Mangga Ads

Thursday, October 23, 2008

Tassauf

Bab 2: Khauf

1. Khauf bererti takut akan Allah s.w.t., iaitu rasa gementar dan rasa gerun akan kekuatan dan kebesaran Allah s.w.t. serta takutkan kemurkaanNya dengan mengerjakan segala perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya.

2. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : "Dan kepada Akulah ( Allah ) sahaja hendaklah kamu merasa gerun dan takut bukan kepada sesuatu yang lain". ( Surah Al-Baqarah - Ayat 40 )

3. Seseorang itu tidak akan merasai takut kepada Allah s.w.t. jika tidak mengenalNya. Mengenal Allah s.w.t. ialah dengan mengetahui akan sifat-sifat ketuhanan dan sifat -sifat kesempurnaan bagi zatNya.

4. Seseorang itu juga hendaklah mengetahui segala perkara yang disuruh dan segala perkara yang ditegah oleh agama.

5. Dengan mengenal Allah s.w.t. dan mengetahui segala perintah dan laranganNya, maka seseorang itu akan dapat merasai takut kepada Allah s.w.t.

6. Rasa takut dan gerun kepada Allah s.w.t. akan menghindarkan seseorang itu daripada melakukan perkara yang ditegah oleh Allah s.w.t. dan seterusnya patuh dan tekun mengerjakan perkara yang disuruhnya dengan hati yang khusyuk dan ikhlas.

Rujukan : Tasauf di Dalam Islam - Datuk Hj.Md.Yunus bin Hj. Md. Yatim. ( Bekas Mufti Negeri Melaka )

Bab 3 : Sifat Redha

1) Sifat redha adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

2) Pengertian redha ialah menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan ( hukum ) mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t.

3) Redha terhadap Allah s.w.t terbahagi kepada dua : Redha menerima peraturan ( hukum ) Allah s.w.t. yang dibebankan kepada manusia. Redha menerima ketentuan Allah s.w.t. tentang nasib yang mengenai diri. Redha Menerima hukum Allah s.w.t. : Redha menerima hukum-hukum Allah s.w.t. adalah merupakan manifestasi daripada kesempurnaan iman, kemuliaan taqwa dan kepatuhan kepada Allah s.w.t. kerana menerima peraturan-peraturan itu dengan segala senang hati dan tidak merasa terpaksa atau dipaksa. Merasa tunduk dan patuh dengan segala kelapangan dada bahkan dengan gembira dan senang menerima syariat yang digariskan oleh Allah s.w.t. dan Rasulnya adalah memancar dari mahabbah kerana cinta kepada Allah s.w.t. dan inilah tanda keimanan yang murni serta tulus ikhlas kepadaNya.

Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Tetapi tidak ! Demi Tuhanmu, mereka tidak dipandang beriman hingga mereka menjadikanmu ( Muhammad ) hakim dalam apa yang mereka perselisihkan di antara mereka, kemudian mereka tidak merasa sempit dalam hati mereka tentang apa yang engkau putuskan serta mereka menyerah dengan bersungguh - sungguh ".

( Surah An-Nisaa' : Ayat 65 ) Dan firman Allah s.w.t yang bermaksud : " Dan alangkah baiknya jika mereka redha dengan apa yang Allah dan Rasulnya berikan kepada mereka sambil mereka berkata : ' Cukuplah Allah bagi kami , Ia dan Rasulnya akan berikan pada kami kurnianya ,Sesungguhnya pada Allah kami menuju ".

