Mangga Ads

Monday, October 3, 2011

JIHAD DI BUMI AMBIA LAGI BERKAT GAZA PALESTIN

PELUANG JIHAD DI BUMI PALESTIN

Diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w, baginda bersabda:

Sesiapa yang membantu menyiapkan persiapan kepada orang yang berperang pada jalan Allah maka samalah halnya dengan beliau turut berperang dan sesiapa yang menjaga atau memerhatikan keluarga yang ditinggalkannya dengan baik maka bererti beliau juga telah ikut berperang.

(Sahih Muslim)


Peluang berjihad di Palestin, bumi anbiya serta bumi para syuhada yang diberkati, di Gaza, Palestin. Cakna Palestin untuk tahun keduanya menawarkan peluang kepada dermawan-dermawan yang prihatin untuk menyertai Ibadah Qurban di Khan Younis, Gaza, Palestin. Program ini dilaksanakan dengan kerjasama Badan Kebajikan Ar-Rahmah sebuah NGO di Khan Younis, Gaza, Palestin.

Surat Penghargaan Ar-Rahmah kepada Cakna Palestin untuk program Qurban 1431

Bumi Palestin tidak seperti mana negara Islam yang lain, adalah negeri yang diberkati Allah, di dalamnya terdapat Masjidil Aqsa yang merupakan kiblat pertama kaum muslimin dan tanah suci ketiga setelah Masjidil Haram di Mekah dan Masjidil Nabawi di Madinah. Di tempat ini juga Rasulullah s.a.w di Isra’ kan, di dalam naungannya para Mujahidin dan Para Syuhada.

Pada masa sekarang, kebanyakan rakyat Palestin termasuk dalam golongan fakir dan miskin, oleh itu mereka lebih berhak dan lebih memerlukan sumbangan dan bantuan. Mereka juga golongan yang terpenjara dalam negara mereka sendiri, tidak boleh bekerja, tanah mereka telah dimusnahkan, kilang-kilang terpaksa ditutup dan ramai juga berada di dalam tahanan rejim Israel tanpa ketahui statusnya hidup atau mati.

Menyedari hakikat kesusahan dan penderitaan rakyat Palestin, maka Cakna Palestin membuka ruang dan peluang seluas-luasnya kepada semua warga Malaysia yang prihatin dan ada sedikit roh jihad untuk bersama Cakna Palestin untuk memberi sedikit kelegaan dan kegembiraan kepada rakyat Palestin sempena Hari Raya Qurban dengan menyertai program Qurban di bumi Palestin.

Tahun ini merupakan kali kedua program ini dianjurkan. Pada musim Haji/Qurban yang lepas (1431H / 2010M), Cakna Palestin telah berjaya menghantar sebanyak 4 ekor lembu dan 7 ekor kambing bagi menjalani Ibadah Qurban di Gaza, Palestin. Manfaatnya, lebih dari 1000 buah keluarga di sana dapat menikmati daging qurban yang disumbangkan oleh rakyat Malaysia. Untuk melihat gambar-gambar Qurban kali pertama sila klik link bawah:

http://misicaknapalestin.blogspot.com/2011/02/program-qurban_605.html

InsyaAllah program Qurban ini akan dapat memberi faedah yang cukup besar dan bermakna seterusnya memperkukuhkan ukhuwah antara rakyat Palestin dan rakyat Malaysia. InsyaAllah.

Disebabkan halangan/sekatan Israel yang sangat ketat lagi zalim, maka ternakan dibumi Gaza, Palestin amat-amat terhad/sukar diperolehi dan terpaksa diseludup dari Mesir melalui terowong-terowong bawah tanah. Oleh kerana itu, Kos Qurban di Gaza, Palestin adalah lebih tinggi 4 kali ganda berbanding di negara kita.

1. Seekor lembu = RM 9,200.00

2. satu bahagian (lembu) = RM 1314.00

3. seekor kambing = RM 1478.00

Bayaran boleh dibuat atas nama Cakna Palestin ke pejabat kami

atau

Deposit terus ke akaun CAKNA PALESTIN

Bank Islam : 0301 8010 1229 39

CIMB Islamic : 0301 0000 9051 07

dan hantarkan butiran nama serta bukti pembayaran anda ke alamat kami:

Cakna Palestin.

RF 48, Tingkat 1,

Medan Usahawan,

Perkarangan Stadium Sultan Muhammad ke IV,

15200 Kota Bharu, Kelantan.

Tel: 09-743 2010

Fax: 09-743 5010

Email: mcpalestin@gmail.com

Blog: misicaknapalestin.blogspot.com

Facebook: Sekretariat Misi Cakna Palestin

hubungi pejabat Cakna Palestin atau Saudara Ausaini bin Ibrahim di talian 019-9597373.

Saudara kita di Palestin tidak mengharapkan kita di Malaysia untuk berperang melawan Zionis, cukuplah kita membantu dengan mendoakan kekuatan dan kejayaan mereka serta mencukupkan keperluan asas mereka.

Kembalikan Bumi Palestin

Bebaskan Masjid Al-Aqsa

...........................................
Cakna Palestin

(No Pendaftaran: 3113-11-KEL)