ke Kaherah.
30 Oktober 2012
3pm sampai rumah Kelantan, simpan
barang utk balik dan bayaran semua bil2 penginapan dan 7pm bertolak ke cairo
airport. Kul 10.40 berlepas pulang.
31 oktober 2013
Larut malam sampai di airport
kota bharu dan disambut ikhwan dan family.
No comments:
Post a Comment