( Surah At Taubah : Ayat 59 ) Pada dasarnya segala perintah-perintah Allah s.w.t. baik yang wajib mahupun yang Sunnah ,hendaklah dikerjakan dengan senang hati dan redha. Demikian juga dengan larangan-larangan Allah s.w.t. hendaklah dijauhi dengan lapang dada . Itulah sifat redha dengan hukum-hukum Allah s.w.t. Redha itu bertentangan dengan sifat dan sikap orang-orang munafik atau kafir yang benci dan sempit dadanya menerima hukum-hukum Allah s.w.t. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Yang demikian itu kerana sesungguhnya mereka ( yang munafik ) berkata kepada orang-orang yang di benci terhadap apa-apa yang diturunkan oleh Allah s.w.t. 'Kami akan tuntut kamu dalam sebahagian urusan kamu ',Tetapi Allah mengetahui rahsia mereka ". ( Surah Muhammad : Ayat 26 ) Andaikata mereka ikut beribadah, bersedekah atau mengerjakan sembahyang maka ibadah itu mereka melakukannya dengan tidak redha dan bersifat pura-pura. Demikianlah gambaran perbandingan antara hati yang penuh redha dan yang tidak redha menerima hukum Allah s.w.t. , yang mana hati yang redha itu adalah buah daripada kemurnian iman dan yang tidak redha itu adalah gejala nifaq. Redha Dengan Qada' : Redha dengan qada' iaitu merasa menerima ketentuan nasib yang telah ditentukan Allah s.w.t baik berupa nikmat mahupun berupa musibah ( malapetaka ). Didalam hadis diungkapkan bahawa di antara orang yang pertama memasuki syurga ialah mereka yang suka memuji Allah s.w.t. . iaitu mereka memuji Allah ( bertahmid ) baik dalam keadaan yang susah mahupun di dalam keadaan senang. Diberitakan Rasulullah s.a.w. apabila memperolehi kegembiraan Baginda berkata : " Segala puji bagi Allah yang dengan nikmatnya menjadi sempurnalah kebaikan ". Dan apabila kedatangan perkara yang tidak menyenangkan , Baginda mengucapkan : " Segala puji bagi Allah atas segala perkara ". Perintah redha menerima ketentuan nasib daripada Allah s.w.t. dijelaskan didalam hadis Baginda yang lain yang bermaksud : " Dan jika sesuatu kesusahan mengenaimu janganlah engkau berkata : jika aku telah berbuat begini dan begitu, begini dan begitulah jadinya. Melainkan hendakalah kamu katakan : Allah telah mentaqdirkan dan apa yang ia suka , ia perbuat ! " Kerana sesungguhnya perkataan : andaikata... itu memberi peluang pada syaitan " . (Riwayat Muslim) Sikap redha dengan mengucapkan puji dan syukur kepada Allah s.w.t. Ketika mendapat kesenangan atau sesuatu yang tidak menyenangkan bersandar kepada dua pengertian : Pertama : Bertitik tolak dari pengertian bahawa sesungguhnya Allah s.w.t. memastikan terjadinya hal itu sebagai yang layak bagi Dirinya kerana bagi Dialah sebaik-baik Pencipta. Dialah Yang Maha Bijaksana atas segala sesuatu. Kedua : Bersandar kepada pengertian bahawa ketentuan dan pilihan Allah s.w.t. itulah yang paling baik , dibandingkan dengan pilihan dan kehendak peribadi yang berkaitan dengan diri sendiri. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Demi Allah yang jiwaku ditangannya !Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi mukmin . Jika ia memperolehi kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya , dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya ". ( Riwayat Muslim ) Redha Dengan Rezeki Yang Ada : Di dalam konteks redha pada menerima ketentuan Ilahi, juga termasuk redha ( qana'ah ) menerima rezeki yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. banyak atau sedikitnya.Didalam sifat qana'ah dengan pemberian Allah itu terdapatnya mutiara kebahagiaan bagi orang mukmin. Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Sungguh berbahagialah orang yang masuk Islam , rezekinya sederhana dan berhati puas ( qana'ah ) menerima segala pemberian Allah ". ( Riwayat Muslim ) Dan Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Berbahagialah siapa yang ditunjuki ke dalam Islam, penghidupan yang sederhana dan qana'ah ( merasa dengan pemberian Allah ". ( Riwayat Tirmidzi ) Merasa cukup , puas dan redha menerima rezeki yang dianugerahkan Allah s.w.t. termasuk kekayaan rohani yang tidak ternilai harganya. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Bukannya kekayaan itu kerana banyaknya harta, kekayaan yang sebenarnya ialah kekayaan jiwa ". ( Riwayat Bukhari dan Muslim ) Mengharapkan Redha Ilahi : Sebagaimana mahabbah bertujuan agar memperolehi kasih dan cinta Ilahi maka demikianlah juga sifat redha bertujuan memperolehi redha Ilahi . Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Allah redha kepada mereka dan mereka redha kepadanya, yang demikian itu bagi orang yang takut kepada Tuhannya ". ( Al-Bayyinah : Ayat 8 ) Dan firman Allah s.w.t. lagi tentang orang-orang yang membelanjakan harta semata-mata untuk memperolehi keredhaan Allah s.w.t. yang bermaksud : " Mereka yang menafkahkan hartanya kerana ingin jadi bersih. Padahal tiada padanya budi yang patut dibalas.Melainkan semata-mata kerana hendak mencari keredhaan Tuhannya Yang Maha Tinggi.Dan Tuhannya pun redha kepadanya". ( Surah Al-Lail : Ayat 18-21 ) Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : " Bila Allah cinta kepada sesuatu kaum, mereka akan diuji . Barang siapa redha menerima ujian maka redha pula kepadanya dan barang siapa yang murka, maka Allah s.w.t. pun murka kepadanya". ( Riwayat Tirmidzi ) Redha Kepada Keluarga Dan Anak-Anak Redha kepada keluarga dan anak-anak yang merupakan amanah yang wajib dipikul oleh setiap individu Muslim yang mana redha dan sabar perlu seiring di dalam membentuk baitu Muslim dan generasi Rabbani yang memerlukan suatu pengorbanan yang besar. Begitu juga bagi anak-anak di dalam menghormati ibubapa seperti yang disebutkan di dalam sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Keredhaan Allah terletak kepada keredhaan ibubapa ". ( Riwayat Bukhari dan Muslim )

Dan Rasulullah s.a.w. pernah berkata kepada Ibnu Abbas r.a. : " Jika kamu sanggup beramal kerana Allah dengan redha berserta yakin maka lakukanlah. Tetapi jika kamu tidak sanggup , maka sesungguhnya kesabaran atas sesuatu yang tidak menyenangkan itu ada kebaikan yang banyak". Redha Membawa Nikmat dan Bahagia Redha Ilahi yang diperolehi orang yang redha kepada Allah s.w.t. itulah nikmat dan merupakan kunci kebahagiaan yang sejati .Sesiapa yang diredhai Allah s.w.t. , pastilah dia akan diberikan kebahagiaan dan kejayaan di dunia dan di akhirat . Lalu mereka akan dimasukkan ke dalam syurganya dan kekal di dalamnya untuk selama-lamanya. Firman Allah s.w.t. yang bermaksud : " Wahai jiwa yang tenang dan tenteram kembalilah kepada Tuhanmu dalam keadaan redha dan diredhai. Iaitu masuklah ke dalam golongan hambaku ( yang soleh ). Dan masuklah ke dalam syurgaku". ( Surah Al-Fajr : Ayat 27-30 ) Berkat redha itulah maka di dunia akan mendapat ketenangan jiwa dan di akhirat akan memperolehi kebahagiaan yang kekal untuk selama- lamanya. Redha mengakui bahawa Allah s.w.t. sebagai Tuhan yang disembah, Islam sebagai Agama yang benar dan Rasulullah s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul yang terakhir , maka itulah asas kemanisan iman yang membawa erti yang besar dan keuntungan yang besar bagi orang yang redha kerana merasakan kelazatan rohani. Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud : " Merasakan kemanisan iman , siapa yang redha dengan Allah sebagai Tuhan, Islam sebagai agama Muhammad sebagai Rasul ( Utusan ) ". ( Riwayat Muslim ) Rujukan Dari : Taqarrub Kepada Allah.

Bab 4 : Ikhlas

1. Sifat ikhlas ialah menumpukan niat bagi setiap ibadah atau kerja yang dilakukan semata-mata kerana Allah s.w.t. dan diqasadkan ( niat ) untuk menjunjung perintah semata-mata serta membersihkan hati dari dosa riya' , ujub atau inginkan pujian manusia.

2. Firman Allah s.w.t. di dalam Al-Quran yang bermaksud : " Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah s.w.t. dengan mengikhlaskan ibadah kepadanya , lagi tetap teguh di atas tauhid dan supaya mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat dan yang demikian itulah agama yang benar ". ( Surah Al-Bayyinah ? Ayat 5 )

3. Setiap pekerjaan yang dilakukan hendaklah dibersihkan daripada sesuatu tujuan yang lain daripada taat kepada perintah Allah s.w.t.

4. Hendaklah dibersihkan niat daripada sebab-sebab yang lain dari sifat-sifat yang keji ( sifat mazmumah ) seperti riya' , ujub , inginkan kemasyhuran dan lain-lain lagi.

5. Dalam meninggalkan larangan Allah s.w.t. hendaklah diniatkan untuk taat semata-mata bukan kerana malu kepada makhluk atau sebagainya.

Sunday, October 19, 2008

Celik Ekonomi

CELIK EKONOMI.

Dalam zaman moden ini, keadaan ekonomi adalah penentu samada seseorang itu, sesebuah keluarga itu, atau sesebuah negara itu, adalah dalam keadaan kuat atau lemah,berpengaruh atau kaya atau miskin dan sebagainya. Keadaan ekonomi ini pula berputar seperti roda. Adakalanya, ekonomi berkeadaan baik dan adakalanya berlaku KRISIS atau GAWAT.

Krisis ekonomi datang pada jangkamasa tertentu yang disebabkan oleh beberapa elemen dan faktor yang bersangkutan dengan ekonomi, perniagaan, cuaca, politik, peperangan, bencana alam dan sebagainya. Pada tahun 1986 dan 1997, Malaysia telah dikejutkan dengan krisis ekonomi yang serius dan peritnya masih segar dalam ingatan kita. Tetapi, di alaf yang baru ini ( bermula dari tahun 2000 ),faktor-faktor baru seperti teknologi maklumat ( IT ), multimedia,telekomunikasi, kesihatan dan sebagainya sedang menukarkan sama sekali senario kehidupan di seluruh dunia.

Selain dari kesan-kesan positif, kesan-kesan negatif yang membawa kepada kekecohan’ luarbiasa dari apa yang pernah dilalui oleh masyarakat dunia di abad-abad yang lalu, juga turut terjana. Walau apapun, yang paling nyata ialah, orang-orang yang hidup di zaman serba canggih ini, di mana sempadan di dunia ini tidak lagi wujud, tidak kira di mana sahaja,tidak kira bangsa, warna, budaya dan agama, perlulah berada dalam keadaan BERSIAP SEDIA dan sentiasa PEKA atau CELIK EKONOMI, kerana kegawatan ekonomi boleh berlaku seperti datangnya banjir kilat!.

Mungkin 3 contoh yang diberikan di sini boleh menerangkan dan mempamirkan keadaan itu.. Diabad-abad yang akan datang pula, mungkin elemen-elemen lain yang akan mengambil tempat di pentas utama krisis ekonomi. Tunggukanlah, ianya akan sentiasa datangdan akan pasti berlaku. Persiapan teliti adalah sangat perlu untuk kesinambungan hidup. Kalau tidak, pupus!.

CONTOH 1: SENARIO KRISISMINYAK.
Kenaikan harga minyak mentah di pasaran dunia, adalah satu perkara yang lumrah. Lazimnya, pemerintah sesebuah negara, termasuk juga Malaysia,sentiasa memikul beban kenaikan harga ini dengan memberi subsidi kepada pengguna. Ini dilakukan untuk keselesaan rakyat biasa. Tetapi, pada zaman ini, kenaikan harga minyak mentah dipasaran antarabangsa boleh berlaku tiap-tiap hari, dan ini boleh menukarkan senario ekonomi menjadi begitu rapuh dan sangat-sangat membimbangkan. Kesan yang sangat buruk ini akan dirasai di seluruh pelusuk dunia, termasuk juga Malaysia. Sebagai contoh: Harga minyak mentah hanyalah sekitar US$ 10 (RM 38) setong tidak berapa lama dulu. Tetapi, pada bulan Januari 2004, harga minyak mentah telah melambung kepada US$ 30 (RM 114) setong.

Pada 1 Oktober 2004, harganya melambung lagi kepada US$ 50 (RM 190) setong. Harga terus saja meningkat keparas US$ 55 (RM 209) setong, dua minggu kemudian. Keadaan serupa akan berlaku lagi di tahun-tahun akan datang, dan tidak dapat tidak, akan terjadilah inflasi global dan pada waktu itu, semua umat manusia di muka bumi ini akan merasai bahangnya dan akan merana buat seketika. Di Malaysia, belum pun reda dari kesan kenaikan harga minyakpetrol, diesel dan gas, sebanyak 2 sen seliter pada 1 Mei 2004, pada 1 Oktober2004, kenaikan kali kedua sebanyak 5 sen seliter telah dikuatkuasakan pula.Diingatkan di sini, jika harga minyak mentah naik ke paras US$ 60 (RM 228)setong, dijangka, tiada lagi subsidi yang akan mampu diberikan kepada pengguna.Ini bermakna, pengguna akan menanggung semua kenaikan bahan tersebut. Adadi antara pakar ekonomi dunia meramalkan bahawa, harga minyak mentah akan mencecah US$ 100 (RM 380) setong dalam jangkamasa 5 tahun ini. Kalau keadaan ini benar-benar berlaku, krisis yang lebih menakutkan akan tejadi! Apakah maknanya semua ini kepada orang-orang biasa seperti kita?

Bolehkah kita selamat dari bencana ekonomi, jika ianya melanda Malaysia beberapa kali lagi dan mungkin, serangan itu nanti akan lebih teruk lagi jika dibandingkan dengan apa yang telah berlaku di tahun-tahun 1986 dan1997 dahulu? Apabila berlaku kenaikan harga minyak mentah, maka huru-hara akan terjadi kerana harga barangan keperluan biasa, barangan makanan dan perkhidmatan, sudah tentunya akan naik. Di negara kita, hanya dalam 5 hariselepas kenaikan berlaku, harga barangan dan perkhidmatan telah naik antara10-30 %. Hari-hari esok pula, bagaimana? Berapa peratus pula akan naik? DiAmerika Syarikat, keadaannya lebih dahsyat lagi. Pengguna telah dikejutkan dengan kenaikan harga petrol sebanyak 50 % dalam masa seminggu sahaja. Di Nigeria pula, walaupun negara tersebut merupakan salah sebuah negara pengeluar minyak,tetapi rakyatnya telah mogok dan keluar beramai-ramai menunjuk perasaan membantah kenaikan harga petrol yang tinggi.

Sememangnya, KRISIS minyak inisedang bermaharajalela, menghura-hara dan memporak-perandakan kestabilan negara-negara di dunia ini. Persoalannya, harga petrol, gas, diesel, barangan keperluan, perkhidmatan tidak pula turun apabila harga minyak mentah TURUN! Siapakah yang harus dipersalahkan? Tiada siapa yang bersalah dalam hal kenaikan harga minyak mentah ini. Ianya adalah kitaran ekonomi yang sentiasa berlaku. Harga apa sahaja barangan adalah ditentukan oleh Kuasa Pasaran’ (Market Force), termasuk minyak mentah. Secara teorinya, kenaikan harga sesuatu barang adalah disebabkan oleh keadaan permintaan yang lebih dari bekalan. Ada 3 faktoryang menyebabkan harga minyak naik mendadak: Permintaan minyak oleh negara China meningkat berpuluh kali ganda sehinggakan ia telah mengatasi Jepun ditempat yang kedua. Amerika Syarikat adalah negara pengguna minyak yang tertinggi di dunia. Namun, dalam sedikit masa lagi, negara Chinaakan menjadi pengguna terbesar pula kerana dengan jumlah keperluan 6.3juta tong sehari dan masih meningkat. Keadaan ini adalah disebabkan oleh kepesatan percambahan ekonomi yang sedang rancak berlaku di negara itu sekarang.Keadaan suasana politik yang tidak stabil di Timur Tengah.Penggunaan minyak akan naik apabila tiba musim sejuk di Amerika dan Eropah.

CONTOH 2: SENARIO KRISISPERDAGANGAN TERBUKA GLOBAL. Dunia Tanpa Sempadan, Globalisasi, Kawasan Perdagangan Bebas,‘Koridor Raya Multimedia’, adalah beberapa terminology’ yang kerap kita dengardari media massa sekarang ini. Tetapi, majoriti orang kebanyakan tidak mengetahui, apakah makna semua ini dan apakah yang sedang berlaku sekarang ini.Apa yang kita tahu, di antaranya, hanyalah: Ramaipara graduan yang menganggur, dan jumlahnya terus meningkat dari tahun ketahun.Ramaipekerja kehilangan pekerjaan kerana syarikat-syarikat tempat merekabekerja telah ditutup. Bukan sahaja syarikat-syarikat tempatan yang terlibat,tetapi syarikat-syarikat asing juga. Kebanyakan dari mereka, telah memindahkan operasi mereka ke negara lain yang lebih rendah kosnya sepertinegara China.Syarikat-syarikat tempatan dan asing yang masih beroperasi lagi di Malaysia telah mengambil tindakan dengan mengecil dan mengurangkan operasi mereka,dan ini menyebabkan para pekerja terpaksa mengambil ‘VSS’, kalau tidak,mereka akan tersingkir tanpa mendapat sebarang imbuhan.

Mungkin juga, semua ini ada kaitannya dengan peningkatan jenayah, seperti rompak,curi, ragut, pecah rumah, pecah amanah, penipuan, rasuah dan sebagainya. Jadi, apakah yang berlaku sebenarnya ? Malaysiasebagai negara perdagangan yang berasaskan industri pembuatan, memerlukan pasaran untuk meluaskan pengedaran hasil produk yang diperbuat di sini. Oleh itu, Malaysia perlu berdaya-saing dengan negara-negara pengeluar yang lain di arena antarabangsa. Jumlah penduduk di kawasan ASEAN ialah sekitar 500 jutaorang (½ billion), dan Keluaran Negara Kasar (KNK) pula ialah sekitar RM 3, 116billion setahun. Keadaan ini menjadikan ASEAN di tempat keempat perdagangan terbesar dunia selepas Amerika, Kesatuan Eropah dan Jepun.

Oleh sebab itu, 6negara ASEAN iaitu Brunei, Indonesia, Filipina, Thailand, Singapura dan Malaysia telah sepakat menubuhkan Kawasan Perdagangan Bebas ASEAN ( AFTA ) padabulan Januari 1992. Objektif penubuhan AFTA ialah untuk meningkatkan daya-saing kawasan ASEAN sebagai pengkalan pembuatan utama untuk pasaran dunia. Pada tahun1995, Vietnam telah menyertai AFTA, diikuti pula oleh Laos dan Myanmar padatahun 1997 dan akhirnya Kampuchea pada tahun 1999. Apabila AFTA dikuatkuasakan pada tahun 2003, terdapatbeberapa kesan-kesan positif dan negatif kepada negara. Di antara kesan positif utama ialah: Syarikat-syarikat tempatan boleh meneroka peluang perniagaan di 10 buah negara serantau.

Syarikat-syarikat tempatan boleh bersaing keluar dari ASEAN kerana sumber bahan mentah yangmurah di ASEAN boleh didapati dengan mudah, maka syarikat-syarikattersebut mampu bersaing di arena antarabangsa. Di antara kesan negatif utama pula ialah: Syarikat-syarikat tempatan terpaksa bersaing dengan banyak syarikat-syarikat lain dalamASEAN. Barang-barang kawalan dari negara-negara ASEAN yang lain tidak akan disekat dan kerajaan tidak boleh melindungi industri-industri tempatan lagi, dan jikabarang-barang ini lebih murah, maka syarikat-syarikat tempatan akan mengalami kerugian. Jika mahal, akan membawa beban pula kepada pengguna.Penyertaan bumiputera dalam sektor bekalan adalah sangat kecil. Sebagai contoh,pengedar gula hanya 9.77 % sahaja, manakala pengedar tepung gandum pula,hanya 8.74 % sahaja. Masalah besar untuk kaum bumiputera bersaing! ‘International Institute of Strategic Studies’ yang berpengkalan di London, telahmengeluarkan kenyataan bahawa peranan ASEAN di dalam arena antarabangsa akan berkurangan secara serius dan lama-kelamaan, pakatan itu tidak akan relevan lagi.

Ini kerana, negara China sedang dan akan menjadi sebuah kuasa ekonomi yang sangat besar dan terkuat di dunia ini dan akan mengambil peranan dan posisi yang penting di zon Asiadari pakatan ASEAN. Dengan hakikat ini, ASEAN telah mula membincangkan penubuhanzon perdagangan bebas bersama Chinayang dipanggil CAFTA (China-ASEAN Free Trade Area) pada 6 November 2001 yanglalu. CAFTA akan menjadi sebuah zon perdagangan bebas yang terbesar di dunia dengan jumlah penduduk sebanyak 1.7 billion orang. Dengan tindakan itu, kesan jangka pendek dan sederhana (5 – 10 tahun) ialah penumpuan pelaburan dunia akanberpaling dari Asia Tenggara ke negara China.Jangkaan ini memang tepat, kerana Malaysiatelah jatuh ke tangga ke 13, sebagai destinasi pilihan pelabur antarabangsa.. China menduduki tempat pertama, manakala India pula, menjadi destinasi pelabur ke 2.

Manakala di Malaysia sendiri, para peruncit dan pengedar akan memilih untuk mendapatkan bekalan dari negara China,dari bekalan di negara sendiri, kerana faktor harga. Contohnya, Courts MammothBhd., akan mula mendapatkan bekalan perabut dari China mulai tahun 2004 sebagai salah satu cara mengurangkan kos. Malaysiadan negara-negara ASEAN yang lain akan hanya menikmati kesan positif jangkapanjang ( 10 tahun ke atas ), di mana waktu itu, dijangka CAFTA akan membawa banyak kebaikan ekonomi yang lebih besar kepada negara-negara AsiaTenggara. Negara Indiajuga tidak mahu ketinggalan di dalam meningkatkan percambahan ekonomi mereka.Pada bulan Oktober 2004, Presiden India telah mencetuskan idea untuk membentuk zon perdagangan bebas antara India,China, Jepun dan Korea Selatan. Jika ini menjadi kenyataan, maka Asia akan menjadi kuasa ekonomi terbesar di dunia dengan setengah dari jumlah penduduknya adalah di Asia. Tetapi, apakah kesannya kepada Malaysia?

CONTOH 3: SENARIO KRISISEKONOMI– Percambahan terbantut? Adakah perkara ini akan berlanjutan di tahun-tahun akan datang? Keadaan ekonomi di Malaysia,menunjukkan pengurangan atau pengecutan di dalam suku ketiga tahun 2004.Terdapat 3 sebab utama: 1. Kebimbangan ke atas kenaikan harga minyak mentah. 2. Kemungkinan percambahan ekonomi Amerika Syarikat dan Chinamenjadi perlahan. 3. Pengurangan permintaan barangan elektronik di peringkat global.

Ekonomi Malaysiatelah sampai ke persimpangan di mana ia telah mula menunjukkan kehilangan‘momentum’. Kedua-dua kunci penunjuk utama ekonomi iaitu ekspot dan pembuatan,menunjukkan pengurangan sebanyak 14 % dari suku kedua tahun 2004. Keadaan ini dijangka akan terus berlaku. Secara ringkasnya, sektor pembuatan atau pengilangan industri elektronik dan elektrik adalah yang paling teruk terjejasdari sektor-sektor yang lain. Lebih kurang 40 % pengilang dari sektor ini terpaksa mengurangkan pengeluaran mereka. 44 % dari mereka pula percaya bahawa,pengurangan pengeluaran akan terus berlaku dalam masa 3 bulan seterusnya.Sektor pembuatan kertas dan barangan berasaskan kertas juga sangat membimbangkan, kerana tempahan dari dalam dan luar negara untuk barangan tersebut telah berkurangan. Walaupun begitu, mengikut bancian yang telah dijalankan oleh Malaysia Institute of Economic Research ( MIER ), menunjukkan bahawa pengguna-pengguna tempatan masih optimistik terhadap ekonomi Malaysia.Oleh yang demikian, banyak pihak-pihak tertentu masih boleh menarik nafas lega.

Tetapi, MIER berpendapat bahawa, sentimen optimisma ini hanya berdasarkan emosi semata-mata, bukan berdasarkan fakta yang kukuh(‘The increased optimism,however, might reflect wishful thinking more than hard economic reality’ –Starbiz, 20th Oct 04) Yang sangat nyata ialah, keadaan cuaca ekonomi dunia boleh bertukar dari satu ekstrem ke satu ekstrem dengan agak cepat. Dengan secepat kilat pula, keadaan ini boleh memberi kesan, samada baik atau tidak, kepadarakyat jelata. Jadi, pada zaman ini, barangsiapa yang tidak peka atau celik ekonomi, pasti akan dihanyutkan oleh arus deras krisis ekonomi yang boleh melanda dunia pada bila-bila masa. Dengan contoh-contoh di atas, kita sebagai orang biasa di Malaysia ini, mahu tidak mahu turut terbabit di dalam kancah perdagangan antarabangsa.

Tetapi, kita tidak perlulah memandang keadaan ini dalam cahaya negatif. Apa yang kita semua mesti lakukan ialah memperbaiki keadaan ekonomi kita sekarang juga, agar kita juga boleh mengaut keuntungan dari KRISIS-KRISIS ekonomi ini.Tambahan pula, dengan keadaan sekarang ini dan masa-masa akan datang, apa-apaboleh berlaku. Krisis boleh datang seperti datangnya banjir kilat!

Are You Arrogance

Arrogance, Greed & Corruption

Germany is a great nation. The country also saw the emergence of a great hero, or devil depending on how you look at it – Adolf Hitler. He participated in both worlds’ greatest war, World War I and II.

I can’t imagine what would happen to Germany if Hitler never invaded Soviet Union and spared the three million elite German troops and the much feared and greatest tanks of all time, Panzer, to guard his newly acquired territory of Poland, Austria, Czechoslovakia, Denmark, Norway, France, Luxembourg, Netherlands, Belgium, Hungary, Northern African Countries, Romania and Bulgaria.

Arrogance and greed were the main reasons that soon sent Germany to her defeat and Hitler his death. If only he listened to his advisors.Amazingly both countries that were defeated in the World War II, Japan and Germany, rebound and becomes world’s third and fifth largest economy respectively.

However the Germans are not so happy lately. As expected the U.S. Congress finally passed (263 – 171 in favor) and President Bush signed the $700 billion rescue plan. So I guess everything is settled as if we’ve traveled through the time machine back to the future to the good time, no? At least the Dow didn’t panic and only drop 157 points, better than the previous 777 points drop *grin*.

The Congress’s vote of approval might help to calm the stock market in the sense that wild volatility would most probably contained and depositors don’t need to worry about their money now that the amount of deposits covered by FDIC increased from $100,000 to $250,000.Unfortunately an economic downturn is happening. You can choose to argue until the cows come back whether U.S.’s economy is technically in recession (Warren Buffett believed so months ago) but in reality the times are getting tougher. Despite Germany’s surplus of $185 billion compared to United States’ deficit of $731 billion in 2007 and the fact that the Germans save on average 11 percent of their incomes into savings accounts, the country that once ruled most of the European countries is mumbling about having to bailout their financial institutions as a result of United States’ own problem. Not even the mighty “Terminator” Governor Arnold Schwarzenegger is immune from current crisis that the California state is screaming for $7 billion emergency loan from federal government because it is running out of cash.All the eyeballs are now monitoring on how the $700 billion will be disburse effectively to meet the objectives.

But if the Dow’s performance is any indicator to goes by, it appears that majority of the investors, analysts and economists do not think the $700 billion bailout plus the $150 billion tax breaks will do any good and the monies are as good as flushed down the toilet. Sure, now that the U.S. economy is in a huge mess it quickly becomes the laughing stock. Countries (such as Malaysia) that was criticized (and laughed at) because it didn’t subscribe to the IMF medicine during the 1997-1998 Asia Crisis are now giggling and laughing back at the military power-house United States. No doubt that U.S. is literally bankrupt and relies on printed monies without the backing of gold reserve (go check the Fort Knox) as claimed by such parties but like it or not all the economic super-powers are holding huge amount of U.S. Treasury bills. Japan owns $593 billion and China has $519 billion while Asian countries hold more than $1 trillion of these IOUs.

Why?Now I realized the truth when one of the wise-man told me “If you want to owe money, make sure your debts is as huge as possible”. Try to owe the bank millions of dollars yourself and chances are high you’ll be given VIP treatment and you can negotiate for the lowest interest rate in town. Go try it if you don’t believe me. As of now the U.S. national debt stands at $10 trillion with each citizen’s share of about $33,300.00. You can laugh back at the U.S.’s economic backyard now but it won’t take another decade for the same mess to happen in another countries.

The point here is do we learn from our past mistakes and take the “right” medicine no matter how bitter it is? I doubt so and if you have politician suckers running the financial show as well, chances are high the taxpayers’ money will be used again to bailout many more inefficient fat cats.

I read that the blogger, Kickdefella, was toying with the prospect of being kicked into the detention center without trial (ISA) when he claimed that the outgoing PM Abdullah Badawi actually received RM200 million from the total of half a billion ringgit commission gotten from the submarine deal. He claimed the money was paid by deputy PM and PM-in-waiting Najib Razak’s wife, Rosmah.

This is absolutely ridiculous because Malaysian politicians are the cleanest and can never be so corrupt, can they? RM200 million is a lot of money and I can tell you a dozen of good companies to buy over after their share prices took the beating lately. Do we really have that US$119 international reserves as claimed by the new Finance Minister Najib recently? It would be interesting to get an independent auditor to perform such check else all our jaws will drop to the floor one fine day when we open the vault only to find a couple of pussy meowing inside.

Tuesday, October 7, 2008

Care for Your Health

LOVE YOUR BODY BABY

If you care for your health, and those of your love ones, share with those you care.

HEALTHY JUICES
1.Carrot + Ginger + Apple - Boost and cleanse our system.

2.Apple + Cucumber + Celery - Prevent cancer, reduce cholesterol, and eliminate stomach upset and headache.

3.Tomato + Carrot + Apple - Improve skin complexion and eliminate bad breath.

4.Bitter gou rd + Apple + Milk - Avoid bad breath and reduce internal body heat.

5.Orange + Ginger + Cucumber - Improve Skin texture and moisture and reduce body heat.

6.Pineapple + Apple + Watermelon - To dispel excess salts, nourishes the bl adder and kidney.

7.Apple + Cucumber + Kiwi - To improve skin complexion.

8.Pear & Banana - regulates sugar content.

9.Carrot + Apple + Pear + Mango - Clear body heat, counteracts toxicity, decreased blood pressure and fight oxidization .

10.Honeydew + Grape + Watermelon + Milk - Rich in vitamin C + Vitamin B2 that increase cell activity and str engthen body immunity.

11.Papaya + Pineapple + Milk - Rich in vitamin C, E, Iron. Improve skin complexion and metabolism.

12.Banana + Pineapple + Milk - Rich in vitamin with nutritious and prevent constipation